Dia kata muka saya teruk sangat! OMG....sob...sob...sob....
Eh,ada aku kisah kalau nak cakap muka aku macam bakul rotan pun... ~~
Alkisah nak dijadikan cerita,ada la seorang auntie tu menjual barangan pad herba... Aku tak nak mention la jenama apa pad tu nanti kan syarikat pad tu saman aku berjuta-juta mahunya pengsan aku kena kutip telor gajah hari-hari untuk dijual nak bayar saman tu kan.
Nak jual pad ke produk kecantikan kalau tak kutuk orang tak boleh ke...Tengah aku duk syok-syok makan dengan ibu datang la member ibu merangkap auntie yang jual pad ni..dia promote macam-macam kegunaan pad tu kat ibu,ibu aku yang dah nak monopouse ni malas la nak layan sangat,dah nak monopouse buat apa pakai pad bagai lagi kan.
Siap cakap lagi pad tu boleh meredakan deman dengan letak kat dahi. Pad letak kat dahi? first time aku dengar...ni kalau jiran sebelah rumah nampak buat macam tu memang confirm dia pindah hari tu jugak...maunya tak gila letak pad kat dahi. Banyak lagi cara lain nak redakan demam akak oii...Baik suruh makan panadol ke letak tuala basah ke ok la jugak kan. Aku dah nak tergelak tapi tahan je la kan....orang tengah excited nak menjual barang,layaaan kan je la......
Dia bengang tengok ibu buat tak layan sangat teruss beralih ke arah aku, "Ha,along kenapa teruk sangat muka tu! kita ni anak dara kena jaga la muka kita ni....try la pakai pad ni,dia akan baiki struktur dalaman kita"
aku terkedu ...
Mood makan terus ilang,rasa nak telan pad yang dia pegang tu ada la..Tapi sebagai gadis yang baik,aku senyum dan cakap tak nak ,takper..biarlah dulu. Lain kali la try..
Dia terus menghentam . "Kenapa tak nak,takder duit ke nak bayar??takper-takper...mintak je duit ngan ibu, biar ibu bayarkan...kalau bab nak cantik ni jangan nak berkira sangat la"
sengaja dikuatkan suaranya sehingga lelaki bujang meja sebelah dengar dan tersenyum-senyum memandang meja kami..
rasa naik angin tu datang,terus bangun dan cakap... "Pad ni tak boleh nak hilangkan bau mulut ke??baik akak cuba dulu ..bila dah berkesan baru la along cuba ok"
terus angkat bontot pi kaunter..dia dah terkial-kial menjaga kemaluannya .
Aku bukan marah,kalau nak kutuk muka aku macam bontot singa ke apa ke aku tak kisah sebab aku taw aku dan nora danish lebih kurang seiras je so buat apa nak dengar kutukan orang-orang yang jeles tu...ehhhh?? hahaha.....
Macam ni je la nak pesan kepada sesiapa yang menjual produk kecantikan tu,pakai dulu produk tu ..Bila dah rasa berkesan dan orang nampak perubahan kita baru kita promote..ni kita sendiri tak jaga penampilan diri macam mana orang nak yakin dengan kita.
sekian... :)
# Entry ini bukan minta di puji,kalau sesiapa berani cakap aku comel,aku lempar telor busuk nanti.
31 12 lepak di sini:
biasa la hana. nak suruh org beli barang dia, ckp la mcm2 yg serba tak kena ngn kita ni wpun tak betul sbnrnya. bagus jgk hana wat camtu kat dia. hehe.. :)
hehe. kan dah kene sebijik atas muke die. ;)
cik hana kan COMEL n CUTE MIUT...hik hik..hah..berani..lempor la telur busuk tu..nak tengok berani ke dok..hahaha..
haha sis pun kalau dh bengang sangat mmg akan kenakan orang tu balik padan muka uweeekk :P
cik na : hehehe..dah abis geram la tu cakap macam tu..nasib baik mak ada,kalau mak xder kat situ dah lama hana karate ke smackdown akak tu...hahaha
9n0L4 : hahaha..tahu takpe...terkesima sebentar dia bila hana cakap macam tu.
encik jijul : siap la dia nanti...lempar telor busuk satu sarang nanti kat rumah ..biar rumah dia bau macam reban ayam...hahaha :P
sis : hahaha....sama la kita...kengkadang bukan niat nak kurang ajar tapi orang mcm tu kita kena ajar macam tu..kenakan dia dalam sindiran...nak tengking2 orang hana x berani..kehkeh
dia cakap muka kita macam tu . padahal tak pun . sape nak beli ? geram lagi ada lah ..
jom kita serang org tue...hehe
Salam..
berdasarkan citer hana, lana asa lana tau pad jenama apa,ehehe.
