kawan-kawan yang hebat

Wednesday, July 6, 2011

::: Wanita islam berhak tolak poligami :::



Wanita Islam berhak tolak poligami

July 6, 2011

"Tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya. In kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami," kata Imam Masjid Al-Aqsa.


KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya.

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak,” katanya.

- Bernama-

3 12 lepak di sini:

Mss Ieza said...

btl jika x mnurut syariat pmpn berhak menolak tp na tw d padang masyar nati rmai pmpn akn mnagis mnyesal krn x benarkn suami berpoligami XD

SWEETSYAZA said...

bila baca komen MSS IEZA takott pulakkk..haish

Ila said...

biler citer bab poligami ni,susah seenarnya..huhuhu