kawan-kawan yang hebat

Thursday, October 25, 2012

::: Salam aidiladha :::



Gambar umat islam yang sedang berjalan untuk melontar ...


Haji 1433H

Bilangan jemaah yang datang dari luar negara mencapai 1,752,932. Yang 951,806 adalah Jemaah Lelaki dan 801,126 Jemaah Wanita untuk tahun ini.

Alhamdulilah salah seorang daripada tetamu Allah yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah haram itu adalah nenda tercinta. Sangat bersyukur apabila dapat mengetahui nenda boleh menunaikan haji pada tahun ini. Rasa mahu mengalirkan air mata kegembiraan kerana apa yang dihajatkan oleh beliau selama ini telah tercapai. Alhamdulilah,syukur tidak terhingga. 

* Kenangan sewaktu celebrate mother's day 2012 di Impiana Resort Cherating...Mereka adalah kekuatan dan sumber inspirasi aku.. 


sewaktu nenda hendak berangkat,berbagai pesanan di pesan oleh saudara mara,anak-anak dan cucu-cucu...

antara pesanan ibu  yang sempat dibisikkan kepada beliau ialah doa kan keluarga bahagia,murah rezeki,panjang umur dan mendoakan agar aku cepat kahwin,dapat jodoh yang baik ... Tersenyum sendirian apabila ingat kembali,risau betul ibu lagaknya  takut betul anak perempuannya ini lambat naik pelamin. Insyallah,semuanya itu telah diaturkan oleh Allah swt... ** jangan risau yer ibu :)


Jam 1 pm waktu malaysia 18 oktober 2012,nenda telah bersiap sedia untuk berlepas...sesungguhnya tiada apa yang aku ingin melainkan agar dia selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang mabrur. Insyallah..dan semoga perjalanan nenda sepanjang menunaikan haji berjalan dengan lancar.


6 12 lepak di sini:

Chic Na said...

salam aidiladha hana. raya kat mana? jemput dtg umah. :)

..cik hana.. said...

hana raya kat kemaman je dear...boleh2..kat mana rumah cik na? meh hana nak serang bawak 1 gerombolan...haha...

Unknown said...

subhanallah. :)

selamat hari raya aidiladha! :)

..cik hana.. said...

zera,thanks dear! salam aidiladha... :)

Unknown said...

salam aidiladha..semoga doa nenda makbul, leh hana cepat2 naik pelamin..hehe

9n0L4 said...

masha Allah. punye lah ramai orggggg. moge selamat sumenye. :)