kawan-kawan yang hebat

Saturday, June 11, 2011

:::Kasut lambang peribadi :::



Selalunya melalui warna kegemaran orang boleh menilai peribadi kita . Tetapi melalui cara pemakaian,cara kita berjalan dan kasut juga boleh menunjukkan kita berada di dalam golongon apa...trendy ke,gedik ke,sporty ke,feminin ke,simple ke...

Jom lihat kasut pilihan gf atau kawan baik atau jiran sebelah umah korang!


1. Sandal Bertali

Gurlz yang suka pakai sandal bertali ni seorang yang simple.Gemarkan sesuatu yang sederhana.Kalau keluar bersiar-siar, mereka lebih suka santai dan mengenakan jeans & tshirt . Tidak boros dan tidak terlalu mementingkan barang yang berjenama.Asalkan selesa dipakai sudah cukup bagi mereka =)

2. Wedges!

This aku punya feveret.Rasa macam x lengkap je kalau x pakai wedges.Mungkin sebab aku ni rendang je kan,berkawan pulak dengan gurlz yg tall2,so terpaksa la menggunakan wedges x nak kasi nampak short2.kehkehkeh.....

Gurlz yg suka akan wedges adalah seorang yang stylo!

wow!

Ikon fesyen diorang maybe Spice girls,lindsay lohan,Hilarry duff!

Bagi golongan ini,mereka beranggapan bahawa fesyen adalah perlu diterokai.Diorang mempunyai cara yang tersendiri dalam berfesyen dan tidak perlu untuk menerangkan kepada mereka cara yang sesuai untuk bergaya!

3. Kitty heels!

Comel ala2 gadis kawaii...
Kasut yang comel ini selalu lihat dipakai oleh gurlz2 untuk keluar date ke apa ke kan.
comel tapi aku jarang mengenakan kasut sebegini mungkin nampak terlalu formal bagi aku.


mereka yang suka kasut macam ni suka kan gaya sweet dan menampakkan kemanisan seorang gadis.Gaya solekkan hanya pinky dan tidak terlalu over.Tidak suka gaya yang keterlaluan.Di dalam soal berkawan,mereka tidak suka teman yang havoc.Mereka lebih suka kan ketenangan.

4. Sneakers !

Jujur memang aku takder koleksi sneakers. Kekadang teringin jugak nak pakai kasut2 macam ni. Tapi bila bukak pintu almari,tengok sume skirt dan blouse.Takkan la nak pakai skirt ngan sneakers kan.Mesti kak senah dan kak limah ketawa kalau aku pakai macam tu.huhuhu

sporty,sukakan kehidupan yang lasak,suka akan kebebasan dan kurang gemar dengan feminin dan cepat rimas dengan gadis yang sentiasa bergerak perlahan dan control cun, ini semua adalah sifat peribadi gadis yang gemar memakai sneakers.

Suka kan sesuatu yang lasak.Dalam soal berkawan,mereka tidak kisah siapa kawan atau teman asalkan orang itu boleh berkongsi minat dengan mereka.

Dalam soal cinta pula,mereka seorang yang agresif,kalau sang kekasih buat hal memang buruk la akibatnya.Si gadis tidak akan teragak2 untuk memutuskan hubungan.Hehehehe.

5.Stilletto.

Ni kalau pakai ni maunya berdarah ginjal.Asyik melentik je kan.
tapi siyes memang stylo la kalau jumpa gurlz yang pakai stilletto.


Gurlz yang gemar memakai stilletto ni memang feminin dan boleh dikategorikan sebagai matang dari usianya.Mereka gemar berangan bahawa diri mereka adalah wanita dan bukannya seorang gadis yang masih memerlukan perhatian dari ibu bapa.

Mereka tidak suka gaya hidup yang comel,biar nampak matang asalkan orang lain boleh respek.Lazimnya wanita yang gemarkan jenis kasut sebegini mahu nampak cantik dan langsing.Kecantikan adalah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Mereka akan menghabiskan duit di spa dan produk kecantikkan . Di dalam soal berkasih,mereka tidak gemarkan kekasih yang tidak pandai bergaya.kalau boleh mestilah setaraf dengan mereka.




4 12 lepak di sini:

tikin said...

saya suka sandal bertali..xde pn kasut2 jenis lain sy beli..always beli sandal..hehe..selesa nk pkai..simple :)

Miss Euoni said...

like ur entry .. new info 4 me ^_^

teynteyn the doll said...

samela kiteee, teyn pon suke pkai wedges... sbb kite kecik, kene la bg nmpk tinggi hihihi

..cik hana.. said...

tikin : hehehe....haah,senang nak pakai pi mana2 kan kalau sandal.

oni : thanks dear!

teyn : hehehehe...sama la kita! kalau amik gambo pakai wedges nampak tinggi skit tu yg hana suka pakai wedges...=P