kawan-kawan yang hebat

Friday, September 30, 2011

::: soalan hebat :::




soalan yang kadang2 aku rasa nak kentut je kat muka org yg bertanya.

1) Ada kat kedai makan dan tgh tunggu makanan yg diorder sampai.

A : eh,ko buat apa kat sini,nak makan ke...?

B : Tak la,nk lawat mak cik aku sakit~~~~


2) Nak balik kampung dengan bas.

A : ko pi mana?
B : pi stesen bas cari tiket nak balik kg.
A : Ko balik kg naik bas ke?
B : x la,naik bot...


3) tengah2 syok tido,member datang bilik..

A : Ko tengah tido ke?
B : mana ada,aku tengah berak ni bodo~

4) Ajak member pi makan,

A : Jom pi makan.
B : ko lapar ke?
A : x la...saja nak bagi perut aku buncit sebelah

5) Bukak pintu dan masuk dalam rumah.

A: eh,baru balik ke.
B: x la...baru nak pergi.

6) Depan kedai kasut

A : jom masuk kedai kasut jap
B : ko nak beli kasut ke?
A : x la,nak beli pampers untuk gajah.

7) pintu umah diketuk dengan kuat

A : ada orang ketuk pintu ke?
B : xla..semut tgh beromen kat pintu tu.



moral of da story : berfikir la dulu sebelum bertanya~~

::: shah alam bumi bertuah :::




kembali lagi ke bumi shah alam setelah 4 bulan aku meninggalkannya tanpa rasa bersalah.

tujuan datang ke shah alam : jumpa mama yang tersayang untuk menghamparkan draft final year project.

mode : separa pepejal.

7 jam dalam bas macam mana x jadi pejal montot..sampai2 depan mama,dia pulak menghamburkan kata2 yang seronotttttt di dengar!

oh mama merangkap suprvisor dan lecturer yang sangat aku sayangi,tak boleh ke kata2 dari bibir manis mu itu diiringi dengan senyuman yang betul2 ikhlas dari jiwa mu...


Masa tu rasa mcm nak terjun kolam renang sambil wat gaya kupu2 n keluarkan air kut pusat pastu sembur muka orang yg lalu lalang tepi kolam tu..

tapi lagi seronok kalau org yg lalu lalang tu adalah Puan mama.

eh ,kalau nak jadi lecturer memang kena buat muka garang ke pastu perli2 dengan hot2?

best sgt ke jadi hot erk?

adeish!

pening!

http://www.smileycodes.info

mama tu bukan mak aku,mak aku bukan mama.Aku x nak mama jadi mak aku dan aku tak nak mak aku jadi mama.

Kalau ade sesape tak paham,amik straw sedut air guna hidung baru leh melancarkan balik saluran otak yg tersumbat.


http://www.smileycodes.info





Tuesday, September 20, 2011

::: Coret coret ari raya :::

hari raya mmg diisi untuk bertemu kawan2...

berkongsi cerita dan gelak tawa.

dalam tak sedar usia dah menginjak 23 tahun.

dah dewasa rupanya kami ni~




izzati , pembantu fisio di kist kelantan.Teman yang sentiasa bersama di kala aku duka dan gembira.

Ain,study lagi n bakal designer.


ani,bakal teacher math n science.
aku??sekarang duk mengira kutu babun di badan kucing cik lijah

::: Peringatan untuk wanita :::




Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang .

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Sebarkan!!

sumber : Blog teh secawan