kawan-kawan yang hebat

Monday, November 26, 2012

::: Luahan Hati :::



Ini sekadar luahan.

Tak dapat disimpan dalam hati.

lidah kelu untuk berkata-kata.

Jiwa meronta-ronta.

Hanya jari menjadi saksi dan terus setia menemani.

cukuplah lukakan hati ini.

sesuatu yang tiada titik noktah.

Yang menjadi persoalan hati.

permainan apakah ini.

hentikanlah jika masih tidak tahu di mana kesudahannya.

aku sudah penat.

oh tuhan.





Friday, November 16, 2012

::: Sore eyes 5 days mc :::





Mungkin ada yang pernah dengar dan mugkin ada yang tidak tahu langsung mengenai video  yang diupload di youtube pasal tajuk ni.Kalau sesiapa yang teringin nak tahu ,sila la copy paste tajuk di atas dan google sendiri apa yang best pasal tajuk ni.

Aku nak cakap banyak pun tak boleh. Rasa kesian ada,rasa gelihati pun ada,rasa nak terkentut berirama pun ada.Tak boleh nak salahkan peng'upload' video tu jugak kan,mungkin dia disabotaj ke ,di khianat ke, kita tak tahu kan..tapi seeloknya jangan la upload benda-benda macam tu okay kawan-kawan?

Dan yang sebenarnya,sewaktu menonton video ini aku rasa mahu menasihatkan warga malaysia agar pupuk la rasa malu dalam diri terutamanya wanita-wanita. Kita merupakan negara islam,jangan la terikut-ikut sangat dengan budaya masyarakat luar. Maruah kita ada ditangan kita,jangan biarkan  maruah kita itu dipijak-pijak oleh masyarakat lain.

Bangkit lah untuk menjadi rakyat yang berilmu dan berwawasan serta mementingkan ciri-ciri murni dalam diri kita. Malaysia kita perlukan rakyat yang bermotivasi tinggi untuk terus maju ke hadapan. 


Aku sayang rakyat Malaysia!

Attach your heart to allah. Don't let popularity go to your head and when you’re alone and your pain has no end always remember ALLAH is the one to mend

Peace!

# Entry pasal kewarganegaraan sikit walaupun hari merdeka dah lama lepas.kahkah.

Saturday, November 10, 2012

::: Aku Terima Nikahnya :::



Sewaktu cerita ini hangat di pawagam ,dan si adik merengek-rengek mahu tengok wayang,aku berpesan "No need la,buang duit je pi tengok wayang,nanti cerita ini ada kat astro first kita langgan ok! lagi best boleh tengok kat rumah sambil bergolek...2 hari pulak tu boleh tengok! ok ??"

dia senyap,keinginan pun terhenti disitu.

Pagi tadi,bangun dari tido..aku terlihat kelibat 2 manusia yang sedang busy memegang fon dan seorang lagi sedang memegang bil astro...si ibu dan adik! rupa-rupanya tengah call astro sebab nak langgan cerita nih..baru nampak agaknya kat astro first. 


Dipendekkan cerita,

(Di awal movie ni,)

ibu : Tak hansem la pelakon lelaki ni! sape nama dia?? Kan kalau dia letak aaron aziz kan best sikit..

aku : Cerita pekebenda la nih...duk peluk sana sini. bosan ah!

adik : - diam -



(Pertengahan Movie : Sewaktu lisa menangis kerana johan tidak ingat langsung mengenai dirinya.)

ibu : kesian si lisa ni...

aku : huarghhh...ngantokkk! asyik nangissssssssssssssssss jer!

adik : -diam-


(Klimaks cerita : Lisa mintak cerai.)

ibu : tak guna kawan baik sendiri yang buat macam tu kat dia..

aku : Oh yeah,baru la best ...baru la tak bosan sikit...ni asyik menangis je,sampai nak tertido aku.

adik : -diam-


(Akhir cerita : Selepas lisa pergi tinggalkan rumah tu baru la johan teringat balik kenangan silam bersama si lisa nih.)

ibu : mengalirkan air mata.

aku : air mata kuar jugak la..

adik : -ketawa-


# yang aku tak fahamnya time kami cakap bosan la ,pelakon tak hansem la ,ngantok la dan si adik ni diam jer...tapi bila part betul-betul sedih kat hujung cerita dia boleh tergelak,kami berdua pulak yang terlebih emo duk sibuk nak control air mata dari mengalir. Tak paham betul aku budak-budak sekarang nih...



betul!!bila la agaknya boleh dengar 3 perkataan ni yer ~~ 

Friday, November 9, 2012

::: School holiday :::



Selamat bercuti !

