kawan-kawan yang hebat

Friday, June 29, 2012

::: Berkawan itu seronok :::




Pernah suatu hari yang normal,aku mengungkapkan "Takder kawan pun takper,asalkan family sentiasa ada di sisi!"

bila memusingkan otak dan teringat balik kata-kata itu,terasa mahu memaki diri sendiri pun ada.

Apa la busuk sangat mulut sampai boleh cakap macam tu. Walaupun family yang utama,tetapi kawan-kawan adalah kegembiraan bagi kita. Tanpa mereka ,automatik kita akan sunyi.

kalau gaduh dengan bf,kita cari siapa? of course la cari kawan kan....nak cerita kat mak?for sure dapat tazkirah percuma kan,silap-silap direjectnya semua calon pilihan sendiri.

Kalau tak siap homework/assignment/dan bagai lagi  mesti kita akan meluah kat kawan-kawan dan sama-sama cari solution kan....nak ngadu kat family? tak pasal-pasal kita kena marah pulak sebab malas dan buat kerja last minute.

and for da conclusion,hargailah kawan-kawan anda. Yang mana baik kita jadikan contoh, yang buruk kita cuba hindarkan.

..mereka...

pic-pic ni boleh dikatakkan reunion budak-budak rumah la....lebih kurang 2 tahun lalui kenangan pahit dan manis bersama time belajar dulu...sekarang ada yang dah kerja dan sambung master pulak...rindu time degree dolu-dolu weh... (T_T)


first,nasi arab....ni memang betul-betul kaw la....first time tengok nasi makan dalam dulang camnih...kalau time kahwin buat camnih mesti sweet kan?? ececece...


second,YB burger.....aku tengok burger ni dah start telan air liur....bukan sebab terlampau ekcited nak makan but takut tengok kolestrol yang bakal memenuhi perut yang comel ini. Nasib baik share 8 orang..kalau tak,memang balik tu kena berguling-guling la dari belakang unisel tu sampai rumah kami...Sedap tu memang la  sedap tapi feeling dia tak sama la kalau makan burger biasa tu,ekspecially MR Junior burger yg kat area pusat komersial seksyen 7 nih...


hah,amik ko....malam tu adalah makan untuk melantak sampai buncit. Perut pun dah macam nora danish tengah pregnant 3 bulan setengah.kehkeh.



Balik rumah pulak,party perpisahan untuk nadiah...yang menamatkan praktikalnya di karangkraf dan akan pulang bermaustautin di terengganu. Makan lagi!

keranamu nadiah,kami budak-budak rumah ni sanggup meng "up" kan lagi lemak-lemak di badan ini.

dan terpaksa mengucapkan "Hai,selamat datang lemak-lemak sekalian...jemput la menginap di dinding usus kami"

:P

16 12 lepak di sini:

sedutzone said...

kawan-kawan takmo lawan... kawan-kawan takmo kawen... ahakz...

..cik hana.. said...

hahaha...kalau kawen tak jadi kawan dah...jadi kawen-kawen la pulak ..

Chic Na said...

kawan org terpenting kot selepas family. so kena hargai kawan2 jgk. :)

Miss Nieyna said...

betul tu cik hana . . sometime kawan color our life . tp bila gado , macam2 la definisi kawan terkeluar . . heee ~

mmg gembira la lemak2 cik hana lepas mkn "healty food" tu kan . . . ^_^

kaishin said...

takde kawan hidup sunyi..tak best tak best :D

Zati Novelis said...

Kawan itu penting ! :D
Angry bird ! Hehehe :)

Badrina Ibtisam said...

Haaa betul2! Kawan tu penting. Sy kdg2 bila kat rumah tension then bila pergi sklh je, and I'll be with my friends, boleh lupa je masalah2 lain~~

misyamissyou said...

seronok bile ade kawan2 yg sekepala yg boleh memahami kite, xcakap n xtikam blakang..huhuu susah nak cari

Eein Azryn said...

Berkawan memang seronokkan? Hehe. Sedapnye burger tu. Nak jugak? :p

Rizki Pradana said...

aku suka banget sama blognya..
isi blog dan postinganya bagus, menarik dan bermanfaat sakali..:)
jangan lupa untuk terus menulis menulis yaa..^_^

oia salam kenal
kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
folloback juga ya buat nambah temen sesama blogger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^

fyna said...

kawan pun penting. cuma jangan salah pilih kawan je. ^^;

nyum..nyum..besarnya burger tue.

Nana Liyana said...

kek Angry Bird. wowww! cam sedap. hihi

Tinta Lana said...

Assalammualaikum nora danish...eh, silap, hana..hahahaha

adoi, terjoget2 perut tgk makanan2 nih..tajuk berkawan, tpi, perghhh..makanan je ha sbg tayangan..slurppp, hahahaha

Ya hana, kawan diperlukan..sebab peranan keluarga tak sama dgn peranan kawan.. memang dgn kuarga seelok2nya berkongsi sgla mcm prkra..tpi, bab2 stress blajo, gosip kelas, lecturer, cam tak seswai jep citer ngn family, hehehe.

Hopefully, hana happy ek ^_^ together with ur frens :)

sedutzone said...

perghhh... tengok berger tuh... pergghhh...

Nur Emilya said...

sedapnya arghh! Haha :D

tirahzairi said...

angry bird lahhh