Dia kata muka saya teruk sangat! OMG....sob...sob...sob....
Eh,ada aku kisah kalau nak cakap muka aku macam bakul rotan pun... ~~
Alkisah nak dijadikan cerita,ada la seorang auntie tu menjual barangan pad herba... Aku tak nak mention la jenama apa pad tu nanti kan syarikat pad tu saman aku berjuta-juta mahunya pengsan aku kena kutip telor gajah hari-hari untuk dijual nak bayar saman tu kan.
Nak jual pad ke produk kecantikan kalau tak kutuk orang tak boleh ke...Tengah aku duk syok-syok makan dengan ibu datang la member ibu merangkap auntie yang jual pad ni..dia promote macam-macam kegunaan pad tu kat ibu,ibu aku yang dah nak monopouse ni malas la nak layan sangat,dah nak monopouse buat apa pakai pad bagai lagi kan.
Siap cakap lagi pad tu boleh meredakan deman dengan letak kat dahi. Pad letak kat dahi? first time aku dengar...ni kalau jiran sebelah rumah nampak buat macam tu memang confirm dia pindah hari tu jugak...maunya tak gila letak pad kat dahi. Banyak lagi cara lain nak redakan demam akak oii...Baik suruh makan panadol ke letak tuala basah ke ok la jugak kan. Aku dah nak tergelak tapi tahan je la kan....orang tengah excited nak menjual barang,layaaan kan je la......
Dia bengang tengok ibu buat tak layan sangat teruss beralih ke arah aku, "Ha,along kenapa teruk sangat muka tu! kita ni anak dara kena jaga la muka kita ni....try la pakai pad ni,dia akan baiki struktur dalaman kita"
aku terkedu ...
Mood makan terus ilang,rasa nak telan pad yang dia pegang tu ada la..Tapi sebagai gadis yang baik,aku senyum dan cakap tak nak ,takper..biarlah dulu. Lain kali la try..
Dia terus menghentam . "Kenapa tak nak,takder duit ke nak bayar??takper-takper...mintak je duit ngan ibu, biar ibu bayarkan...kalau bab nak cantik ni jangan nak berkira sangat la"
sengaja dikuatkan suaranya sehingga lelaki bujang meja sebelah dengar dan tersenyum-senyum memandang meja kami..
rasa naik angin tu datang,terus bangun dan cakap... "Pad ni tak boleh nak hilangkan bau mulut ke??baik akak cuba dulu ..bila dah berkesan baru la along cuba ok"
terus angkat bontot pi kaunter..dia dah terkial-kial menjaga kemaluannya .
Aku bukan marah,kalau nak kutuk muka aku macam bontot singa ke apa ke aku tak kisah sebab aku taw aku dan nora danish lebih kurang seiras je so buat apa nak dengar kutukan orang-orang yang jeles tu...ehhhh?? hahaha.....
Macam ni je la nak pesan kepada sesiapa yang menjual produk kecantikan tu,pakai dulu produk tu ..Bila dah rasa berkesan dan orang nampak perubahan kita baru kita promote..ni kita sendiri tak jaga penampilan diri macam mana orang nak yakin dengan kita.
sekian... :)
# Entry ini bukan minta di puji,kalau sesiapa berani cakap aku comel,aku lempar telor busuk nanti.