Selamat berehat !

Selamat pergi melancong !

dan yang paling UTAMA ialah

SELAMAT BERSUNAT untuk adik-adik yang akan melalui sesi potong memotong pada cuti sekolah kali ini.

sewaktu di kedai,aku sempat berbual dengan seorang adik ni..aunty tu cakap anak dia ni excited sangat nak bersunat next week...tengah dia duk main sorang2,aku pun pi la sembang dengan dia..dah nampak macam lonely je kan so nora danish yang jelita ni ambik la peluang pi usyar...

aku     : hai syafiq!

syafiq  : yup! hai along...

aku     : syafiq next year dah darjah 5 la kan?

syafiq : yer la...esok syafiq nak balik kampung! best ..syafiq boleh potong kambing!

aku     : potong kambing ??? mana ada orang  potong kambing....orang sembelih la kambing tu syafiq!

syafiq : eh bukan kambing yang hidup tu...apa la along ni!!!

aku     : abis tu???? (dah mula konfiuss...)

syafiq  : ni kambing dalam seluar syafiq ni!

aku      : OMGG! dia panggil kemaluan dia kambing rupanya....best ke potong kambing?? (soalan paling bodoh rasanya )

syafiq  : mestila best....lepas potong kambing ni,syafiq dah takder kambing so lepas ni syafiq tak payah la nak sibuk     pergi toilet nak kencing lagi...

aku     : -terdiam seribu bahasa-


Its ok la dia nak fikir apa pun kan asalkan dia nak bersunat sudah,lepas dah matang mungkin baru dia faham apa itu bersunat@ berkhatan.





ha...lepas dah potong baru la boleh ngorat anak jiran sebelah menyebelah...ni sunat pun belum,dah ada hati nak ajak anak dara orang bercinta mesti la mak pompuan tu marah...kehkeh...

sunat tak sakit pun so jangan la takut  ~~



Saturday, November 3, 2012

::: Keputusan SPA bagi jawatan

Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat F29 :::




Sewaktu tengah frust gila kerana usaha untuk menginstall Gps Papago M9 for android phone tidak berjaya. Perasaan yang sangat kecewa itu tak boleh nak digambarkan macam mana hebatnya kerana telah membazirkan masa selama 3 jam setengah tapi tidak berjaya juga! Stress betul...tak tahu kat mana silapnya.

Akibat ke stressan itu,tangan yang montel ini mula menggedik nak bukak mail..mana la tahu kalau-kalau aaron ajish ke jijan ke antor email ajak kuar dating sambil nyanyi dalam hujan nih...baru la mood stress bertukar kepada jiwang sikit kan kan kan ... 

Bila bukak je email ,dah terpampang notifications yang noty ni ..dia mention ,"Dear nora danish,you have 18296 unread email! " ..  


kehkeh..

i got an email from peperiksaan@spa.gov.my


Alhamdulilah... :)

(*_*)v


Tuesday, October 30, 2012

::: Pearl Kacip Fatimah

memang urmmphh :::



Tak kenal maka tak cinta.

Bila dah cinta,hari-hari mahu bersama.

Bila dah bersama mula la timbul perasaan.

Bila dah timbul perasaan,muncul la satu impian.

Impian setiap orang mungkin berbeza-beza. mungkin ada yang mahu terjun dari gunung everest sambil makan lolipop strawberry ,

mungkin juga ada yang mahu berenang di lautan hindi bersama salman khan,

dan mungkin ada yang mahu menari  bersama penyanyi psy yang popular dengan tarian kudanya sambil terlompat-lompat dan menyebut "Oppan gagnam style~~kehkeh...


:
:



Aku memang sangat suka minum kopi . Secawan kopi setiap hari untuk mulakan hari dengan penuh bertenaga.. Mungkin dah diajar  sebelum pergi sekolah,kelas or keluar rumah setiap pagi mesti akan mulakan dengan secawan kopi and then kul 10 - 11 am baru la akan bersarapan dengan menu yang agak "heavy" skit..

Dah jadi tabiat. 

memang aku tahu kopi tidak bagus untuk kesihatan. Tetapi ia bergantung kepada kuantiti dan kualiti kopi yang kita ambik itu jugak.

First,kopi yang serasi bersama dari zaman sekolah sampai la sekarang dan yang tak merapuhkan tulang. 

