20 May 2011 ,semalam duk sebut tarikh 4 Jun ..comel kan tarikh ni..20052011… ni kenapa plak miss hana ni...Nak ngajor tarikh pulak ke kat blog ni.Adeish….tapi apa salahnya kan,baru la orang ingat sikit…drpd duk ingat 14 February hari valentine baik ingat 20 Mei hari jadi aku kan kan kan kan…nanti sape org pertama wish aku bagi hadiah…Tahun ni dah tkleh dah,kena tunggu next year lak la...kehkeh.
Hari ni 20 May 2011 genap la umur aku 23…macam dah tak caya umur sebegitu banyak.Rasanya baru semalam terkedek2 keluar dari dewan sekolah.Masa abis spm tu terloncat2 kononnya dah merdeka.Merdeka la sangat,padahal mak bapak dah plan nak antor pi unibersiti.mujur la diorang antor pi unibersiti kat Malaysia ni jer,di buatnya diorang antor pi oberci mampos aku duk speaking ngan mat saleh sambil belek2 kamus….orang lain bawak bag duit pi jejalan,aku bawak kamus oxford lak kan.Kalau ringan takpe la,ni berat mcm janin gajah.
Thanks la kat kengkawan,saudara mara,jiran blog,dan sesiapa sahaja yang telah mengucap kan birthday aku dan mendoakan aku. Dan tak lupa kepada Mr.Bf yang sanggup tak tido. Thanks semua! Terharu sangat2…telefon pon x berenti bunyik msg..belum jadi artis dah x berenti msg masuk , kalau jadi artis mesti dah keras tangan ni duk tekan keypad je...x pasal2 ada yang tekan keybord guna jari kaki . Bila henfon asyik berbunyik,dah macam nak raya pun ada rasanya . Nasib baik x ketuk pintu jiran sebelah umah ajak main mercun sama2….…naya jiran aku dapat jiran cenggini…kahkahkah…
Kalau dulu zaman kecik2 tiap kali besday time ni la nak mintak apa saja dari parents. Sepatutnya hari besday ni takleh panggil hari lahir tapi hari meminta hadiah…selalunya aku akan mintak baju,jam,makan tempat2 best ke,mintak je la apa2 pun….sekarang ni nak mintak 1 je…agak2 mak ngan bapak aku kasi ke x ha…
nak mintak restu nak kahwin…
dah tak sabow nak kawin ni! Gurrllppppppp…..
mesti dengan nyaring mak aku akan berbunyik dari dapur sambil ketuk2 periuk ..
"kentot pun bau capati basi lagi ada hati nak kawin."
Takpe2 nanti setiap kali kentut aku sembur perfume jenama tracia baru leh yakinkan kat mak yang aku dah leh kawin….
2 12 lepak di sini:
selamat hari lahir yer..
thanks nuyui =)
Post a Comment