kawan-kawan yang hebat

Saturday, January 14, 2012

::: Dilamar jejaka misteri :::






Tengah sibuk melayan karenah pelanggan kat kedai datang la member  menjerit2 di luar kedai macam monyet tertelan cabai burung.Aku yang tengah comot,muka berminyak,baju tak payah nak cakap la kan...serabai,macam orang baru balik dari memotong getah. Kat kedai  aku la tokey dan aku la kuli dan serba serbi la aku...so tak heran la kalau aku lagi penat dan selekeh macam kak limah.


Kesian duk tengok si member  memanggil2 seolah2 macam best je berita yang nak di sampaikan,aku pun pergi la ke arahnya...


aku : ha,nape...ko tahu tak aku tengah busy sekarang....malam ni ko nak cerita,cerita la...aku takder masa la sekarang.


member : Ni hal penting ni aku nak bagitaw..aku datang ni pun orang tu yang paksa,suruh bagitaw ko sekarang.Dia dah x mampu nak sorok lagi perasaan dia kat ko.


aku : apa ni??aku tak faham..


member : ko nampak tak mamat kat seberang jalan tu....dia cakap dia suka kat ko,dia nak ajak ko kahwin ngan dia. Dia selalu datang kedai ko kan....dia selalu perhatikan ko..


aku : Eh tu bukan ke buruh yang selalu lepak kedai aku tu..


member : Yer...dia menyamar jadi buruh sebab nak tengok keikhlasan ko la fana..Ternyata ko memang tak memilih pangkat dan harta.


aku : Mamat tu kata dia dah ada wife....anak 2 orang pulak tu....eh gila ker aku nak rampas hubby orang!


member : dia tipu ko je la fana....dia tak kahwin lagi...dia terpaksa menyamar untuk cari calon isteri..


aku : Biar betul ko ni.....macam mimpi je aku ni...gila la kalau sume orang kampung tahu ni beb.


member :  apa pulak mimpi...ko tak nampak ke matahari tegak atas kepala nih..ko sudi tak nih???


aku dah tak terkata....hanya mampu sembunyik di sbalik pokok2 pandan dan buat muka malu2 gajah...














sementara si jejaka memerhatikan aku di seberang jalan




bila tgk dia dah renung macam ni,kangaroo yang melompat2 pun leh jalan secara normal


aish...nak cuba bukak baju la pulak...




fuuuhh...sape x cair kan tengok dia posing macam ni....mak senah janda pun boleh senget jalan kalau mamat  ni renung macam ni...


Tapi aku dah ada Mr BF....mana mungkin aku akan menduakan dia...aisehh....susah jugak nak buat pilihan nih....
















"Oiiiiiiii.....bangun2! dah kul 5.30pagi ni nanti lambat pulak....."


aisehhhhhh!suara ibu potong stim.... mimpi lagi rupanya.....aaron aziz lak tu yang melamar....nasib baik mimpi,kalau betul tak pasal2 aku dicop sebagai perampas kebahagian rumahtangga orang ...

9 12 lepak di sini:

.........cP~ said...

Laaa....Mula-mula fikir, tipu ni..Bila baca sampai tengah, eh, betul ke? Sekali tengok gambar, eh apa yan terjadi. Dah sampai last...La...terkena.

..cik hana.. said...

hahaha...x dapat jumpa real aaron aziz pun xper la sbb dah jumpa dalam mmipi... :)

Nana Leina said...

ah..sudah.. tertipu..hahha.. igtkan betul2.. siot..hahha

..cik hana.. said...

nana : hahaha..kalau betul memang hana dah pengsan dah :P

✿Ziera✿ said...

haha... tergelak2 zira baca! Wooo...ada hati kat Aaron Aziz :))

..cik hana.. said...

ziera : ni semua sebab ombak rindu la...kalau hana x tgk citer tu mesti xder duk tergilakan si aaron ni...haha

NAZRUL AZAT said...

amboi amboi amboiiii mimpi aaron aziz kot, hebak2 :-)

Nurina Izzati said...

hahaha... lawak dan berbakat mengolah cerita ye..

Nana Leina said...

kalau betul2 mmg kena berebut dgn ppuan lain..hohohoh