kawan-kawan yang hebat

Monday, February 16, 2015

::: Proses Jual Beli Kereta Baru :::




Alhamdulilah,berkat usaha gigih dan ketekunan bekerja akhirnya impian cik hana nak membeli kereta sendiri tercapai juga. Rasa sangat excited walaupun dah terpaksa masukkan nama dalam senarai org yang berhutang dengan bank. hehehehe.

Susah ke nak beli kereta baru? Tak susah pun.....seller2 yg berpengalaman pasti akan membantu anda.

ok,cik hana nak share sikit  la pengalaman membeli kereta,mula-mula cik hana ceritakan la kat cousin yang cik hana berminat nak membeli kereta...blaaa...blaa....blaaa....blaa.....and then he suggest  to deal  dengan selller perodua a.k.a kawan dia yang pernah  tolong dia untuk dapatkan kereta baru.

Cik hana pun call la brother ni,nama dia Encik Hilmi....dia tak cakap banyak pun mintak emailkan salinan ic,salinan lesen memandu, slip gaji , dan  penyata bank@kwsp..mula-mula agak waswas jugak sebab tak bersua muka  pun dengan beliau (terpaksa gunakan  email dan telefon sebagai perantara disebabkan beliau di kuala terengganu dan cik hana di kemaman)

Proses jual beli ni tak sampai pun 2 minggu....ari selasa semua dokumen lengkap diserahkan  dan beliau submit  ke bank untuk proses dapatkan loan...maklumla takder duit yang banyak nak beli cash :P 

Kereta yang cik hana beli Perodua Myvi yang baru dikeluarkan ni je Premium X...  berharga RM47 500 dan  terpaksa la buat loan dengan bank sebab mampu bayar Rm5000 je d/p. 

And then,lepas  3 hari,bank call untuk tanyakan maklumat dan sekiranya mereka berpuas hati,loan kita akan diluluskan.....selalunya untuk tahu either lulus ke tidak loan kita tu better kita call selller keesokkan hari lepas bank call kita. Dan,esoknya pepagi lagi encik hilmi ni call cik hana dan bagitahu bahawa loan sudah pun diluluskan oleh pihak bank. Dan cik hana diminta untuk sain agreement di Bank dan keesokkanya  Encik Hilmi call untuk minta cik hana datang ambil kereta di  Perodua  beliau...iaitu Perodua Hiliran.. ohhhh,cepatnya kan!!


Rasa macam tak percaya pun ada sebab dah ada kereta sendiri,boleh drive sendiri,dan menggunakan duit sendiri untuk menguruskan proses beli kereta. Oh,dah besar anak ayah dan ibu ni rupanya!haha


taraaaaaa....ni la dia  ! Myvi 1.3 Premium X..#mybabyoren




guys yang kacak berdiri di sebelah ayah yang memakai name tag tu adalah Encik Hilmi.



Sesiapa nak contanct Encik Hilmi untuk urusan jual beli kereta sangat di alu-alukan....cik hana boleh bagi 10/10  untuk servis dan kerjasama yang diberikan oleh beliau sepanjang proses jual beli kereta ni. Susah nak jumpa seller yang cepat, dan jujur macam beliau...


Sebab apa cik hana cakap Encik Hilmi ni jujur??sebab sepanjang proses jual beli ni dia tak minta pun duit tambahan. Sebelum ni,ada seller kat tempat cik hana ni suruh bayar duit tambahan sebab dokumen tak lengkap la, nak kena buat itu la kena buat ini la....sampai pening kepala cik hana ..mintak pulak bukannya sikit,ada yang mintak sampai 1k.....almaklumla gaji cikhana kan paid by cash...tp ada la statement bank yang menunjukkan duit keluar masuk..Nasib baik la cousin cik hana kenalkan dengan encik hilmi ni...alhamdulilah. Semua yang susah dah jadi senang. :)

11 12 lepak di sini:

ejulz said...

Terbaek.. :)

ejulz said...

Jemput singgah "Sesi 'tembak menembak'"


Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

..cik hana.. said...

thanks ejulz! of course cik hana akan sudi... :)

Aqilah Azmi said...

wah wah kak hanaaa piwit kereta bau kedai :p hihi

..cik hana.. said...

kehkeh....mana ada bau kedai lg....dah bau stokin kak hana dah dalam kete ni...hahaha

izzati husna said...

wah dah ada kereta sendiri.. good. best kan? bila bila meh la datang kl lepak sesame blogger nak tak? hehehe. ;D

Nanti kalau sudi singgah la blog kita

http://soshesay.blogspot.com

..cik hana.. said...

husna : nak lepak boleh je dear...tp nak drive kat area kl cik hana takut...hehehe...duk naik bas rapid je masa duk sana time study dulu.hehehe


p/s : cik hana always singgah blog kamu taw :)

Emy Effendi said...

nak beli myvi.. basic gaji kena berapa ye?
kena ada gerento tak?

Anyno said...

Hai hana sy nk tnye sikit lps loan llus tu terus byr dp ke mase nk book tu terus kite byr dp ye?

Marionette Doll said...

Tengah menunggu call dr bank utk premium X ni jgk..hehe

Marionette Doll said...

Tengah menunggu call dr bank utk premium X ni jgk..hehe