kawan-kawan yang hebat

Saturday, December 31, 2011

::: Last Entry :::




Last but not least...

XOXO

Ini adalah last entry di blog ini untuk tahun ni.

untuk tahun 2011 sahaja yer bukan bermakna ini last entry yang akan di update di blog ini.

kalau xder blog ni di mana lagi tempat aku nak mengadu dan meluahkan serta memerli dan juga bermetafora...

Walaupun ada yang mengatakan aku suka berpura2,dan jawapan aku MEMANG!

Memang aku suka berpura2!kenapa?

1. Nak jaga hati orang...
cuba bayangkan kalau korang excited nak cerita sesuatu news or something then orang tu cakap dah taw dah ...mesti la akan rasa sesuatu di sudut hati kan....

so di situ la kepura2 aku berlaku...berpura2 tidak tahu dan mendengar cerita yang disampaikan itu walaupun telinga ni dah kembang kucup dan mengeluarkan bunyi air menggelegak..

2. untuk belajar...
Belajar kan banyak cara..ilmu dan cara pemikiran setiap orang tak sama. Oleh itu sikap kepura2 an tidak tahu adalah penting kerana dari situ kita akan di ajar dari asas dan secara berulang kali menggunakan teknik yang berbeza....so sape yang untung??kita jugak kan....

Semalam,tengah si adik duk syok bercerita pasal sinopsis ombak rindu tak pasal2 kepala aku disekeh oleh ibu kerana aku berpura2 bertanya dan berlakon seolah2 tidak pernah tengok lagi cerita itu....terbantut sebentar nafsu si adik yang rancak bercerita. Tapi rasanya tak salah kalau kita mendengar dan berpura2 sebegitu...mungkin dari situ kita boleh dapat lagi banyak input.

okes!

tiada kata sedih nak diluahkan.

tiada cerita hebat untuk dibanggakan.

tiada harapan yang di inginkan.
cuma nak pesan....

no matter whatever the situation is...because,



tapi kenapa ya setiap orang berlumba2 menunjukkan diri mereka adalah terhebat,terbaik dan bermacam2 ter Ter ter lagi la...silap haribulan jadi ninja turtle pun boleh.

Apabila kita berhadapan dengan rakan,keluarga , teman rapat or sape2 je lah kan yang menghadapi masalah,tolong n tolong n tolong la untuk jangan cuba jadi hero or heroin...cubala jadi pendengar yang setia,tenangkan mereka dan memberi semangat baru kepada mereka.


Tidak perlu untuk menjadi superman dan batman kedua!

sebab..

buruk bebenor la kalau pakai spender kat luar....

2 12 lepak di sini:

Azeeraagullana said...

betul3x . sokong sgt . hehe . best entry , two thumbsup

..cik hana.. said...

thanks dear!hehehe... :)