**Walaupun suka minum kopi tapi pakar tulang bagitahu tulang I sangat kuat okay~ hikhik

Tapi sejak kehidupan yang terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk membancuh secawan kopi,aku telah mencuba kopi segera yang telah ditin kan iaitu .... 


Eh,memang mantop la minum pearl dalam tin nih..minum pagi sampai ke tengah malam still tak ngantok lagi..last-last tido hanya la 4 jam setiap hari. memang rabak la mataku yang sepet ni.

So ,sesiapa yang nak berjaga malam or nak mengelakkan kemengantukkan di siang hari,aku syorkan cari la pearl cafe..memang urmmphhh la!


***** iklan ni untuk perempuan sahaja,kaum lelaki pi minum air vitagen yer...kehkeh..









Friday, October 26, 2012

::: Takdir Allah swt :::




* sekadar renungan dan santapan rohani untuk malam ini..

Thursday, October 25, 2012

::: Salam aidiladha :::



Gambar umat islam yang sedang berjalan untuk melontar ...


Haji 1433H

Bilangan jemaah yang datang dari luar negara mencapai 1,752,932. Yang 951,806 adalah Jemaah Lelaki dan 801,126 Jemaah Wanita untuk tahun ini.

Alhamdulilah salah seorang daripada tetamu Allah yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah haram itu adalah nenda tercinta. Sangat bersyukur apabila dapat mengetahui nenda boleh menunaikan haji pada tahun ini. Rasa mahu mengalirkan air mata kegembiraan kerana apa yang dihajatkan oleh beliau selama ini telah tercapai. Alhamdulilah,syukur tidak terhingga. 

* Kenangan sewaktu celebrate mother's day 2012 di Impiana Resort Cherating...Mereka adalah kekuatan dan sumber inspirasi aku.. 


sewaktu nenda hendak berangkat,berbagai pesanan di pesan oleh saudara mara,anak-anak dan cucu-cucu...

antara pesanan ibu  yang sempat dibisikkan kepada beliau ialah doa kan keluarga bahagia,murah rezeki,panjang umur dan mendoakan agar aku cepat kahwin,dapat jodoh yang baik ... Tersenyum sendirian apabila ingat kembali,risau betul ibu lagaknya  takut betul anak perempuannya ini lambat naik pelamin. Insyallah,semuanya itu telah diaturkan oleh Allah swt... ** jangan risau yer ibu :)


Jam 1 pm waktu malaysia 18 oktober 2012,nenda telah bersiap sedia untuk berlepas...sesungguhnya tiada apa yang aku ingin melainkan agar dia selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang mabrur. Insyallah..dan semoga perjalanan nenda sepanjang menunaikan haji berjalan dengan lancar.


Monday, October 22, 2012

::: Andai hati boleh bersuara :::



lidah kelu.

tangan kaku.

mulut terkunci.

tak mampu nak mengungkapkan kata-kata.

apakah yang berlaku sebenarnya.

masih tidak mengerti tentang rahsia hati.














Sunday, September 30, 2012

::: Perperiksaan memasukki

Penolong Pegawai Teknolgi

Maklumat Gred F29 :::



Oleh kerana terlalu sibuk,sekarang baru sempat nak menghupdate.

29 September 2012 aku telah menduduki peperiksaan memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.

Actually dah lama tak masuk exam hall,rasa nervous tahap babun...nervous oh nervous rasa mahu hupdate status kat facebook dengan tulisan besor2 time tu nak bagitaw semua orang yang aku nervous! kahkah... Tapi jejari montel ini segan nak menghupdate status sebegitu rupa,mungkin kerana umur sudah nak melewati 24 tahun so perangai keanak-anakkan itu beransur hilang sedikit demi sedikit....alhamdulilah terima kasih tuhan keran menyedarkan...

Oh,berbalik kepada exam SPA ini , ada 3 bahagian...A,B dan C.

Let me share serba sdikit pasal soalan-soalannya,bagi aku bahagian A atau bahagian pengetahuan am ini agak mencabar sebab soalan-soalan berkaitan dengan apa yang kita belajar dalam network,sql,php,so perlu ingat la macam mana ring topology,SDLC,hardware,malware,spyware ,hackers...TAPI jangan risau semua soalan basic je.. cuma kenkadang soalan ni nak trick kita so pastikan baca dengan berhati-hati :)

Psttt ada satu soalan yang buat aku gelak sensorang,soalan dia lebih kurang macam ni la...

contoh soalan :  Mark zuckerberg adalah pengasas Facebook,antara berikut adalah senarai kakitangan  yang bersama bekerja dengan beliau KECUALI :

a : steve jobs

b : ............
 c:................
d :...............

* dah nyata dan sahih mestila jawapan dia A kan...aku tengok soalan ini bila dia sebut steve jobs terus terbayang iphone mana la ada masa dia nak tolong mark zuckerberg....kehkeh. 

(buku soalan dikutip balik so takleh nak share semua soalan sebab aku tak ingat sangat )

Bahagian B - menyelesaikan masalah. Tak boleh guna kalkulator or handphone or sempoa or yang berkaitan...yang hanya boleh digunakan ialah jari tangan dan jari kaki sendiri sahaja...jari kaki dan tangan orang sebelah tidak dibenarkan guna juga :P

soalan matematik moden form 5,sangat seronok menjawabnya! Time jawab exam ini ada mamat sebelah aku duk bunyik arghhhh.arghhh ..aku tak tahu sama ada soalan itu susah sangat atau ada kutu babi tengah gigit kepala dia....tapi dia pegang kepala sambil duk buat bunyik camtu,nasib baik aku tak bangun dan hempuk kepala dia dengan buku soalan tu. Menganggu kosentrasi aku jer duk jeling-jeling kat dia...argghhhhh!


Tapi perlu cepat jawab sebab masa hanya 45 minit diberikan.Kalau terleka mesti tak sempat nak abiskan soalan! :)

Bahagian C - Penaksiran personaliti...

Part ni aku agak suka sebab jawapan dia hanya A,B dan C kalau soalan tu tak berkait dengan diri kita just bulatkan untuk jawapan "?" . Senang bukan? ..hehehe.


Akhirnya selesai menjawab...sekarang menantikan result ...doakan aku berjaya yer kawan-kawan! :)

Love u all! \(*_^)v







Tuesday, September 11, 2012

::: Terukir di Bintang :::




Tetiba rasa mau menyanyi lagu fevret ini..walaupun suara agak kelaut dan pitching yang pecah umpama baru lepas digilis kereta kebal..

Lama tidak mengupdate rupanya..pura-pura busy atau adakah aku benar-benar busy itu bukan persoalan.Sekarang jari-jari ini kembali cergas untuk menaip setiap apa yang berlaku dalam kehidupanku yang penuh dengan glamour sebagai  seorang artis bergelar nora danish...*puihhhhhhh. 

Tetiber otak menjadi hang..tiada idea dapat dikeluarkan apatah lagi untuk berkata-kata dengan puitisnya di sini. Mungkin aku perlu bermesra dengan blogger-blogger yang lain untuk kembalikan ilham yang semakin menghilang . Mau terjah blog kawan-kawan la pulak :)





Thursday, July 26, 2012

::: Getaran Jiwa :::



Getaran jiwa.

Tiada siapa yang mampu melihat dan merasainya melainkan empunya diri itu sendiri.

Jiwa ini bergetar dan terus bergetar dengan laju.

Makin aku cuba lari makin kuat getaran itu.

Apakah semua ini?

Tuesday, July 24, 2012

::: jujur dan ikhlas berkawan :::




Ada seseorang bertanya kan apa makna "jujur dan ikhlas dalam bersahabat".

berpusing kepala memikirkan,apakah cara paling mudah untuk  mengabungkan perkataan-perkataan  menjadi suatu ayat yang mudah untuk difahami oleh beliau. 

Jujur means honest .Honesty is one of the most important qualities a person should hold.Honesty relates to trust. Kenapa kita perlu ada kejujuran dalam bersahabat? kerana,dari itu kita akan mempercayainya.Apabila kita mempercayainya,kita akan berasa selesa untuk berkawan dengannya.Dan apabila kita berasa selesa berkawan dengannya,automatik kita akan sentiasa bersama dengannya ketika susah dan senang,oleh itu keikhlasan akan terbit dari itu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sebab itu definasi sahabat dan kawan tercipta.Kalau diikutkan kamus ,kawan @ sahabat  = friend. Sama sahaja. Each friendship will probably be slightly different from the next one. Maybe some of them will be our mentors. For example,when you try  to  telling someone what u think is da truth and  you didnt know that ur opinion are exactly wrong jadi seorang sahabat akan datang dan menegur dengan cara paling mudah untuk difahami tanpa melukakan hati kamu.Itulah sahabat bagi aku. Membetulkan mana yang salah. Berkongsi suka dan duka. Mengingatkan di kala alpa. 







Bukan mudah untuk memperoleh teman yang sejati., maka berhati-hatilah.. sesuatu yg baik itu tidak akan datang dengan sekelip mata melainkan kita berusaha untuk mendapatkannya.. bagi yang berkawan berlandaskan rupa, harta benda, ia tak akan kekal lama.

