kawan-kawan yang hebat

Sunday, April 15, 2012

::: kerana kau adikku :::



Actually baru nak terlelap,tapi apabila pintu bilik diketuk dan melihat muka ibu yang cemas seolah-olah putera wiliam datang meminang aku ..membuatkan aku pun nervous sama. Rupa-rupanya si adik tengah mengamuk nak tukar sekolah...atas alasan kerana di sindir oleh rakan-rakan perempuannya.

Perasaan mengantuk yang bermaharajalela tadi bertukar menjadi perasaan mahu ketawa berguling- guling apabila mendengar alasan si adik yang agak tidak logik itu.


walawei,kepada adik-adikku sayang di luar sana...ingat senang ke nak tukar-tukar sekolah? ingat proses nak tukar menukar ni macam membeli goreng pisang di warung kak jenab ke...

with my lil sis ... pic yang membuatkan aku tersenyum sengsorang apabila melihatnya berulang kali...

maybe salah aku jugak menyebabkan dia disindir dan merasa rendah diri lalu menangis dan mahu bertukar ke sekolah lain.

tapi aku pun konfius sekarang nih,salah ke apa yang aku ajar kat dia nih...

adik :  Along....ada sorang gurlz kat sekolah tu dia anak penjual buah,dia tu tak  cantik,besar + bla   bla    bla blabla....dan member-member  adik selalu ejek dia,takder orang pun nak kawan dengan anak penjual buah tu. kesian adik tengok dia.


aku : Anak penjual buah tu baik tak?

adik : dia baik sangat dan pandai..cuma tak lawa je...dan orang ejek dia sebab mak dia jual buah.

aku : ok,kalau macam tu tinggalkan kawan-kawan yang sombong dan kurang ajar tu pergi berkawan dengan anak penjual buah tu..

adik : hurmmm....nanti apa kata kawan-kawan yang lain...mesti diorang tak nak kawan dengan adik pulak.

aku :  biarlah apa orang nak kata,nak dapat pahala ke tak nak? so adik pilih sendiri ok..http://www.smileycodes.info

aku dah mula cuak.....ni la masalah remaja sekarang....umur dah 14 tahun  tapi still perangai ke anak-anakkan...

keesookkannya ...

sewaktu dalam kereta lepas mengambil dia pulang  dari sekolah,aku dah nampak keemoticon nya tu...and then mula la sesi soal jawab..
http://www.smileycodes.infoadik : sebab ikut cakap along la semua member adik tak nak kawan dengan adik.

aku : kenapa pulak?

adik : diorang sindir adik sebab adik kawan dengan anak penjual buah tu..

aku : diorang  sindir apa kat adik?

adik : diorang kata buntot adik macam buntot keling...uwaaaaaaaa! Nak pindah sekolah!!!!!!!!!!!!!!!!!!http://www.smileycodes.info

aku : ?? KAHKAHKAH KAH ...rasa bengkak limpa hari ni duk gelakkan dia..abis oksigen dalam badan sampai terpaksa  tercungap-cungap tepi pokok semata-mata nak dapatkan balik oksigen...


# walaupun entry ni takder kena mengena dengan kauorang,tapi aku just nak nasihatkan  kat adik-adik atau sesiapa jer,jangan la ade sikap macam diorang tu....jangan sesenang hati nak menghina dan membandingkan harta atau apa sahaja kelebihan yang kita millikki...belajar la untuk bersyukur ...kerana apa yang ada didunia ni hanya sementara yang dipinjamkan oleh allah swt kepada kita.


http://www.smileycodes.info




11 12 lepak di sini:

aridz azmil said...

hohoho..
funny entry..
kak long yg bagus (Y)

Cik Kay Jue said...

macam-macam la budak zaman sekrang.. kesian kat anak penjual buah tu.. huhu..

memang tak logik ar alasan nk tukar sekolah tu.. hehe..

Aura Qaseh Beauty Centre said...

hihihi kesiannya adik awakkkk. tapi nasib baik adik awak ada akak yg baik haha.

awk,blh bg pendapat x ?
ARTIS KOMEN BLOGG :)

Anonymous said...

haha..lawak2..kebudak2kan..comey je..hehee

Unknown said...

hehe..comelnyerr..;)

coklat susu said...

hihihi tringat masa kolah dulu..kami satu kelas salu buli sorg kawan sbb suara dy mcm katon n sbb suma cg salu bg perhatian kat dia ;)

Cikra said...

wakakaka. adehai.kesian adik cik hana. hmm. budak2 sekarang ni memilih kawan betul. apa salah berkawan dengan anak penjual buah. apa pun, suruh la adik kamu bersabar.hahaha. kawan je dengan sesiapa. jangan berkawan dengan orang yang memberi pengaruh buruk :)

Sis AI said...

Wakakaka! Apa kna ngena buah dgn punggung hitam? Adess.. Knak2, biasalah.. Snsitif skit, lg2 prempuan. Sabo jela.. Tp point sgt btul! Lantak la jual buah ke, jual emas ke, smua org brbeza. Yg pasti, smua ni boleh dtambah, boleh dkurang oleh Allah SWT..

Eein Azryn said...

haha. macam2 la budak budak sekolah skang ni.

♥ainie muniera♥ said...

hahahak . klkr la plk bile bce blek . btol2x mcm budak2x kecik .hehehe

Unknown said...

bagus nasihat kak long tu..erm biasa lla bebudak zaman sekarang ni kan..mulut semua laser :D