kawan-kawan yang hebat

Saturday, December 31, 2011

::: Last Entry :::




Last but not least...

XOXO

Ini adalah last entry di blog ini untuk tahun ni.

untuk tahun 2011 sahaja yer bukan bermakna ini last entry yang akan di update di blog ini.

kalau xder blog ni di mana lagi tempat aku nak mengadu dan meluahkan serta memerli dan juga bermetafora...

Walaupun ada yang mengatakan aku suka berpura2,dan jawapan aku MEMANG!

Memang aku suka berpura2!kenapa?

1. Nak jaga hati orang...
cuba bayangkan kalau korang excited nak cerita sesuatu news or something then orang tu cakap dah taw dah ...mesti la akan rasa sesuatu di sudut hati kan....

so di situ la kepura2 aku berlaku...berpura2 tidak tahu dan mendengar cerita yang disampaikan itu walaupun telinga ni dah kembang kucup dan mengeluarkan bunyi air menggelegak..

2. untuk belajar...
Belajar kan banyak cara..ilmu dan cara pemikiran setiap orang tak sama. Oleh itu sikap kepura2 an tidak tahu adalah penting kerana dari situ kita akan di ajar dari asas dan secara berulang kali menggunakan teknik yang berbeza....so sape yang untung??kita jugak kan....

Semalam,tengah si adik duk syok bercerita pasal sinopsis ombak rindu tak pasal2 kepala aku disekeh oleh ibu kerana aku berpura2 bertanya dan berlakon seolah2 tidak pernah tengok lagi cerita itu....terbantut sebentar nafsu si adik yang rancak bercerita. Tapi rasanya tak salah kalau kita mendengar dan berpura2 sebegitu...mungkin dari situ kita boleh dapat lagi banyak input.

okes!

tiada kata sedih nak diluahkan.

tiada cerita hebat untuk dibanggakan.

tiada harapan yang di inginkan.
cuma nak pesan....

no matter whatever the situation is...because,



tapi kenapa ya setiap orang berlumba2 menunjukkan diri mereka adalah terhebat,terbaik dan bermacam2 ter Ter ter lagi la...silap haribulan jadi ninja turtle pun boleh.

Apabila kita berhadapan dengan rakan,keluarga , teman rapat or sape2 je lah kan yang menghadapi masalah,tolong n tolong n tolong la untuk jangan cuba jadi hero or heroin...cubala jadi pendengar yang setia,tenangkan mereka dan memberi semangat baru kepada mereka.


Tidak perlu untuk menjadi superman dan batman kedua!

sebab..

buruk bebenor la kalau pakai spender kat luar....

Friday, November 25, 2011

::: mulut kata ya,hati kata yes! :::



Dengan kadar kelembapan internet yang dah mengalahkan siput sedut membuat mood aku lari untuk mengupdate setiap ari.

kalau dah asyik2 kuar camneh,

duk fail je pastu retrying sampai subuh....gajah kat sebelah pun dah terkentut2 gelakkan aku.

opss..gajah?sebelah??

so mesti ada yang terimagine mungkin aku sedang beronline di zoo dan bersebelahan sangkar gajah.

imagine la apa sahaja kerana imaginasi akan membuatkan otak kamu berpusing dan bekerja :)

selamat bekerja untuk otak2 anda sekalian!

dan untuk pekerja2 yang bekerja menjaga server untuk tenet, bekerja la dengan setekun yang boleh...Aku sangat moody kalau berhadapan dengan sesuatu yang lembab!






Thursday, November 10, 2011

::: Segmen : Aku adalah Blogger :::




Lama tak join segmen.

kali ni mari la membuat exercise untuk tangan yang montel ini...dah lama x menari,ari ni kita menari di lantai keybord yer askar2 ku yg montel~~

kali ni nak join segmen nih,KLIK GAMBAR :



thanks cik aryani for da invite and nabila yg anjurkan.


Aku adalah blogger yang suka menghupdate di kala aku rasa ingin meluahkan,memaki,memerli,membanggakan diri,menunjukkan kehebatan jari yang comel dan montel ini bergoyang2 di papan keyboard ini..

kalau rasa nak berkawan dengan cik hana, selalu la tegur...aku akan melayan semua kawan2 di alammaya ini tidak kira la bagaimana sifat fizikal anda,rambut berkutu ke,kaki berkudis ke,ketiak berbulu kerinting ke,rambut panjang sebelah ke x kisah la...asalkan niat ikhlas nak berkawan...Tapi aku cukup marah kalau yang cuba nak meluncas...nak meluncas pergi jauh2 sebelum aku bertukar menjadi gajah berkaki dua.





::: Fakta tentang wanita :::




Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna