kawan-kawan yang hebat

Friday, February 27, 2015

::: Seminar Bersama Dr.Azizan Osman dan Jutawan Irfan Khairi :::



Aku yang bergoyang atau laptop ni yang bergoyang? Atau jin di sebelah yang bergoyang sehingga goncangan itu mempengaruhi sel-sel otak aku untuk turut sama bergoyang?Hoi,pening tahu tak!




Hari ni baru berkesempatan untuk exercise jari. Seminggu terpaksa meninggalkan laptop,kerja yang bertimbun-timbun,bantal busuk,dan semua yg ada di kemaman ni la untuk menghadiri  Seminar Agropreanur Muda 2015.

Seminar ni dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang sempena ulangtahun Pertubuhan Peladang yang ke 42. Masa dapat tahu kena attend mula la buat muka nonsense macam jijik sangat nak pergi tapi
Pegawai tu cakap," Dalam kemaman ni 3 orang je yang pergi...dan bas telah disediakan,wakil setiap daerah 3 org je..so total untuk negeri terengganu dalam 32 org je yg pergi. Tak ramai pun...dan paling penting  semua peserta adalah perempuan.Dont worry.."

Aku : semua perempuan? ok lah kalau camtu...no problem.

Bila naik bas...yang aku nampak la semua kepala yang tak ditutupi ...hanya 8 org perempuan . Tu pun termasuk kami wakil dari kemaman. Oh,ditipu...Bila sampai kat hotel ada la dalam 8 bas dari pelbagai negeri and almost of them are male! oh...ramainya lelaki. Terus wassap mak " Ibu,ramainya peserta lelaki,dia cakap takder peserta lelaki tapi ni hampir penuh dewan dengan lelaki je...oh,tak best nya! "

jawapan mak tersangat la simple dan mudah , "OK LA TU,SEMOGA BERTEMU JODOH DI SITU!"

terus aku off mobile data selama 3 hari,sebagai tanda protes dengan sindiran mak tu..kehkeh


Seminar selama 3 hari dan bermalam di Hotel Seri Pasific,Kuala Lumpur.  Mula-mula agak malas untuk attend kursus jauh-jauh ni. Lenguh bontot duk dalam bas lelama. Tapi bila memikirkan kursus ini free dan penceramah yang dipanggil ialah Dr Azizan  Osman dan Irfan Khairi siapa la yang bodoh nak lepaskan peluang kan?

Tapi serius ,sangat tak rugi kalau anda semua join seminar yang dianjurkan oleh mereka. Banyak ion-ion positif yang diberikan oleh mereka dan membuatkan sel-sel otak berkembang tanpa perlu meminum susu anmun dan dutch lady lagi.



Nak tahu apa yang di share kan oleh jutawan-jutawan ni? Ha, pi la attend sendiri seminar diorang!...kahkah...


#Dr.Azizan Osman- Banyak tips dan nasihat yang di share oleh beliau...sangat best. Kalau diberikan peluang,in sha allah akan join lagi setiap seminar yang dianjurkan oleh beliau.

#Irfan Khairi- Jutawan Internet. Berjaya membuka minda untuk membantu orang lain dalam proses berniaga. 



#irfan khairi


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob merasmikan ulang tahun LPP yang ke 42

#Executive talk bersama Tan  Sri Mohammad Ali Bin Hashim


#kusyuk bebenor mereka-mereka nih...tah tahu la keluar air liur ke idak duk ralik sangat tengok tu.


# tak dapat tengok dafi,tengok ayah dafi pun tak per la kan.....kehkeh..ohh dafi!


0 12 lepak di sini: