kawan-kawan yang hebat

Monday, June 6, 2011

:::Mari mengotorkan dapur :::



Dah puas membebel.

Dah puas berdengkor.

Dah puas and puas so marila masuk ke dapur sambil goyangkan pinggul.

Dari semalam duk bebel kat mak,nak buat fruit cocktail nk buat fruit cocktail.

Tapi malas sangat2 nk kuar pi beli barang.

Duk bebel2 kat mak dengan harapan semua barang2 untuk membuat fruit cocktail tu muncul dengan sendiri di dapur.

kehkeh.

Pagi tadi ,mak dengan selamber nya.. hah,barang nak wat cocktail dah ada,pi la buat cepat!

ye ke!euwwwww...terloncat2 macam gajah baru belajar terbang.

Terus terbang ke dapur ambil senduk,ambik periuk.

sebelom masukkan bahan2,ketuk periuk dengan senduk kuat2 nak kasi jiran2 taw yang aku ada kat dapur tgh wat fruit cocktail....kehkeh...celala punya perangai kan.

Bahan2 nak buat fruit cocktail :

1 tin susu cair.

Nata de coco.

Buah-buahan dalam tin.Actually tak kisah nak pakai buah apa pun.Lagi banyak lagi bagus =)


kacang.


jelly.

gula.

cara nak buat :
masukkan just 1/4 air ke dalam periuk tu dan masukkan gula.Panaskan sampai gula2 tu hancur dan menjadi air gula.

Kemudian , tutup api dan tuangkan air gula dalam satu bekas . Masukkan susu cair ke dalam bekas yang ada air gula tu.kacau dan masukkan semua bahan2 : nata de coco,buah-buahan dalam tin dan jelly.Last sekali masukkan la kacang.

Jangan lupa letakkan ais di dalam bekas cocktail tu.


sedia untuk di hidang!
dah tinggal separuh sebab lepas makan baru teringat nak amik gambo.

kehkeh.

selamat mencuba!


4 12 lepak di sini:

Aida Omar said...

senang je erk buat dia..ingt susah tau tadi..
sedap nye tgk buah2an campur tu..

chiah_ismile said...

terliuq!

eclipsesweet said...

laak... camtu je ke?? senang er... lepas ni, nak try jugak laa...

^_^

..miss hana.. said...

aida : senang je...hana suka buat ni sebab ni adalah dessert yang paling simple.

chiah : apalagi...tryla buat.senang je!hehehehehe


eclipse : iye dear....campur je semua tu,nata de coco tu pun tuang sekali ngan air dia..bukak penutup tuang je semua dalam 1 bekas abis citer...kehkeh