



"Love life and life will love you back.
Love people and they will love you back."
~cik hana~
Muka depan semua akhbar semalam berkisar pasal baby yang di campak di dalam longkang dari flat oleh seorang gadis berusia 19 tahun.
Aku bukan nak maki ke nak apa gurlz tersebut.Tu dosa dia ngan tuhan biar dia tanggung sendiri la kan..dan aku juga bukan nak backup gurlz tu dan jauh sekali nak mengulas pasal berita tu sebab aku tak di bayar gaji untuk mengulas dan membesar2 kan isu tersebut,
Ada la 2 orang lelaki yang datang makan kat kedai n then dtg kat aku nak pinjam paper…aku pun kasi la kan dengan muka simpati,sian tul mamat ni…paper sehinggit mcm ni pun nak meminjam…kesian2….
Tapi yang buat aku naik hangin kat kedai tadi bila lepas dia baca paper n sound kuat2 kat kawan dia..Dia buat macam kat kedai aku ni dia sorg jer yang reti membaca…
“weh samad,ko baca ni….bodoh la pompuan sekarang pi campak anak macam tu jer! “
“yer ker? Xder otak…dah gila agaknya pompuan tu”
“Tu la…bodoh kan ..pompuan skrg ni tahu nak seronok jer..lepas dah sedap2 ngan lelaki pastu campak anak merata.Pompuan sekarang bukan leh caya sangat…Nampak je macam anak dara tapi dah tak berdara.Sebab tu kahwin x lama mana n cerai sbb dah luas sgt x syok…hahahaha”
“Hahahahahaha…gila!”
Cilala betul….dia ingat kat kedai aku yang datang makan semua anak2 lembu agaknya….mulut macam xder insurans.
Aku terus memandang si lelaki 2 org yg bermulut mcm pompuan ni … rasa nak pi hulur cermin jer suruh diorang cermin muka diorang sket
“eh,der….leh pulak bila dah jadi macam ni ko cakap pompuan tu bodoh yer…apasal ko tak cakap lelaki yang beromen ngan dia tu bodoh jugak…kalau lelaki tu jenis yg berotak and bertanggungjawab kahwin je la ngan pompuan tu so xder la pulak kes campak mencampak macam ni kan………….ayat tu agak2 la sikit, karang ada yang makan nasi pakai kaki”
Aku tak pernah lagi dengar kes pompuan rogol lelaki sampai terberanak anak haram…so????cakap pakai otak la sket…
Pompuan tu yg buat salah takkan ko nak cakap sampai sume pompuan bodoh. Baca paper pun pinjam ngan pompuan pastu sibuk duk kutuk pompuan.
Shit!sumpah jadi gajah telor besar sebelah baru taw…
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang .
Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.
Sebarkan!!
♥♥...hana0OHana...♥♥ Copyright © 2008 Free Blogger Template | Scrapping using Scrapblog