kawan-kawan yang hebat

Saturday, October 29, 2011

::: hobi baru :::





ha..kalau dulu hobi aku kat blog ni asyik mengumpat,mengata dan memerli je kan..
sekarang dah timbul hobi baru lak...click kat :

Dashboard

click new post...

then taip punya la taip.... panjang x yah nak cakap la kan ....siap masukkan sekali cerita mutusamy kentut bunyik macam ekzos kereta terbakar..

tu belum add on cerita cik senah berlari berkaki ayam mengejar gajah nya yg merajuk.

dan banyak lagi la...

lepas dah abes bercerita timbul perasaan tak best a cerita ni...karangan macam budak pmr yang kena barah otak jer....x best2...n then save la kat draft...

pastu datang lak idea nak wat entry baru....

taip punya taip....pastu aku sendiri tak paham apa yang aku duk melaluk.Dah macam orang meroyan anak ketiga pun ada.

click save kat draft lagi....

last2 jadi camneh...

sume simpan kat draft je...



Tuesday, October 11, 2011

::: Permainan hati :::


GF : Kita main satu game nak tak ?
BF : Game apa ?
GF : Mcam ni , esok awak tak paya contact saya . Mksudnya tak paya text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok spe menang .
BF : Okay !

Esoknya , si BF terpksa lah than rindu dkat GF . Mengenangkan yng ni satu permintaan , si BF cuba kuatkan hati .

Keesokkan harinya , si BF call si GF . Tapi tak dijwab . So si BF pegi dkat ruma GF dia . Di luar ruma ,rmai orng . Dia mula rasa pelik then trus msok ke ruma . Sekujur tubuh terbaring kaku di tnga rumah . Dan tubuh tuu adalah jasad si GF yng dah meninggal . Mak si GF pun bagi surat dkat BF .
Surat yng bertulis :

Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . Love you . . .

T_T

Sunday, October 9, 2011

::: mood :::



demam.

makin teruk.

:(

Wednesday, October 5, 2011

::: Diam lebih baik :::



Muka depan semua akhbar semalam berkisar pasal baby yang di campak di dalam longkang dari flat oleh seorang gadis berusia 19 tahun.

Aku bukan nak maki ke nak apa gurlz tersebut.Tu dosa dia ngan tuhan biar dia tanggung sendiri la kan..dan aku juga bukan nak backup gurlz tu dan jauh sekali nak mengulas pasal berita tu sebab aku tak di bayar gaji untuk mengulas dan membesar2 kan isu tersebut,

Ada la 2 orang lelaki yang datang makan kat kedai n then dtg kat aku nak pinjam paper…aku pun kasi la kan dengan muka simpati,sian tul mamat ni…paper sehinggit mcm ni pun nak meminjam…kesian2….

Tapi yang buat aku naik hangin kat kedai tadi bila lepas dia baca paper n sound kuat2 kat kawan dia..Dia buat macam kat kedai aku ni dia sorg jer yang reti membaca…

“weh samad,ko baca ni….bodoh la pompuan sekarang pi campak anak macam tu jer! “

“yer ker? Xder otak…dah gila agaknya pompuan tu”

“Tu la…bodoh kan ..pompuan skrg ni tahu nak seronok jer..lepas dah sedap2 ngan lelaki pastu campak anak merata.Pompuan sekarang bukan leh caya sangat…Nampak je macam anak dara tapi dah tak berdara.Sebab tu kahwin x lama mana n cerai sbb dah luas sgt x syok…hahahaha”

“Hahahahahaha…gila!”

Cilala betul….dia ingat kat kedai aku yang datang makan semua anak2 lembu agaknya….mulut macam xder insurans.

Aku terus memandang si lelaki 2 org yg bermulut mcm pompuan ni … rasa nak pi hulur cermin jer suruh diorang cermin muka diorang sket

“eh,der….leh pulak bila dah jadi macam ni ko cakap pompuan tu bodoh yer…apasal ko tak cakap lelaki yang beromen ngan dia tu bodoh jugak…kalau lelaki tu jenis yg berotak and bertanggungjawab kahwin je la ngan pompuan tu so xder la pulak kes campak mencampak macam ni kan………….ayat tu agak2 la sikit, karang ada yang makan nasi pakai kaki”

Aku tak pernah lagi dengar kes pompuan rogol lelaki sampai terberanak anak haram…so????cakap pakai otak la sket…

