kawan-kawan yang hebat

Saturday, May 28, 2011

:::penyebab payudara kecut :::



opsss...ari ni nak meluncah lagi!

ala,luncah skit je pun.

kalau lucah je, orang pun terus terbayang filem2 porno kan kan kan kan

ari ni nak share cite pasal payudara je.

entry ni pun disalin dan ditempek di sini.

http://www.smileycodes.info

Kopi buat payu dara kecut

LONDON : Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.


Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund , Sweden , yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. – Agensi

hah,lepas ni tak yah minum kopi lagi yer...nanti penat2 cucuk silikon nak kasi besar pastu kecut lak sebab minum kopi...kehkeh.

http://www.smileycodes.info

3 12 lepak di sini:

Senorita said...

pehhh... tapiii.... i like cofee lately niee...
nescafe bleh tak???


*degil

hehehe

cik fikaa said...

nice info ;)
tenks ..

..cik hana.. said...

fara : hahaha...jangan,nescafe lagi bahaya,rapuh tulang nnt =)

miss chiorika : sharing is caring right??hehehe