kawan-kawan yang hebat

Wednesday, May 11, 2011

:::21SG :::



perkhidmatan awam yang paling popular negara kita adalah bas rapid la kan.Kalau korang pernah bergelar student mesti korang pernah menggunakan khidmat bas awam ni kan.Mcm mana korang rasa bila menggunakan perkhidmatan diorang ni?Ada yang rasa bagus tapi sebenarnya hampeh tahap gajah.Iklan siap pelbagai.tapi khidmat yang diberikan mcm tahiks!

opsss...terkasar lak~~~

ader aku kesah kalau terkasar pun??? Ada yang baik tu baik la...tapi yg perangai kalah firaun.rasa nak maki2 je nak sebut baby~~baby~~baby~~~ pun ada...

kalau ada driver yang sengal tu, penumpang x duduk kat sit lagi dia dah pecut bas.kalau si penumpang tu jatuh tertonggek mcm mana?lama sangat ke nak tunggu si penumpang tu duduk dulu baru boleh gerakkan bas...penumpang tu jalan pakai kaki bukan ngesot guna bontot oke...haish haram tol~~~~bas rapid utk uitm shah alam ni leh dibilang guna jari tangan je x payah pakai jari kaki pun xper.

dah la sikit,pastu leh lak time rehat pi makan berjemaah...abis tu student yang nak kena gi kelas kul 10am,kul 12pm,kul 2pm mcm mana?nak suruh ngesot slow2 ke masuk fakulti?kalau rasa nak makan berjemaah @geng by geng baik jadi ofis boy jer..Pihak pengurusan lak marah bila student bawak kenderaan sendiri kononya digalakkan naik bas..kalau dah perangai pemandu bas mcm haram ni camner?Nak tanggung ke dosa2 student yang asyik duk maki kat driver bas ?.

dah tugas pemandu bas ,bawak je la bas...ni sibuk duk lepak ramai2 tepi jalan...kalau nak lepak ramai2 tepi jalan tu baik jadi penjaga tol kat federal highway tu..sambil2 lepak leh usyar awek x yah susah2 nak pulas stereng besar gajah kan kan kan?

Oh kenapa aku bercakap pasal isu bas ari ini?ini disebakan aku terpaksa menggunakan sekali lagi perkhidmatan awam ini pada hari ini dan aku telah menunggu dari kul 9.15 am sampai la 10.45 am…tiada satu pun bas yg menjelma.Sekarang baru la aku faham kenapa ada sesetengah warga kolej sanggup berjalan kaki semata2 nak ke kelas..

Aku bukan niat nak menghina tetapi kurang senang dengan perlakuan mereka.kalau nak bekerja biarlah niat kerana Allah swt.Pastikan gaji yang kita berikan anak-anak isteri kita makan tu adalah dari sumber yang halal.Mencuri tulang time keje adalah membuatkan kita makan gaji buta.Bila kita makan gaji buta dan kita berikan anak isteri makan dia akan memberi effect kepada rohani mereka.Walaupun zahirnya tiada apa perubahan tapi rohaniah mereka akan tercemar.Renung2kan~~

"Work is love made visible. And if you can't work with love but only with distaste, it is better that you should leave your work and sit at the gate of the mosque and take alms of the people who work with joy. "

3 12 lepak di sini:

cik anum said...

hahaa. anum penah kena tinggal
dgn bas.. jahat pakcik bas tu..haha.
lagi satu, anum pnah gak bas smpai 2jam.. penat2~ =='

Madd said...

lumrah la tu...
harap bersabar..

..cik hana.. said...

anum : bas rapid mmg macam tu..hehehe...

ridhuan : =) sentiasa bersabar.kalau tak sabar mmg dah pi sound driver bas