kawan-kawan yang hebat

Friday, February 20, 2015

::: Suamiku Encik Perfect 10! :::




Setiap kali duk syok tengok drama melayu kat tv,ibu pasti akan tanya,

"Cerita suamiku encik perfect 10 tu tak keluar lagi ke kat astro first?" Terpaksla aku 
ambik remote astro,pi ushar kat list movie yg ada...still tak der lagi . Begitulah soalan yang tiap-tiap hari akan ditanya oleh ibu.

Tapi semalam,si kecik tu berteriak dalam bilik 

" Along ! cerita suamiku encik perfect 10 dah dah ada kat astro first la!"

Hati mula rasa berbunga...kembang semacam je. Tak tahu kenapa. Adakah sebab penantian ibu selama ini telah berhasil ataupun terselamat duit poket aku  dari membawa mereka ke panggung wayang....kalau pi ari minggu kat cinema rm 12 x 5 person = RM 60...kat astro first rm 15 jer per movie.....tu pun boleh add on cite "Stand By Me Doraemon"  .....kehkeh

Sepanjang 2 jam tengok movie ni tak tahu la apa feeling yang betul nya...kejap rasa sedih,kejap rasa nak gelak,kejap rasa geram menyampah,kejap rasa feelin in love jugak...tetiber rasa best nya kalau la dapat suami yang caring,loving macam encik perfect 10!  eh tetiber dengar satu suara halus berbisik ditelinga " berangan je lelebih kau ni kan farhana!"

Tapi ,kesimpulannya cerita ini mampu membuatkan aku tengok lebih dari sekali...nasib baik la 48 hours kat astro first ni...Yang paling penting ibu pun join sekali tengok cerita ni ulang-ulang .. selalunya dia akan membebel kalau kami asyik tengok cerita yang sama berulang kali,tapi untuk cerita ni ibu pun join sekali!

Adakah disebabkan kehenseman aaron aziz? kecomelan lisa surihani? kepelikkan loghat utara jasmin hamid? atau jalan cerita yang sweet ? membuatkan  cerita ini menjadi satu isu hangat sekarang...korang kena tengok sendiri la ya! layaannnnnnnnnzz...........

#tak puas betul la tengok lisa surihani ni je kan.....manis je..........setiap kali dia bercakap mesti rasa nak tengok je! Bertuah betul yusri kannnn.....hehehe



Tuesday, February 17, 2015

::: Eiii Gemuknya! :::



Dulu ,keluar ngan incik bf (sekarang dah takder yer,dah jadi ex)

encik Ex : Eii,gemuknya ! kenapa dah jadi gemuk macam ni? -sambilketawa-
aku : Ikut suka la! arghhhhh


-Kat kedai makan-

guys : Eh,along! lama tak nampak.....kenapa jadi sihat sangat sekarang ni?
aku : Nak buat macam mana,hati senang....-terusterbantutseleranakmakan-

-Jumpa kengkawan sekolah-

mereka : Farhana! sihatnya sekarang...ke mu dah kahwin ni??
aku : Kahwin?? sihat and kahwin ada kaitan ke? grrrrrrrrr

-jumpa kawan mak-

makcik : Da,anak awak tak nak kurus ke?? ni sy ada jual ubat ni....blaaaa....blaaaa...blaaaaaa...boleh kurus dalam masa sebulan je...bla....blaaa.....
aku : -akutengokkaudenganakusamaje-

-pergi kenduri cousin-
cousin : Ana! buat apa sekarang??dah keje? bila nak kahwin?
aku : tak buat apa pun...keje la...tak tahu lagi la bila,calon pun takder lagi ni.
cousin: makin tembam ana sekarang,tak nak slim balik ke?
aku: ........gemuk sangat ke ni.....sob sob sob.... 

-dinner ngan ayah and ibu-
ayah : along,tengok orang tu! kalau tak jaga makan,nnti jadi mcm orang tu taw.
aku : takpela,lepas makan ni nanti exercise la...huhu



balik rumah,belek2 buka album lama....diri sendiri pun terkejut dengan melihat perubahan mendadak. Ikutkan hati nak je upload pic dulu dan sekarang..tapi sebelum kawan2 blogger pulak tanya " Ehhhh cik hana kenapa gemuk sangat sekarang ?? " 

Tapi seronok la jadi orang berisi ni...selalu pi kedai makcik2 akan panggil "yer comel, nak apa comel..." 

tp tolongla!.... stopp  asking me " kenapa jadi gemuk macam ni" sebab aku sendiri pun tak tahu bila badan aku naik dengan jayanya...orang gemuk/chubby/berisi/sihat/tembam pun ada perasaan jugak taw jangan la tanya soalan yang sensitif mcm tu...rasa nak meraung pun ada bila dihujani dengan soalan dari kelompok manusia yang sibuk  mempertikaikan saiz fizikal manusia lain.


