kawan-kawan yang hebat

Friday, July 15, 2011

::: Kisah cerita cinta :::




Cinta amat mahal takrifnya.Inilah yang difitrah oleh Allah swt terhadap hambanya.Cinta tertulis pada sebuah perkataan tetapi gagal dilihat pada zahir. Kerana cinta itu adalah tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran.Ingat pada yang satu,iaitu Allah swt,jujur la pada yang setia . Setia la kepada yang kasih. Kasih pada yang rindu dan rindulah kepada yang menyayangimu....

Mengenali tingkah dan perilaku mereka yang mencintaimu dengan setulus hati :


Insan yang mencintai kamu tidak mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu kamu satu2 nya insan istimewa di hatinya.

Insan yang mencintai kamu selalu menerima diri kamu seadanya.Di hati dan matanya tetap mengatakan kamu yang teristimewa walaupun ketika itu berat kamu sudah bertambah atau sebagainya.

Insan yang mencintai kamu selalu ingin mengetahui tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari.

Insan yang mencintai kamu tidak pernah bosan melayan karenah kamu yang kadang2 tidak ubah seperti kanak-kanak kecil yang sering merengek.

Insan yang mencintai kamu tidak pernah membiarkan hati kamu terluka dengan kata-kata mereka.Mereka lebih banyak mendiamkan diri dan menuggu kamu kembali tenang untuk menerangkan keadaan yang sebenar.

Insan yang mencintai kamu tidak pernah lupa tarikh2 penting atau apa sahaja yang berkaitan dengan diri kamu.Bagi mereka, kamu terlalu istimewa sehingga mereka akan mengingati apa sahaja mengenai kamu.

Insan yang mencintai kamu akan sentiasa mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kamu,malah mungkin kamu sendiri sudah lupa kerana baginya saat saat itu terlalu berharga .

Insan yang mencintai kamu sentiasa akan mengingati setiap kata-kata yang terucap walaupun kata-kata itu menghiris hatinya namun mereka masih sedia memaafkan kamu.

Insan yang mencintai kamu sentiasa meluahkan perasaanya melalui lagu. Itu menunjukkan perasaan dan hatinya terhadap kamu.

Insan yang mencintai kamu akan sentiasa memberi semangat dan mengirim sms "gud luck" @ "kamu pasti boleh " @ sebagainya kepada kamu di saat kamu menghadapi ujian.

Insan yang mencintai kamu akan sentiasa sabar memberi ilmu dan mengajar kamu dengan ikhlas walaupun kamu adalah manusia yang paling bodoh ketika itu.

Insan yang mencintai kamu tidak akan sesekali melukakan hati dan perasaan kamu dengan mengatakan hatinya telah jatuh cinta atau tertarik kepada orang lain kerana baginya dirimu terlalu berharga untuk mereka.

Insan yang mencintai kamu akan sedia memaafkan mu walau kadang2 sikap mu membuatkan mereka kecewa.

Insan yang mencintai kamu tidak akan pernah meminta untuk kamu pergi dari hidup mereka kerana mereka terlalu takut untuk kehilangan mu.

Insan yang mencintai kamu akan memberikan barang miliknya yang mungkin kepada kamu sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


Insan yang mencintai kamu akan terdiam seketika ketika bercakap atau bertengkar kerana mereka mungkin cuba mengawal perasaan mereka dari untuk bergaduh dengan kamu.

Insan yang mencintai kamu akan menghias sebahagian besar inbox nya dengan nama kamu. Dia masih menyimpan sms-sms dari kamu walaupun kamu telah mengirimnya berbulan2 atau bertahun2 yang lalu. Dan segala pemberian daripada kamu adalah pemberian berharga buatnya .

Insan yang mencintai kamu sentiasa meminta kamu bersabar dengan apa jua rintangan walaupun mereka sendiri tidak tahu jalan penyelesaian. Tetapi mereka tetap akan cuba berusaha yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada mu.

Insan yang mencintai kamu akan sentiasa bersama ketika kamu sedih,gembira dan tertekan. Baginya segala kesedihan kamu adalah kesedihannya juga dan kegembiraan kamu adalah kegembiraan buatnya.

Insan yang mencintai kamu tidak akan marah jika kamu mengatakan bahawa kamu mencintai orang lain. Meraka akan terus terdiam dan cuba untuk pergi bagi memberikan kegembiraan itu kepadamu walaupun hati mereka sendiri terluka.

Insan yang mencintai kamu tidak pernah akan membuat kamu terbeban dengan karenahnya.Di saat kamu meminta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan mu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

sumber : Majalah remaja .

my mom said : "Carilah suami yang dapat mencintai mu dengan sepenuh hati. Jangan memilih suami kerana harta,kerana hartanya boleh hilang dalam sekelip mata. Jangan memilih kerana rupa,kamu pasti akan sengsara. Pilihlah lelaki yang mencintaimu sepenuh hati kerana hanya mereka yang cintakan kamu sahaja mampu melakukan apa sahaja demi kegembiraan kamu dan menjadi ketua serta imam kepada keluargamu kelak"

Pernahkah ada insan yang melakukan perkara yang di senaraikan kepada kamu?
jika ya...jangan sia-siakan insan tersebut..
kerana kamu pasti akan menyesal jika tidak menghargai mereka.