kawan-kawan yang hebat

Friday, September 5, 2014

::: Pengalaman ambil JPJ test :::




Hari ni rasa rajin nak berblogwalking...tp dalam banyak-banyak blog,aku tertarik dengan tajuk " JPJ Test " Macam-macam kenangan mereka semua,ada yang manis dan ada yang pahit. Teringat pulak kenangan sendiri sewaktu nak ambik test JPJ dulu .

Hari first daftar,dengar ceramah ...bla..bla...bla.....bla....sehari suntuk.Then buat ujian komputer pulak. Bila dah lulus,pi kelas teori dan amali pulak. Then proceed dengan latihan sebelum cikgu menyerahkan kita kat incik2 JPJ untuk di panduuji..eh??hikhik. 

Bahagian 2 : First,mendaki bukit...jika gagal ujian ni anda tak perlu proceed untuk ujian parking dan tiga penjuru. Alhamdulilah aku lepas untuk ketiga2 ujian bahagian 2.Then,tunggu nama dipanggil untuk bahagian ke 3 pulak.


Bila sampai aku punya turn dipanggil utk test bahagian 3....begegar lutut ni berjalan ke arah kereta. Airmuka abam JPJ tu punya la garang,.. Bila bukak je pintu kereta,

aku : Assalamualaikum encik.

abam JPJ : Wkumsalam,nur farhana kan? 

aku : yer saye encik....

abam JPJ : Ok,saye akan duduk diam je sebelah awak ..so awk kena ingat la "step-step" yang cikgu awak dah ajarkan tu ye...awak still ingat kesalahan-kesalahan yang tak patut awak lakukan semasa di jalanraya kan? kalau awak didapati banyak melakukan kesalahan awak akan dikira gagal...faham?

aku : Baik encik...boleh sy mulakan?

abam JPJ : Ok,teruskan. (Sambil buat muka garang gila ukk ukk ukk)

    ....sempat jeling kat abam jpj ni masa nak check cermin,seatbelt,signal,gear,wiper...turunkan handbreak.

abam JPJ : ok lalu laluan A yer. 

      ....tengah syok duk  bawak sebab laluan  memang tak banyak kenderaan pun time tu ,sampai satu selekoh lupa nak tekan brek kaki..just lepaskan minyak je..demmmm..sampai abam JPJ tu yg kena tekan brek...mampus aku!

abam JPJ : 0ooo awak  tak tekan brek kaki yer bila nak  membelok...,cikgu tak ajar ke ?

aku : cikgu ajar.....tapi saye lupa tadi...maaf encik! maaf....

abam JPJ : awak tahu tak apa yang awak buat ni satu kesalahan....dan awak boleh gagal...

aku : saye tahu encik....maaf encik...bagi la saya pluang...

abam JPJ : kalau saya suruh awak berhenti kat tepi ni sekarang boleh?

aku : tak nak encik....tak nak...(langsung tak pandang dia dan teruskan perjalanan )

abam JPJ : kenapa tak nak? 

aku : kalau berhentikan kereta,dan encik yang bawak balik kereta ni so maknanya saye akan gagal....jangan la encik.

abam JPJ : berhenti kereta kat tepi sekarang.....berhenti saye kata....(muka garang gila ukkk ukkk)

.....dengan redha aku menerima kenyataan yang aku akan gagal dalam test kali ni....melayang lagi la masa dan duit utk second test JPJ pulak! demmmmm....bila kereta dah berhenti,abam jpj pun bukak pintu dia....

abam JPJ : ish,awak ni.....saya suruh awak berhenti kat tepi ni sebab saya nak buang sampah kat bawah seat saye ni je...(sambil melibas2 karpet  dan muka yang tengah tahan gelak! ).....awk ni cepat panik la,awk baru je lakukakan 1 kesalahan so ada peluang lagi...saya tengok awk drive ok lagi setakat ni. Ok dah,teruskan drive.. ...

aku : .............................sampai ati encik buat macam ni.

grrrrrr.......mak,nak nangis! Tp aku tahu dia saja suruh aku berhenti sebab nak test aku je ..nasib baik boleh kontrol panik dan kereta pun serasi dengan aku...enjin x mati sepanjang laluan...alhamdulilah . 

abam JPJ tu punya la garang muka...sampai hati dia uji  fizikal, mental dan emosi sekali....nasib baik tak mencarut Akhirnya lulus dengan markah 17/20....terima kasih abam JPJ yg baik hati walaupun anda kelihatan sangat garang dan tegas pada mulanya.


kenangan yang tak dapat dilupakan....hehe...so kepada adik-adik yang bakal mengambil test JPJ tu  jangan la takut....yang penting ikut segala arahan apa yang telah anda belajar dengan cikgu memandu dan paling penting jangan cepat panik...Selamat Maju Jaya!

Wednesday, September 3, 2014

::: Entry pertama untuk tahun 2014 :::






hoi!
dah lama tak merapu kat sini.
merajuk dengan diri sendiri.
membawa diri jauh ke alam mimpi dan kini dah kembali.
kembali untuk mengisi kotak-kotak entry untuk membuatkan diri kembali berada di dunia realiti.