kawan-kawan yang hebat

Saturday, April 2, 2011

:::eksiden : perot pecah:::




seksyen 7,shah alam, 2 april – Seorang remaja perempuan cedera parah manakala rakannya cedera di telinga apabila terpaksa menahan bunyi gelak yang bagai kipas helikopter tercabut apabila mereka sedang asyik menyaksikan cerita maharaja raja lawak di hadapan sebuah lappy berjenama acer 4741 yg mempunyai processor berjenis i3 intel core di Jalan Plumbum dekat blok 51 di sini, malam sabtu.

kejadian ini dipercayai berlaku apabila seorang remaja bernama Miss Hana hilang kawalan otak sebelum terbabas ketawa berguling2 sehingga volume suaranya itu merempuh gegendang telinga rakannya yang sedang duduk di atas lantai bilik tersebut.

Miss Hana, 23, cedera parah dalam kemalangan jiwa yg berlaku pada pukul 9.40 malam td, kata Timbalan Ketua Polis Daerah blok 51.Mangsa cedera parah di bahagian perut kerana perutnya pecah akibat terlalu kuat menerima getaran. manakala rakan mangsa yang berusia sekitar 20-an cedera pada telinga telah diberi ubat tidur untuk berehat.

siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — TIDAKBERNAMA


hah,amik!
x pasal2 masuk paper.
aku baru tgk je kat youtube rancangan maharaja lawak nieh..
bior le lambat dari yg lain..
umah aku bukan xder tv..
TV ada...Cuma siaran je xder...sumpah x buat citer.siyes ni.hukhuk
nak buat mcm mana kan.org bujang je.
so kalau nak tgk citer tpaksa la guna khidmat youtube je la..
tp apa2 pun Maharaja Lawak mmg best.

nak undi sape erk??

jozan mcm mantap jer.

wink wink wink t(^_^t)





2 12 lepak di sini:

semutsengal said...

tv ada siaran takda the masuk berita ?err..

..cik hana.. said...

umah kami ada tv,tp siaran selalu x dapat....kalau nak siaran ok kena la pasang astro...kesian kami kan?hukhuk....