kawan-kawan yang hebat

Friday, June 8, 2012

::: Menggelakkan diri sendiri :::




Sometimes we expect more from others, cause we would be willing to do that much for them..



Fikiran berkecamuk sejak akhir-akhir ini...*sesiapa tak tahu apa itu berkecamuk,sila ambil tangan dan tampar kepala sendiri * kalau perkataan skima macam tu tak tahu,sia-sia pergi sekolah bawak bag berat . huhu.

ok,abaikan. Bukan mahu bercerita perihal cuti sekolah yang bakal habis dalam berberapa hari lagi. Aku tahu itu adalah cerita yang paling tak best untuk dibaca oleh blogger-blogger tegar yang masih terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Dah penat gelakkan si adik yang dari semalam mula mengeluh pasal cuti yang nak habis . Sumpah,kalau diberi peluang kembali untuk bersekolah bersama rakan-rakan,aku la manusia yang paling gembira di muka bumi ini.

Ada la seorang uncle yang  berusia  dalam lingkungan 30 an... Dia kelihatan normal but apabila hampir dengannya baru aku tahu dia bukan seperti insan biasa. Kadang-kadang dia gelak sendirian ,menyanyi lagu-lagu lama,berceloteh sendirian dan ternyata ia sangat  menghiburkan.

Mungkin rasanya diri diperhatikan,dia berpaling dan terus bertanya kepadaku :

uncle : "Dik,nak dengar teka teki ?"

aku : Teka - teki apa ya?

uncle : "Ok,dengar yer...kenapa batu bila dilemparkan dalam air dia tenggelam?"

aku : Ala,sebab batu tu berat kan?

uncle :  "Salah!"

aku : Abis tu..

uncle :  "Teka la...."

aku : Ntah,tak tahu....apa sebabnya ya??? *actually,malas nak berfikir,nanti orang ingat aku meroyan pulak*
:
:
Ha, ni jawapan uncle tu kasi...

"SEBAB......dah NASIB batu tu nak tenggelam dalam air jadi tenggelam la dia...sebab NASIB la dik bukan sebab batu tu berat...harharharhar"

# aku digelakkan oleh uncle itu dan berberapa orang  yang lain. Aku sepatutnya berterima kasih kepada beliau kerana membuatkan aku tersenyum dan mereka-mereka juga. Segala yang berkecamuk itu berlalu pergi buat sementara dan memberikan ruang untuk otak ini bernafas kembali. :)




9 12 lepak di sini:

Chic Na said...

hahahaha.. sori tergelak plak. kalo cik na pun jwb mcm tu gak. :)

kaishin said...

kalau saya pun jawab cam hana juga :D

jaakechik said...

'nasib' sunnguh ada org begini...hahahhaa

ayut said...

nasib... :)
kdg2 hidup ni byk kejutannya..terima jelah..hihi

Nora Karim said...

hahahah... kelakar pulak... :p

eenie minniey said...

hahahha pandai plak pakcik tu ek. maksud tersirat :) tapi jap.jgn berKECAMUK lagi dear..chill ~ :D

Kyra said...

semua nasub la eh ? hehe.. eh ada blog awak :)

http://kyraismera.blogspot.com/2012/06/bloglist-kyra-ismera-may.html

Tinta Lana said...

Salam hana :)

aaa..tak suka bila kena jawab teka teki..sebb kebnykkan jwpn teka teki sgt membuatkn diriku semakin berkecamuk,hahahaha

Memg berkecamuk entry ni,hahaha.

Mula2, ada quotes, pastu berkecamuk..pastu, pasal sekolah..pastu teka teki..ouh..lana pun ikut terkecamuk ngn hana... @___@

hazfee said...

haha. apasal nasib pulak.mentang2 teka teki ikut suka hati je bagi jawapan