kawan-kawan yang hebat

Friday, June 21, 2013

::: Pengalaman bermalam

di Hospital :::



Al kisah bermula apabila cik hana yang kuat makan dan melantak ni diserang sakit  perut ...seminggu yang pertama sakitnya masih boleh ditahan,berlagak macam power rangers merah kononnya boleh kental dengan segala penyakit.

Masuk hari yang ke 8, berdenyut-denyut sakit sampai ke kepala...pergi klinik then doc cakap , jangkitan kuman tahap 4 (tinggi ) , ada kandungan darah dan protein yang tinggi jugak dalam air kencing. Apa lagi bila doc ckp macam tu terus rasa lembik lutut. Keluar dari bilik doc buat muka macam takder penyakit apa-apa depan mak sebab tak nak membuatkan suasana menjadi makin kacau bilau. 

Keesokkannya,lepas makan ubat klinik dan rasa sakit semakin teruk....air mata kesakitan dah mula keluar tu menandakan badan dah tak terdaya menahan sakit. Dan ,



inilah akhirnya....kena bermalam di wad.

Bila dah terpaksa masuk wad,dah ternampak riak cemas di wajah ibu bapa. Oh,rasa sangat tak happy apabila sudah membuatkan ibu bapa jadi risau! 

Alhamdulilah,apabila doc pakar datang dan memberikan sedikit penerangan serta ubat yang perlu di makan, aku dibenarkan pulang. Apabila keluar jer dari hospital baru la nampak wajah ibu bapa ceria seolah-olah sedang meraikan hari konvokesyen power rangers merah ini. Terima kasih ya allah!

Dan alhamdulilah,dengan sedikit ujian Allah s.w.t ini aku dapat melihat kasih sayang yang tak berbelah bagi dari ibu bapa ,saudara mara dan teman-teman. Sesugguhnya dengan ujian ini aku merasa lebih dekat dengan allah s.w.t dan dapat mengenal insan yang betul-betul mengambil berat terhadap diri ini. 


5 12 lepak di sini:

D_08 said...

paling tak suke kene bermalam kat wad...... udah la wad tu suasana nye semacam...... suram je waktu malam...... ape pun mike udah ok kan??

..cik hana.. said...

tahu takpa...nak pergi toilet pun meggigil sorang2...alhamdulilah sekarang ni dah bertambah sihat :)

Chic Na said...

best tak bermalam di wad? kikiki.. lepas ni jaga kesihatan tau..

Ayu Idayu said...

saya tak suka bermalam kt wad. walaupun xpernah lagi bermalam kt wad. hehe.. semoga cepat sembuh.. pasni jgn melantak xingat dunia lagi. hihihi... :DD

..cik hana.. said...

cik na ,bestttttttt! hahahaha...lpas ni x nak dah bermalam kat situ..


ayu,thanks dear! hahaha.. yang best bila kat wad,bila jumpa doc hansem2...tp suasana kat wad tu di kala malam sangat menyeramkan...kehkeh