#lambatnya alat exercise sampai! x sabar nak mengeclkan otot2 perut dan pinggul balik...dan paling penting jom kita amalkan makan makanan sihat! no more makanan ringan lepas ni ye! :)

Monday, February 16, 2015

::: Proses Jual Beli Kereta Baru :::




Alhamdulilah,berkat usaha gigih dan ketekunan bekerja akhirnya impian cik hana nak membeli kereta sendiri tercapai juga. Rasa sangat excited walaupun dah terpaksa masukkan nama dalam senarai org yang berhutang dengan bank. hehehehe.

Susah ke nak beli kereta baru? Tak susah pun.....seller2 yg berpengalaman pasti akan membantu anda.

ok,cik hana nak share sikit  la pengalaman membeli kereta,mula-mula cik hana ceritakan la kat cousin yang cik hana berminat nak membeli kereta...blaaa...blaa....blaaa....blaa.....and then he suggest  to deal  dengan selller perodua a.k.a kawan dia yang pernah  tolong dia untuk dapatkan kereta baru.

Cik hana pun call la brother ni,nama dia Encik Hilmi....dia tak cakap banyak pun mintak emailkan salinan ic,salinan lesen memandu, slip gaji , dan  penyata bank@kwsp..mula-mula agak waswas jugak sebab tak bersua muka  pun dengan beliau (terpaksa gunakan  email dan telefon sebagai perantara disebabkan beliau di kuala terengganu dan cik hana di kemaman)

Proses jual beli ni tak sampai pun 2 minggu....ari selasa semua dokumen lengkap diserahkan  dan beliau submit  ke bank untuk proses dapatkan loan...maklumla takder duit yang banyak nak beli cash :P 

Kereta yang cik hana beli Perodua Myvi yang baru dikeluarkan ni je Premium X...  berharga RM47 500 dan  terpaksa la buat loan dengan bank sebab mampu bayar Rm5000 je d/p. 

And then,lepas  3 hari,bank call untuk tanyakan maklumat dan sekiranya mereka berpuas hati,loan kita akan diluluskan.....selalunya untuk tahu either lulus ke tidak loan kita tu better kita call selller keesokkan hari lepas bank call kita. Dan,esoknya pepagi lagi encik hilmi ni call cik hana dan bagitahu bahawa loan sudah pun diluluskan oleh pihak bank. Dan cik hana diminta untuk sain agreement di Bank dan keesokkanya  Encik Hilmi call untuk minta cik hana datang ambil kereta di  Perodua  beliau...iaitu Perodua Hiliran.. ohhhh,cepatnya kan!!


Rasa macam tak percaya pun ada sebab dah ada kereta sendiri,boleh drive sendiri,dan menggunakan duit sendiri untuk menguruskan proses beli kereta. Oh,dah besar anak ayah dan ibu ni rupanya!haha


taraaaaaa....ni la dia  ! Myvi 1.3 Premium X..#mybabyoren




guys yang kacak berdiri di sebelah ayah yang memakai name tag tu adalah Encik Hilmi.



Sesiapa nak contanct Encik Hilmi untuk urusan jual beli kereta sangat di alu-alukan....cik hana boleh bagi 10/10  untuk servis dan kerjasama yang diberikan oleh beliau sepanjang proses jual beli kereta ni. Susah nak jumpa seller yang cepat, dan jujur macam beliau...


Sebab apa cik hana cakap Encik Hilmi ni jujur??sebab sepanjang proses jual beli ni dia tak minta pun duit tambahan. Sebelum ni,ada seller kat tempat cik hana ni suruh bayar duit tambahan sebab dokumen tak lengkap la, nak kena buat itu la kena buat ini la....sampai pening kepala cik hana ..mintak pulak bukannya sikit,ada yang mintak sampai 1k.....almaklumla gaji cikhana kan paid by cash...tp ada la statement bank yang menunjukkan duit keluar masuk..Nasib baik la cousin cik hana kenalkan dengan encik hilmi ni...alhamdulilah. Semua yang susah dah jadi senang. :)

Friday, November 14, 2014

::: Kereta Sorong Nenek :::



 Dulu lain sekarang lain.

dulu rajin bersama blog...sekarang dah dibiarkan berhabuk

follower pun dah makin berkurang...

sedih!

tengok cite hindustan pun tak sedih macam nih!

Bila off laptop,gila banyak idea datang...mencurah-curah macam coklat tumpah kat ladang gandum dan jadila koko crunch...

Tapi , 

Bila on laptop...tak sampai 5 saat,otak terus blank...mata mula kuyu,idea-idea sume dah jadi koko crunch yang dah ranap bersama lemak-lemak didalam perut.

Hoi! Tahap kemalasan apakah ini.