kawan-kawan yang hebat
Tuesday, July 5, 2011
::: Hantu kum kum :::
Pernah dengar tak nama hantu kum kum?Dulu2 zaman aku sekolah rendah,memang femes la nama hantu ni.Kalau ada carta untuk kategori hantu popular,memang hantu kum kum la tangga teratas mengalahkan pontianak sundal ngan pocong berjambul.Tu belom orang minyak da series lagi.
Kisah ni berlaku semasa aku darjah 4 or 3,entah la...aku pun dah ingat2 lupa.Tapi memang time aku skolah rendah la,tahun 1997 or 1998 lebih kurang.
Hoi,gila takut.Cerita ni bermula apabila seorang gadis yang memakai susuk dan beliau telah melanggar pantang larang nya.Orang yang pakai susuk ni banyak pantang larang taw,antaranya takleh makan sate.Takleh lalu bawah ampaian..Takleh tengok cermin 40 hari...Takleh solat...dan macam2 lagi la...
Oke,berbalik kepada cerita hantu tadi.Wajah gadis tersebut menjadi hodoh.Tak tau la plak apa pantang yang dilanggar beliau,mungkin dia termakan sate kot sebab tak tahan apabila lalu depan kedai sate pak akob tepi jalan tu kan....kehkehkeh... dan untuk kembali menjadi kepada wajah yang jelita beliau terpaksa mengirup darah anak dara sunti seramai 100 orang.
Bermula la episod yang menakutkan,kat sekolah macam2 cerita aku dengar.Tambah pulak dapat kawan yang handal merekacipta cerita dongeng.Memang best la jalan cerita beliau sampaikan..Sehingga aku jadi eksaited nak pergi skolah nak dengar cerita beliau.Setiap hari macam2 cerita baru pasal hantu tu telah disampaikan.Mungkin dia ada twitter hantu kum kum kum tu kot sebab tu dia taw je pasal hantu tu,x pun hantu kum kum tu rajin menghupdate statusnya di mana2 laman sosial yang terkenal ketika itu.
Hantu wanita itu akan merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan “Kum-Kum” sambil mengenakan jibab.Dia akan pergi rumah yang mempunyai anak dara sunti dan apabila sesiapa yang menjawab salam hantu itu mereka akan manjadi mangsa...
Zaman budak2 memang la seronok kan bila dengar cerita macam tu.Siap boleh buat alasan lagi kat mak bapak kononya tak nak gi sekolah sebab takut hantu kum kum.Terus terang aku cakap memang zaman sekolah dulu aku ni lurus bendul.Memang lurus tahap pembaris la.Tengah2 dok syok dengar member aku bercerita,aku pun tanya "weh macam mana tak nak bagi hantu tu datang rumah kita."Dia pun dengan yakin,"bapak aku cakap kita pagar rumah kita dengan ayat2 al quran so hantu tu takleh la ketuk pintu rumah kita."
Balik rumah aku pun berfikir macam mana aku nak pagar rumah dengan ayat al quran,x kan nak tulis kat kertas pastu gantung kat pagar2 tu kan..nanti kalau kertas tu terbang,orang pijak berdosa la plak aku.Hurm...pastu dapat la idea. Kul 6.30 ptg je aku duk kat luar rumah pastu baca ayat2 al quran sambil pusing keliling rumah...cukup setengah jam baru la aku masuk.Dekat seminggu jugak la aktiviti aku macam tu,aku rasa kalau jiran tertengok memang diorang akan kata aku ni meroyan la kot,duk pusing2 keliling rumah sambil mulut terkumat kamit...
Last2... tengah aku duk terkumat kamit keliling pagar rumah tu,mak aku tegur.. "Buat apa tu,terpusing pusing"......x kan la nak jawab tengah pagar rumah lak kan.Sambil tersenyum aku jawab "X buat apa2 pun bu,tengah duk bilang semut2 ni jer...".
Dan sejak dari hari itulah aku stop aktiviti memagar rumah dengan terpusing2 keliling pagar.Memang sampai sekarang aku rasa bangang nya alasan itu...
Cukuplah dengan membaca al quran di dalam rumah dan solat serta berdoa kepada Allah swt agar di jauhi dari segala kejahatan. insyallah itu akan menjadi pendinding dari segala ilmu kejahatan.
wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 12 lepak di sini:
Post a Comment