# sayang sahabat-sahabat + Kawan-kawan . No matter how different they are, they are all my world.

::: Bersyukurlah kita :::



Masuk bulan ramadhan.terus jelas terasa kesunyian tanpa keluarga.

rindu nak mendengar leteran ibu mengejutkan sahur.

rindu nak dengar suara ibu memarahi anak2 daranya ini yang selalu lambat pi ke surau berterawih

Rindu nak dengar suara ayah membacakan doa 

Rindu nak dengar suara adik-adik yang mengeluh ketika bangun sahur.

oh rindunya!

Banyak lagi rindu sebenarnya,tapi cukupla semua itu disimpan dan cuba untuk memfokuskan kepada Allah yang satu.sesungguhnya rindu kepadaNya melebihi segala2 nya...

semoga dosa kita semua diampunkan sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini :)


I got this picture from Facebook,we all take different paths in life, but no matter where we go, we must take care  of each other everywhere .... I know God wouldn't give anything that  we can't handle.



sebak apabila melihatnya.

kita disini sedang asyik mengomel pasal makanan yang tidak sedap,minuman tak sedap.....

Sedangkan  mereka?


bersederhana itu lebih bagus,ingatlah kesusahan saudara2 kita disana....

:)

# Selamat berpuasa semua! Terawih jangan lupa ya.....

Tuesday, July 17, 2012

::: Segmen Ramadhan : Juadah

Berbuka Anda? :::





KLIK GAMBO DI ATAS UNTUK JOIN.

Thanks kepada kaishin sebab sudi tag hana a.k.a nora danish untuk menceritakan juadah berbuka kegemaran di bulan puasa.

Memandangkan bulan puasa sudah hampir menjelma tidak lama lagi,aku nak share sedikit sebanyak juadah yang boleh dikatakan agak feveret di bulan puasa.

Actually aku bukan la jenis kaki makan,selalunya makan ala kadar jer...apa yang dihidangkan oleh ibu,itu la yang akan di makan. Sangat tidak suka pergi ke bazar ramadhan kerana lebih suka makan makanan yang dimasak oleh bonda tercinta..

Hidangan wajib  ada untuk aku  time berbuka puasa,

1. Gano cafe 

#kopi untuk menambahkan energy dan hilangkan mengantuk...kalau sesiapa yang selalu sangat mengantuk time terawih boleh la cuba. Kopi ini berasaskan cendawan dan tidak membahayakan.


2. Roti telur

# makanan paling simple dan mengenyangkan..dimakan dengan mayonis. kenyang sampai sahur :)

dan 


#pemanis mulut

oh bestnya! tak sabar nak menunggu ketibaan ramadhan bulan penuh berkat...semoga amalan kita sentiasa diterima oleh allah swt.

Saturday, July 14, 2012

::: Akhirnya aku kembali jelita :::


Akhirnya kini pasti
Ku merasai cinta nan suci
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya
Hadir dirinya suatu kurnia
Daku gembira... auw !



Kalau ditengok pada tajuk memang ramai yang berbuih mulut , jelita la sangat kan~

Bukan nak berpura-pura jelita,dan tidak mahu mengaku tidak jelita kerana nanti ditafsirkan sebagai hamba allah yang tidak tahu bersyukur..kerana allah mencipta umat manusia adalah sebaik-baik keadaan,tidak perlu untuk kitamerungut dan mengubah lagi pemberian allah ini.

berberapa hari menyepi kerana khusyuk membuat satu tugasan yang di amanah kan. Bukan nak mengeluh tugasan itu berat, jauh sekali nak mengungkit-ungkit , kerana tidak mahu niat yang ikhlas itu tidak menjadi dan ganjaran pahala yang dinantikan untuk itu tiada. Tetapi mahu dipotretkan hasil kerja aku di sini sebagai kenangan . Boleh kan...


interface sistem..

home...

result...

result...

ni la coding yang membuatkan aku tak jelita~
2 hari mengadap benda nih sampai juling mata,
kalau sesiapa tertengok gambar terbaru aku dan nampak sedikit juling tu jangan hairan la yer~~~ kehkeh 






Monday, July 9, 2012

::: Serius aku tak faham! :::



time aku tengah berselera nak makan......








time bila  takder selera nak makan.....








# sape tak faham apa yang nak disampaikan oleh gambar-gambar diatas meh sini nak geletek laju-laju.kehkeh