Lana rasa, semua yg jual pad tu diajar ckp cmtulah..serupa je ayat. lana pun dah berdepan dengan bbrpa org yg jual pad ni. lebih kurg je ayat diorg.hehehe
muka cam nora danish?wahahahaha. yela2, kasi can la kat hana,miahahaha,bunyi tak ikhlas kan,haha
teya : tau takper,hana dah abis control sopan dah but dia yg x nak stop malukan kita..
tirah : jom2...kita bakor dia...hikhik
lana : ibu hana pun cakap macam tu jugak,maybe yang jual pad tu dah dilatih sebegitu...tapi takperlu la sampai kutuk orang kan...
#pasal nora danish tu kasi je la can kan hana nak perasan kejap...hahaha..memang dah kena ngan encik bf td,dia kata celah mana ntah yg sama ngan nora danish tu...hahaha...
ngahahahaha....lawaks la...dia silap teknik jer tuh...bia dia jadikan pengajaran...
tu la...bekerja sebgai direct selling memang susah..tpaksa gunakan pelbagai kreativiti untuk lariskan jualan mereka tu :)
komfem xlaku la kalau camtu strategi nak jual barang..tabik cik hana haha
haha...memang tak laku sebab tu la dia sampai macam terdesak sangat nak menjual produk dia tu :)
pernah jugak dengar ttg pad yang boleh letak kat dahi tu.
pakai pad leh cantik ye. ngeee
wantie ,taw erk?? jangan sebut nama pad tu nanti kita berdua kena saman pulak...hahaha...
mulut cm longkang org tu..gerammm jom serangg !!!
yesssza! nyue jadi geng hana serang dia okeh...kita hantar ironman pi musnahkan semua pad2 yang dia jual tu baru la dia x berani nak kutuk orang lagi...hikhik
sabar je la kan ngan org cm tu..kalau ye pn nak menjual tak yah la mulut tu busuk sangat, sape nak beli kan?
betul tu dear misya...kalau macam tu strategi dia memang x laku
sengal nye la org yg jual tu...agak2 la..kalau alin kena mcm hana, alin bengang jugak...grr~
jum singgah http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/nuest-new-south-korean-boy-group.html
sy da follow blog ni -1313- ^^
hihi. tu lah kan akibat cakap byk sangat smpai tak pk perasaan org. ;)
betul tu alynn,org macam tu kita kena pandai main dgn psikologi ..biar dia terasa sendiri...
Ishhh, geram plak fiza! Kalau fiza laa dah lama tumbuk muka orang tuu.. Satu, dia cakap muka kita tak elok.. Dua, boleh dia cakap kita ni tak ada duit nak bayar.. Grrrr! Fiza plak yang terlebih geram.. Hekhek.. :P
fiza,ha mesti fiza leh imagine betapa geramnya hana time tu but nasib baik dia lebih tua je dari hana..kalau dia tu budak2 dah lama hana tepuk2 bontot dia...hahaha
9n0L4,hikhik..betul2...nak cakap main hentam je last2 dia sndiri yg terkena :)
Dasyat tu pad letak kat dahi. Haha. :D
eein : kehkeh....biasala dear,skrg ni macam2 cara nak melariskan produk...
mana lagi entry baru ni cik hana...sibuk ka?
yer akak..hana x sempat nak update ,bw pun kejap2 je sempat skrg ni..
hahah kelakar pulak entri ni.... hm... macam tau je pad herba apa.... sbb boleh letak akt dahi kalau demam.... hahahahah
hehehe,akak taw erk pad ape? jangan sebut nanti kena saman..kehkeh
Post a Comment