kawan-kawan yang hebat

Monday, October 6, 2014

::: Mengamuk di Aidiladha:::



#kemamanOhKemaman




First time melalui peristiwa macam ni...selalunya tengok kat video or movie je kan. Now, berlaku didepan mata sendiri. Subhanallah,satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Nasib baik sewaktu kejadian aku berada di kedai,...kalau tidak,tak tahu la apa yang terjadi pada bonda tercinta.  

Kisah bermula apabila si tukang masak mengamuk kononnya kami menuduh dia sebagai pencuri. Kami tidak akan menuduh jika tiada bukti yang kukuh dan sahih. Mencuri handphone note 2  yang berapa la sangat nilainya jika dibandingkan dengan dosa dan malu yang akan ditanggung sepanjang hayat.  Aku tak mengerti kenapa ada manusia yang sanggup buat macam ni...sedangkan selama dia bekerja,segala kebajikan pekerja amat aku jaga dan mengambil berat. Ini balasannya ? sungguh aku sangat kecewa dengan pekerja ini. Kalau diikutkan hati,ingin saja aku membuat report polis di atas kehilangan hanset kesayangan tapi bila memikirkan itu hanyalah dugaan kecil dari Allah swt jd aku lupakan..

Keesokkan harinya,hati mula rasa tak sedap...seperti akan ada sesuatu yang berlaku....mengambil keputusan untuk sentiasa berada di kedai dan di  sisi bonda tercinta. Risau memikirkan keselamatan beliau. Tiba-tiba dalam jam 11 pagi,datang la 'perempuan'  menjerit -jerit bagaikan orang gila.  Meminta bonda keluar dan mahu menerkam bonda. Sebagai anak,sudah tentu tidak akan sesekali membenarkan dia menyentuh bonda walaupun terpaksa bergadai nyawa. aku cuba menghalang dan menjerit kepada orang ramai disitu supaya menelefon polis tapi mereka seakan telah dibeku..hanya melihat, melihat dan melihat!

rasa sangat kecewa.sedih.marah!

Nasib baik bonda sempat call polis dan polis sampai ...akhirnya perkara ni dibawa ke balai polis.  Alhamdulilah tiada apa-apa yang berlaku kepada bonda....aku? abis lebam dan lemah rasanya seluruh badan melawan dengan si pengamuk itu. Harap inilah yang pertama dan terakhir pengalaman yang terpaksa aku lalui ..kalau ikutkan mahu je saman  malu dan untuk menuntut gantirugi tapi memikirkan kehidupan si pengamuk tu yang daif, bonda dan aku dengan rela hati menarik balik kes ini. 


pengajaran :

1) Berfikir sebelum bertindak . Jangan terlalu mengikut emosi. Anda sendiri akan menanggung akibatnya.

2) Jangan la mencuri. Kalau kita buat 10 kebaikan pun belum tentu orang akan ingat tapi jika 1 kesalahan yang kita lakukan,sampai bila-bila akan jadi bualan orang. Setiasa la ingat ya!

     3) Kepada masyarakat,apabila berlaku peristiwa-peristiwa macam ni tolonglah bagi bantuan either cuba untuk leraikan pergaduhan ataupun call polis. Bukan hanya dengan melihat dan terus lari seolah-olah tiada apa-apa yang brlaku. Jika perkara ini brlaku pada mak,adik beradik atau saudara anda bagaimana? kalau ada yang terbunuh bagaimana?  

#jangan amalkan sikap pentingkan diri dalam kehidupan bermasyarakat.