Pompuan tu yg buat salah takkan ko nak cakap sampai sume pompuan bodoh. Baca paper pun pinjam ngan pompuan pastu sibuk duk kutuk pompuan.

http://www.smileycodes.info

Shit!sumpah jadi gajah telor besar sebelah baru taw…

http://www.smileycodes.info

Tuesday, October 4, 2011

::: Mulut manusia :::

Bila kita jadi jahat,ORANG BENCI.
Bila jadi baik,ORANG MELUAT.
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM.
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH. APA LAA NAK JADI. NAK KIAMAT KOT?."
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA.
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN.
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS.
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR.
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free.
Ni la dunia sekarang,mulut org mcm2 .Renung-renungkan la.So "tepuk dada tanyalah iman sendiri" n ade cermin kat umah jom cermin peribadi dan sikap kita..


sumber : Cuit sikit tacing lebih
Link

Sunday, October 2, 2011

::: Pengalaman ngeri :::



Dengan semangat waja aku melangkah kaki ke seksyen 17 shah alam,membeli tiket shah alam - kemaman pada 1 oktober 2011.

Hati berdebar2 kerana takut tiket ke kemaman sudah habis..x kan dah bawak bag berat2 macam anak gajah pastu nak balik semula rumah sewa section 7 tu .Memang haram la kan.Malu tahap dewa kalau perkara itu terjadi.

Beratur punya beratur,sampai turn aku "Bang,tiket ke kemaman pagi ni ada tak?"

"Pagi ni??ada satu jer dik tu pun sit atas kul 9.30 am...boleh??"

"hah,boleh sesangat la tu bang..."

tgk jam dah kul 9am.....pi beli air n then terdengar la mereka announce bas utk shah alam - KT/Kemaman udah sampai...

apa lagi capai bag terus tunjuk tiket kat pengutip tiket tu...

naik la terhoyong hayang dengan bag yg bapak berat gila.

and then lepas tu naik la sekumpulan mat indon,aku pun tak faham mcm mana mat indon leh jadi penumpang bas lak ni....kalau dirompak maunya nangis aku.

xper la...tawakal je la semoga perjalanan kali ni selamat dan dilindungi oleh Allah swt.

berberapa minit menaiki bas aku terlelap dan apabila terjaga aku melihat pemandangan sekeliling aku,,,

hati berdetik....

"kenapa aku x familiar je dgn jalan ni,ni macam bukan nak balik kemaman je bas ni.Bas ni nak pergi mana erk..."

x puas hati lagi,aku merenung setiap kiri kanan jalan....perhatikan betul2 jalan2 yang dilalui oleh bas ni.

"OMG! Ni jalan nak ke JB bukan balik kemaman"

terus capai fon ,

n then call ..............................................

aku : "Hello ***, *** ada kat JB la...bas ni pergi JB bukan balik kemaman.Macam mana ni???"

*** : adeish,ngox...mcm mana leh silap beli tiket lak...mana ada sape kat JB tu.Kan *** ada kat kemaman dah.

aku : "hurm,xper la.."

terus letak fon,n then dapat satu idea ....bas ni berenti kat JB, n then aku terpaksa la kan beli tiket JB - kemaman ...dipendekkan citer,bukak purse duit ada rm 3 jer....nak pi cucuk duit, kad atm lak pi tinggal kat shah alam

waaa..... kerja gila!


Terpaksa la call family jugak.....nak x nak terpaksa la suruh ayah datang amik ke antar bot ker antar gajah terbang ke mai amik aku...

tekan2 nombor ayah krdt lak xder.....duit ada rm3 je camner aku nak topup ni...

nak naik teksi pun tak lepas.

public fon x nampak ,x kan nak pinjam fon dengan orang2 yg aku x kenal...segan lor...

buntu.

terkesima sebentar....rasa dunia dah mcm pusing2....

aku nak buat macam mana yer...

berfikir dan terus berfikir...

berfikir lagi,still xder idea...

tetiber aku rasa pandangan aku gelap jer..


:
:
:
:
Bila aku bukak mata,terdengar la ada orang menjerit, "Bas berenti rehat di sini sebentar selama 1 jam!"

Tengok papan tanda... "CENDOR"

eh dah nak sampai kemaman!

aku mimpi rupanya tadi pi JB...cilala punya mimpi...gila weh..

moral of da story : jangan la terlalu syok sangat tido dalam bas yer...kan dah dapat mimpi ngeri gitu mrs hana...hamek kau~~