kawan-kawan yang hebat

Friday, February 20, 2015

::: Suamiku Encik Perfect 10! :::




Setiap kali duk syok tengok drama melayu kat tv,ibu pasti akan tanya,

"Cerita suamiku encik perfect 10 tu tak keluar lagi ke kat astro first?" Terpaksla aku 
ambik remote astro,pi ushar kat list movie yg ada...still tak der lagi . Begitulah soalan yang tiap-tiap hari akan ditanya oleh ibu.

Tapi semalam,si kecik tu berteriak dalam bilik 

" Along ! cerita suamiku encik perfect 10 dah dah ada kat astro first la!"

Hati mula rasa berbunga...kembang semacam je. Tak tahu kenapa. Adakah sebab penantian ibu selama ini telah berhasil ataupun terselamat duit poket aku  dari membawa mereka ke panggung wayang....kalau pi ari minggu kat cinema rm 12 x 5 person = RM 60...kat astro first rm 15 jer per movie.....tu pun boleh add on cite "Stand By Me Doraemon"  .....kehkeh

Sepanjang 2 jam tengok movie ni tak tahu la apa feeling yang betul nya...kejap rasa sedih,kejap rasa nak gelak,kejap rasa geram menyampah,kejap rasa feelin in love jugak...tetiber rasa best nya kalau la dapat suami yang caring,loving macam encik perfect 10!  eh tetiber dengar satu suara halus berbisik ditelinga " berangan je lelebih kau ni kan farhana!"

Tapi ,kesimpulannya cerita ini mampu membuatkan aku tengok lebih dari sekali...nasib baik la 48 hours kat astro first ni...Yang paling penting ibu pun join sekali tengok cerita ni ulang-ulang .. selalunya dia akan membebel kalau kami asyik tengok cerita yang sama berulang kali,tapi untuk cerita ni ibu pun join sekali!

Adakah disebabkan kehenseman aaron aziz? kecomelan lisa surihani? kepelikkan loghat utara jasmin hamid? atau jalan cerita yang sweet ? membuatkan  cerita ini menjadi satu isu hangat sekarang...korang kena tengok sendiri la ya! layaannnnnnnnnzz...........

#tak puas betul la tengok lisa surihani ni je kan.....manis je..........setiap kali dia bercakap mesti rasa nak tengok je! Bertuah betul yusri kannnn.....hehehe



10 12 lepak di sini:

Miss Xyz said...

Ahaha, actually saya dh bosan dgn cerita melayu cmni.. Ehehe, skdr pndpt sndiri je

Hidayah Suhailee said...

yaya nak sgt tgk.. ahhh.. dlu kan.. masa yaya dgn kwn2 kena buat saringan untk buat sistem perpustakaan online d skolah.. ckgu suruh kitorang buat untk rumah dlu.. jadi yaya letak la senarai novel yaya.. then esknya cikgu cek.. then terpampanglah nama novel ni dan gmbrnya skali.. cikgu ckp " wah.. c dayah.. yakin ni.. nanti ada ni kluar filem. " haha.. then akhirnya.. keluar jugak..

Aqilah Azmi said...

hihihi boleh lah cerita ni :p
hihihi
alaaaa balik this week qila nak beli doraemon1!!! <3

izzati husna said...

Tak tengok lagi best eah citer tu? Nanti nak tengok la..

izzati husna said...

Anyway jangan lupa singgah blog saya http://soshesay.blogspot.com

..cik hana.. said...

Miss xyz : hehehe...cik hana layan movie yg ada aaron aziz je.

Yaya : yaya mcm dah boleh agak je tajuk ni difilemkan erk...selalunya kalau movie yg di adaptasi dari novel mesti meletop kan....mcm ombak rindu,saya sebenarnya isteri dia n bnyak lagi la...

Qila : beli jangan x beli....tp geram la tgk nobita dalam cite tu..lembik sgt..kehkeh

husna : cik hana tengok sbb aaron aziz n lisa je....kalau dia letak pelakon lain belum tentu akan tengok...kehkeh

CikMai said...

takda astro dan dh lama tak pegi wayang. sedihnyaaa.huhu

Hidayah Suhailee said...

cik hana: ha'ah... kbanyakan novel yang yaya dah baca.. banyak dfilemkan.. then smua best2.

..cik hana.. said...

cik mai : xper...leh download je nanti...jangan la sedih2...hehe

yaya : tu la..kalau cerita based on novel ni ending dia mesti happy je kan...kalau dalam dunia realiti memang susah la nak dapat situasi macam tu..hehe :)

Mialia said...

dah lama x tgk cita melayu. hehehe