kawan-kawan yang hebat

Friday, February 27, 2015

::: LIEBSTER AWARD by Cik Mai :::




Sesi membalas tag dengan Mai ...hahaha...

ok la akak jawabkan soalan mai yer.

1. Minimum dan maksimum untuk sebulan topap/bil telefon berapa RM?

Minimun akak topup untuk sebulan ialah rm 60..Maksimun pun rm 60 jugak...  sebab nak aktifkan mobile data,so boleh bertenet di mana-mana sahaja. kehkeh


2. Cool tak perempuan yang bawak superbike?

carut kalau cakap x cool! Siap boleh jadi cooller lagi ...hakhak....tapi macam tak sesuai je pompuan bawak superbike...apa yang mahu ditonjolkan kalau beridentiti serupa lelaki,kan lebih manis bawak kereta...sopan dan aurat pun terjamin...hehe...sekadar pandangan akak je la yer.

3. Bila ada duit extra , lebih suka beli makanan atau barang (beg,baju,kasut)?

Akak akan slalunya belanja family makan...makan n makan...and then baru la terfikir untuk beli barang. Tapi jarang sesangat la...3 0r 4 bulan sekali baru beli barang either baju,bag or kasut...




4. What do you think of me? and my blog? heheheheheheheheheheheheheheheheh

Mai seorang yang peramah,suka membebel dan comel...hahaha.

Blog mai pun berjaya buat akak untuk selalu skodeng setiap kali akak online..suka baca entry mai,bersahaja dan senang untuk difahami...


and last,thanks mai sebab sudi jadi kawan blogg akak ni yer!


#taknak tag sesape dah boleh? takut tak sempat nak baca...hikhik..

::: Seminar Bersama Dr.Azizan Osman dan Jutawan Irfan Khairi :::



Aku yang bergoyang atau laptop ni yang bergoyang? Atau jin di sebelah yang bergoyang sehingga goncangan itu mempengaruhi sel-sel otak aku untuk turut sama bergoyang?Hoi,pening tahu tak!




Hari ni baru berkesempatan untuk exercise jari. Seminggu terpaksa meninggalkan laptop,kerja yang bertimbun-timbun,bantal busuk,dan semua yg ada di kemaman ni la untuk menghadiri  Seminar Agropreanur Muda 2015.

Seminar ni dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang sempena ulangtahun Pertubuhan Peladang yang ke 42. Masa dapat tahu kena attend mula la buat muka nonsense macam jijik sangat nak pergi tapi
Pegawai tu cakap," Dalam kemaman ni 3 orang je yang pergi...dan bas telah disediakan,wakil setiap daerah 3 org je..so total untuk negeri terengganu dalam 32 org je yg pergi. Tak ramai pun...dan paling penting  semua peserta adalah perempuan.Dont worry.."

Aku : semua perempuan? ok lah kalau camtu...no problem.

Bila naik bas...yang aku nampak la semua kepala yang tak ditutupi ...hanya 8 org perempuan . Tu pun termasuk kami wakil dari kemaman. Oh,ditipu...Bila sampai kat hotel ada la dalam 8 bas dari pelbagai negeri and almost of them are male! oh...ramainya lelaki. Terus wassap mak " Ibu,ramainya peserta lelaki,dia cakap takder peserta lelaki tapi ni hampir penuh dewan dengan lelaki je...oh,tak best nya! "

jawapan mak tersangat la simple dan mudah , "OK LA TU,SEMOGA BERTEMU JODOH DI SITU!"

terus aku off mobile data selama 3 hari,sebagai tanda protes dengan sindiran mak tu..kehkeh


Seminar selama 3 hari dan bermalam di Hotel Seri Pasific,Kuala Lumpur.  Mula-mula agak malas untuk attend kursus jauh-jauh ni. Lenguh bontot duk dalam bas lelama. Tapi bila memikirkan kursus ini free dan penceramah yang dipanggil ialah Dr Azizan  Osman dan Irfan Khairi siapa la yang bodoh nak lepaskan peluang kan?

Tapi serius ,sangat tak rugi kalau anda semua join seminar yang dianjurkan oleh mereka. Banyak ion-ion positif yang diberikan oleh mereka dan membuatkan sel-sel otak berkembang tanpa perlu meminum susu anmun dan dutch lady lagi.



Nak tahu apa yang di share kan oleh jutawan-jutawan ni? Ha, pi la attend sendiri seminar diorang!...kahkah...


#Dr.Azizan Osman- Banyak tips dan nasihat yang di share oleh beliau...sangat best. Kalau diberikan peluang,in sha allah akan join lagi setiap seminar yang dianjurkan oleh beliau.

#Irfan Khairi- Jutawan Internet. Berjaya membuka minda untuk membantu orang lain dalam proses berniaga. 



#irfan khairi


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob merasmikan ulang tahun LPP yang ke 42

#Executive talk bersama Tan  Sri Mohammad Ali Bin Hashim


#kusyuk bebenor mereka-mereka nih...tah tahu la keluar air liur ke idak duk ralik sangat tengok tu.


# tak dapat tengok dafi,tengok ayah dafi pun tak per la kan.....kehkeh..ohh dafi!


Monday, February 23, 2015

::: Liebster Award by Xennov :::




Liebster Award by Xennov .

Thanks Xennov  kerana tag cik hana. Lama dah tak main tag-tag camnih...kehkeh.

