Akhirnya setelah sekian lama asyik bermain teka-teki dengan perasaan sendiri aku berjaya membuktikan sememangnya bukanla mudah untuk menjadi cikgu....bukan senang oke...ingatkan bukak mulut luas2 pastu baca buku setiap helaian and then cukup bulan dapat gaji...Tapi ternyata semua tu adalah salah. Nak mengajar ,nak fikir macam mana nak dapatkan perhatian murid,nak kena fikir camana nak pastikan message yang disampaikan tu difahami dan diingati sampai akhir hayat murid-murid sekalian ...oiii,mak datuk payah....
Janji kul 9 am tapi kul 10 am baru datang....guru mana yang tak sakit hati.Tapi sangat2 seronok bila mereka memahami ajaran yang disampaikan dengan mudah dan cepat.
Sewaktu kelas bermula,mereka kelihatan gerun dan takut seolah-olah aku ni adalah manusia kanibal yang sangat dahagakan darah manusia....apabila satu jam kelas berjalan, mereka sudah menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat nak belajar. Di awal kelas bermula, aku cuba nak menunjukkan muka garang macam gajah baru lepas beranak tapi apakan daya hanya mampu bertahan selama 30 minit jer untuk menjadi seorang yang serius dan selebihnya sesi pembelajaran seolah2 berada di tadika...apabila pengarah masuk dan meninjau keadaan dewan, kami semua bertukar menjadi serius dan mereka seolah2 faham situasi dan watak yang perlu mereka lakukan apabila pengarah masuk ke dalam dewan itu.
sangat berterima kasih dengan Puan sabariah kerana telah memberi peluang kepada aku untuk menjadi seorang guru walaupun sementara sahaja.Itu adalah satu pengalaman yang sangat berharga untuk dijadikan kenangan :)
Duit gaji pertama..alhamdulilah.. :)
4 12 lepak di sini:
mcm2 kerenah bleh jumpa. :)
heehehe .. biasala kan ..nak jadi cikgu mmg macam ni ...macam2 karenah orang boleh jumpa :)
hana jd cikgu?? gud luck! seronok kn jd cikgu..hehe
hehehe...thanks dear sis :)
Post a Comment