kawan-kawan yang hebat

Friday, June 29, 2012

::: Berkawan itu seronok :::




Pernah suatu hari yang normal,aku mengungkapkan "Takder kawan pun takper,asalkan family sentiasa ada di sisi!"

bila memusingkan otak dan teringat balik kata-kata itu,terasa mahu memaki diri sendiri pun ada.

Apa la busuk sangat mulut sampai boleh cakap macam tu. Walaupun family yang utama,tetapi kawan-kawan adalah kegembiraan bagi kita. Tanpa mereka ,automatik kita akan sunyi.

kalau gaduh dengan bf,kita cari siapa? of course la cari kawan kan....nak cerita kat mak?for sure dapat tazkirah percuma kan,silap-silap direjectnya semua calon pilihan sendiri.

Kalau tak siap homework/assignment/dan bagai lagi  mesti kita akan meluah kat kawan-kawan dan sama-sama cari solution kan....nak ngadu kat family? tak pasal-pasal kita kena marah pulak sebab malas dan buat kerja last minute.

and for da conclusion,hargailah kawan-kawan anda. Yang mana baik kita jadikan contoh, yang buruk kita cuba hindarkan.

..mereka...

pic-pic ni boleh dikatakkan reunion budak-budak rumah la....lebih kurang 2 tahun lalui kenangan pahit dan manis bersama time belajar dulu...sekarang ada yang dah kerja dan sambung master pulak...rindu time degree dolu-dolu weh... (T_T)


first,nasi arab....ni memang betul-betul kaw la....first time tengok nasi makan dalam dulang camnih...kalau time kahwin buat camnih mesti sweet kan?? ececece...


second,YB burger.....aku tengok burger ni dah start telan air liur....bukan sebab terlampau ekcited nak makan but takut tengok kolestrol yang bakal memenuhi perut yang comel ini. Nasib baik share 8 orang..kalau tak,memang balik tu kena berguling-guling la dari belakang unisel tu sampai rumah kami...Sedap tu memang la  sedap tapi feeling dia tak sama la kalau makan burger biasa tu,ekspecially MR Junior burger yg kat area pusat komersial seksyen 7 nih...


hah,amik ko....malam tu adalah makan untuk melantak sampai buncit. Perut pun dah macam nora danish tengah pregnant 3 bulan setengah.kehkeh.



Balik rumah pulak,party perpisahan untuk nadiah...yang menamatkan praktikalnya di karangkraf dan akan pulang bermaustautin di terengganu. Makan lagi!

keranamu nadiah,kami budak-budak rumah ni sanggup meng "up" kan lagi lemak-lemak di badan ini.

dan terpaksa mengucapkan "Hai,selamat datang lemak-lemak sekalian...jemput la menginap di dinding usus kami"

:P

Thursday, June 28, 2012

::: Blog ini berhantu :::



Masuk je blog nih  jiwa rasa sedih,masuk je blog nih rasa sedih!

padahal takder pun lagu jiwang bagai.

takder pun entry lemah gemalai.

takder pun ayat berbunga bagai.

takder pun gambar  kenagan yang menggamit jiwa.

memang sah la blog nih berhantu.

Tapi hantu apa ya? kak limah? mustahil....kak limah dah sambung belajar kat oversea..

pocong?lagi la mustahil....dia tengah sibuk  mencari tali leher putihnya..

polong? dia tengah busy menjadi tourist guide tok bomoh jahanam ..

kalau disebut kesemua nama hantu-hantu ni memang  penat la jejari yang montel ni nak menaip.


atau adakah aku seorang penyedih yang over?

:
:
:
:

pang! menampar diri sendiri untuk berhenti berkhayal .


ok,bye.


# thanks kepada sesiapa yang sudi datang blog ni walaupun owner blog ni telah  pergi bertapa selama 1/4 bulan...kehkeh 






Saturday, June 16, 2012

::: mengail ikan di laut :::




"Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be, because you only have one life to live and one chance to do all the things you want to do....."



# maaf, mood untuk mengupdate blog agak ke laut sekarang. Tak pasti laut mana dia pergi dan menaiki apakah pun aku tak tahu. Yang pasti , untuk menunggu semangat itu datang kembali mungkin mengambil masa yang agak lama.

kawan-kawan,tolong doakan agar aku tabah dan kuat untuk menghadapi segala ujian allah dengan tenang dan redha.