Ok la,mula-mula tak faham permainan ni camana...tapi bila 40 kali cik hana duk ulang baca entry Xennov baru la taw rules permainan ni....

First,Answer the Questions....

1. Tahu menjahit? Tulis nama-nama jahitan yang masih diingati.

uish,bahaya soalan nih...kalau bakal mak mertua baca confirm kena reject nih kalau jawab dengan jujur...haha.  Tahu jahit seluar/pakaian yang koyak je la....kalau nak hasilkan seketul baju memang takkan jadi la...Nama jahitan?? jahitan silang pangkah..tu je yg ingat.

2. Hitam atau putih? Nyatakan 5 sebab.

Putih.Sebabnyeeee....
 a) Nampak bersih je
b)Lebih menarik perhatian orang untuk tengok
c) Tak menyemakkan kepala otak 
d)Dapat cari alasan untuk membebel sekiranya barangan yang berwarna putih tu dikotori oleh sesuatu.
e) Bila bnyakkan pakaian berwarna putih ni dapat memotivasikan diri sendiri sebab dah macam kain kapan...so automatik akan takut nak pakai seksi-seksi..kehkeh


3. Sokong telefon pintar atau tidak. Tulis 5 sebab.

Sokong.

a) Senang nak online kat mana-mana je
b) Tak perlu bawak laptop kehulu kehilir....sakit bahu 0oo00...
c) laptop+kamera = Smartphone.
d) Senang nak video call ngan family so tak boleh tipu la kalau ada kat mana-mana kan.
e) Skrin lebih besor...senang nak nampak seketul2 tulisan.

4. 5 binatang yang korang takut.


a) Lipas
b)Lipas
c)Lipas
d)Pepatung
e)Kumbang


Second, Soalan yang perlu di J.A.W.A.B....

1. Perkara yang boleh membuatkan korang senyum sengsorang.

2. Apabila terjah ke sesuatu blog,apa yang korang tengok mula-mula sekali...either their entry? folllower? chatbox? comments ? or anything else....and bagi sebab-sebabnya sekali.

3. Perlu ke Bloglist dalam sesebuah blog. Senaraikan 3 sebab.

4.  Apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri korang.



Third, Nominate others bloggers...

Rasa macam nak suruh 5 gadis manis ni  je yang jawabkan...hehe







Saturday, February 21, 2015

::: Selamat Pengantin Baru :::




Selamat Pengantin baru untuk mereka-mereka yang mendirikan rumahtangga sepanjang cuti Tahun Baru Cina ni.  Pagi tadi ibu dah siap pesan,"pagi ni tak yah makan heavy sangat sebab tengah hari nanti kamu semua kena pi kenduri.No more excuse!"

Aku dah mula gelabah,malasnyeeeeeeeeeeeeee nak gi! Nanti soalan-soalan yang tidak enak didengar pasti akan berkumandang di telinga. Antaranya,

1."Aihhhhh,lama tak nampak ....bila nak kahwin? "

2. "Tengah belajar  lagi ke ni??"

3. " Keje kat mana? "

4. "Kenapa tak kahwin lagi? "

5." kawan2 kamu semua dah kahwin,kamu bila lagi? "


Walaupun senyuman terukir di bibir,tapi didada ni bengkak tahu tak akibat ditumbuk oleh bendalir-bendalir dan sel2 darah dalam badan ni! hukhuk

Aku mula la mencari idea yang paling bernas ,tepat dan jitu untuk mengelakkan dari terpaksa follow ibu dan ayah pergi kenduri. Alasan yang paling tepat ialah,

"Ibu,along sakit gigi la! macam mana nak gi kenduri,nanti tak makan orang cakap sombong pulak...."

Nasib baik nasib baik dan nasib baik la ibu menerima alasan ini dengan senyuman. Terima kasih gigi kerana menyelamatkan aku. L.E.G.A.

Ingatkan full stop la kan bila tak pergi kenduri. Tapi baliknya ibu dari kenduri.


Ibu : makanan tak best la...ada nasi minyak je..lauk pun tak banyak pilihan...nanti kenduri kat umah kita ,kita buat nasi minyak and nasi putih pelbagai lauk macam makan kat kedai-kedai makan tu.

aku : ala,ada masa la pulak catering2 nak layan kita nak buat lauk nasi putih pelbagai...makan nasi minyak sudah la ibu.

ibu : diorang tempah kat mana yer surah yassin yang siap ada nama pengantin ni yer..cantik...

aku : ntah la...mana-mana pun ada.

ibu : nanti kalau kenduri kat rumah kita,yang wajib ada untuk doorgift nanti surah yassin,telur,manisan ...hurm apa lagi erk?

aku : ntah...bagi je la gula-gula seposen dua.

ibu : tapi kat mana boleh tempah surah yassin tu ada nama siap...

adik : Tempah online je ibu.....ibu nak tempah berapa nanti adik tempahkan...tapi BILA kenduri kat rumah kita tu ya?

ibu : tu,tanya Along tu...bila nak kahwin...

adik : Along bila nak kahwin??

Aku : tanya ibu balik,mana calon pengantin lelaki nya????

ibu : ibu pulak yang kena.

Nak elak dari ditanya soalan2 sebegitu kat kenduri...tap kat rumah pulak yang kena...

oh ibuku!