kawan-kawan yang hebat

Saturday, February 11, 2012

::: Ujibakat ON AIR :::




Petang semalam bangun dari tido,join la adik-adik tengok ujibakat rancangan ON AIR. Aku join tengok kat astro sahaja bukan aku join untuk jadi perserta....Tak kuasa nak jadi rettiss glemer nih..

Untuk yang tidak tahu, ON AIR ini merupakan sebuah program realiti yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan yang diketuai oleh Aznil Haji Nawawi.On Air turut menampilkan dua orang ikon dalam bidang pengacaraan iaitu Dang suria dan Suhaimi Sulaiman.

Aku dapat rasakan rakyat malaysia ni memang kaya raya la sebab sanggup berhabis duit dan air mata bagi memastikan peserta kegemaran kekal bertanding dan seterusnya menang program berkenaan. Kalau aku la kan,daripada salur kat program realiti tv macam tu,lebih baik duit-duit tu aku salurkan je  kat zoo untuk beli makanan gajah,boleh jugak kasi gajah tu kenyang. Ni pi bagi kat diorang buat apa,nanti kan kalau diorang menang dapat jadi artis pastu dedah sana sini,pegang sana sini,kan dah tambah dosa diorang.. So kauorang tak kesian ke kat diorang tu...aku kesian sangat2 sebab tu aku tak pernah undi sorang pun.

Pastu peserta ujibakat lak,bila ditanya kenapa nak join jadi artis ni,menjawab la mereka dengan lelehan air mata,air hingus sambil ceritakan kesusahan hidup dan jadi artis sebab nak memulakan hidup baru. Jangan la macam ni,malu kalau oram kampung duk tengok...Ada ka jadi artis sebab nak mulakan hidup baru..

keluar rumah depan mak abah pakai cenggini.


Tapi bila pi ujibakat,terus bertukar..

 

mintak simpang la jauh-jauh daripada jadi camni.

:
:
:
:
Eh,best sangat ke jadi artis nih..Tak reti aihh nak berlakon dan buat-buat muka.






















 
sumber gambar-gambar diatas : pakcikku Google


9 12 lepak di sini:

cinta siswi said...

haha.. pedih tau hana.. siswi baru ingat nk join..haha.. :)

#ape ke bendanye realiti show.. tp sume yg dlm tuh ade yg fake.. :)

..cik hana.. said...

hahaha...yer ke siswi? x yah la join bnda2 macam tu...mengarot je,tengok juri duk komen sesuka ati rasa nak pi cabai mulut dia pun ada ...aipsss,ter"emo" pulak cik hana ni...hahahaha

.........cP~ said...

Yang dah artis makin berubah, yang belum artis nak jadi artis. Sampai bila tak sudah.

Princess Nusy said...

suke tgk on air..sokong yg bertudung jep..harap2 xberubah jd teruk pasni..^^

emy|farid said...

bukan takat artis kot, kan jdi pembaca berita, pengulas sukan..... hehe artis ke kita pggil?

k@!sh!n said...

drpd duk undi realiti show baik sedekah kat masjid..dapat pahala sokmo kan ;)

Si BuDaK KaChAk said...

btol tu...time tu masing2 mintak simpati kate susa la ape...bile popular lupa dri pnh idop susah...huhuh

Faza said...

dang suria komen pedassss wooo

Ahmad Sabree said...

x suke dang suria komen peserta.. geram! cian peserta yg kene kutuk dengan dier depan2.. mcm lah dier cantik sgt! kalau ye pun jage perasaan org.....katekan 'tidak diterima ' itu dah memadahi...geram ni...