kawan-kawan yang hebat

Saturday, February 21, 2015

::: Selamat Pengantin Baru :::




Selamat Pengantin baru untuk mereka-mereka yang mendirikan rumahtangga sepanjang cuti Tahun Baru Cina ni.  Pagi tadi ibu dah siap pesan,"pagi ni tak yah makan heavy sangat sebab tengah hari nanti kamu semua kena pi kenduri.No more excuse!"

Aku dah mula gelabah,malasnyeeeeeeeeeeeeee nak gi! Nanti soalan-soalan yang tidak enak didengar pasti akan berkumandang di telinga. Antaranya,

1."Aihhhhh,lama tak nampak ....bila nak kahwin? "

2. "Tengah belajar  lagi ke ni??"

3. " Keje kat mana? "

4. "Kenapa tak kahwin lagi? "

5." kawan2 kamu semua dah kahwin,kamu bila lagi? "


Walaupun senyuman terukir di bibir,tapi didada ni bengkak tahu tak akibat ditumbuk oleh bendalir-bendalir dan sel2 darah dalam badan ni! hukhuk

Aku mula la mencari idea yang paling bernas ,tepat dan jitu untuk mengelakkan dari terpaksa follow ibu dan ayah pergi kenduri. Alasan yang paling tepat ialah,

"Ibu,along sakit gigi la! macam mana nak gi kenduri,nanti tak makan orang cakap sombong pulak...."

Nasib baik nasib baik dan nasib baik la ibu menerima alasan ini dengan senyuman. Terima kasih gigi kerana menyelamatkan aku. L.E.G.A.

Ingatkan full stop la kan bila tak pergi kenduri. Tapi baliknya ibu dari kenduri.


Ibu : makanan tak best la...ada nasi minyak je..lauk pun tak banyak pilihan...nanti kenduri kat umah kita ,kita buat nasi minyak and nasi putih pelbagai lauk macam makan kat kedai-kedai makan tu.

aku : ala,ada masa la pulak catering2 nak layan kita nak buat lauk nasi putih pelbagai...makan nasi minyak sudah la ibu.

ibu : diorang tempah kat mana yer surah yassin yang siap ada nama pengantin ni yer..cantik...

aku : ntah la...mana-mana pun ada.

ibu : nanti kalau kenduri kat rumah kita,yang wajib ada untuk doorgift nanti surah yassin,telur,manisan ...hurm apa lagi erk?

aku : ntah...bagi je la gula-gula seposen dua.

ibu : tapi kat mana boleh tempah surah yassin tu ada nama siap...

adik : Tempah online je ibu.....ibu nak tempah berapa nanti adik tempahkan...tapi BILA kenduri kat rumah kita tu ya?

ibu : tu,tanya Along tu...bila nak kahwin...

adik : Along bila nak kahwin??

Aku : tanya ibu balik,mana calon pengantin lelaki nya????

ibu : ibu pulak yang kena.

Nak elak dari ditanya soalan2 sebegitu kat kenduri...tap kat rumah pulak yang kena...

oh ibuku!




6 12 lepak di sini:

Hidayah Suhailee said...

alalalala.. soalan cepumas gitu.. haha.. sbr la ya cik hana.. :) kikiki.. ada rezeki adalah tuh.. kan kan kan?

..cik hana.. said...

tu la..kalau cakap takdak calon mesti diorang akan tanya kenapa tak cari :( ingat mcm cari ikan kat pasar agaknya....sabar je la yg mampu yaya...hehe

Sha said...

haha..yang tu memang soalan rutin kalau kenduri kawen...pantang tengok kita single!..hihi..anyway..1st time blogwalking kat sini..done follow #1389 ^_^

Niena Reen said...

Adoii.. Sabor je lah kan kak kan.. Alaa tak apa, nanti ada lah tu bila sampai masanya. Tu calon pengantin laki tengah mencari jalan nak jumpa dengan permaisurinya ni. Tengah tersesat lagi tu. Kikiki.. XD

..cik hana.. said...

ala niena ni...u make akak blushing2 je..hahaha.... tolongla bagitaw dia jangan sesat lama sgt plezzz akak x sabar nih...hahaha

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/