Amin.

Sayang kamu semua!



                                       

Friday, June 15, 2012

::: dia mencintai kamu :::






Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Cinta adalah satu perasaan yang wujud didalam hati tanpa kita sedari.  Kalau benar dia milik kamu , dia pasti akan ada untuk kamu.

Wednesday, June 13, 2012

::: Maafkan aku puaka :::




Terlebih dahulu maaf ingin diminta sebab entry ni entry berpuaka.Kalau dibaca,mata harus terbuka dan mulut harus ternganga.Tak keluar air liur pun takper,asalkan ternganga macam singa.

Ditujukan kepada makhluk berpuaka yang membela saka dan bermulut macam celaka,membuatkan orang lain yang membecimu akan masuk neraka.

Eh?

kenapa aku tetiber berubah menjadi puaka jugak maybe sebab dah lama berpura-pura menjadi mereka yang beretika untuk berkawan dengan saka.

Hidup kalau tak berpura-pura memang tak boleh ke? kalau tak hipokrit tak boleh erk?Kalau nak menipu jangan nampak bodoh sangat boleh tak. Aku dah penat berpura-pura menjadi bodoh.

Eh,cikgu aku tak ajar la camner nak jadi bodoh ! tolong la stop lakonan yang betul-betul menguji tahap kebodohan itu.

# ditujukan kepada makhluk berpuaka yang sedang mengalami konflik dalaman. Dan point yang penting,dia bukan blogger tetapi suka membaca blog beretika macam blog nih.

pesanan kepada puaka itu,jangan sampai aku jumpa kamu lagi sebab aku memang tak mahu berhadapan dengan kamu. Aku tak nak muka yang comel macam nora danish ni tetiber menjadi seperti kak limah baru lepas kena tembak di kaki..buruk bukan ? 

:



Friday, June 8, 2012

::: Menggelakkan diri sendiri :::




Sometimes we expect more from others, cause we would be willing to do that much for them..



Fikiran berkecamuk sejak akhir-akhir ini...*sesiapa tak tahu apa itu berkecamuk,sila ambil tangan dan tampar kepala sendiri * kalau perkataan skima macam tu tak tahu,sia-sia pergi sekolah bawak bag berat . huhu.

ok,abaikan. Bukan mahu bercerita perihal cuti sekolah yang bakal habis dalam berberapa hari lagi. Aku tahu itu adalah cerita yang paling tak best untuk dibaca oleh blogger-blogger tegar yang masih terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Dah penat gelakkan si adik yang dari semalam mula mengeluh pasal cuti yang nak habis . Sumpah,kalau diberi peluang kembali untuk bersekolah bersama rakan-rakan,aku la manusia yang paling gembira di muka bumi ini.

Ada la seorang uncle yang  berusia  dalam lingkungan 30 an... Dia kelihatan normal but apabila hampir dengannya baru aku tahu dia bukan seperti insan biasa. Kadang-kadang dia gelak sendirian ,menyanyi lagu-lagu lama,berceloteh sendirian dan ternyata ia sangat  menghiburkan.

Mungkin rasanya diri diperhatikan,dia berpaling dan terus bertanya kepadaku :

uncle : "Dik,nak dengar teka teki ?"

aku : Teka - teki apa ya?

uncle : "Ok,dengar yer...kenapa batu bila dilemparkan dalam air dia tenggelam?"

aku : Ala,sebab batu tu berat kan?

uncle :  "Salah!"

aku : Abis tu..

uncle :  "Teka la...."

aku : Ntah,tak tahu....apa sebabnya ya??? *actually,malas nak berfikir,nanti orang ingat aku meroyan pulak*
:
:
Ha, ni jawapan uncle tu kasi...

"SEBAB......dah NASIB batu tu nak tenggelam dalam air jadi tenggelam la dia...sebab NASIB la dik bukan sebab batu tu berat...harharharhar"

# aku digelakkan oleh uncle itu dan berberapa orang  yang lain. Aku sepatutnya berterima kasih kepada beliau kerana membuatkan aku tersenyum dan mereka-mereka juga. Segala yang berkecamuk itu berlalu pergi buat sementara dan memberikan ruang untuk otak ini bernafas kembali. :)