kawan-kawan yang hebat

Sunday, January 8, 2012

::: Makanan orang bujang :::



Duduk rumah bujang memang mengajar erti berdikari. kalau tinggal dengan  family memang makanan,tempat tido semua ada orang  uruskan...bangun tidor terus menjerit kuat2 dari dalam bilik sambil garu pusat.,"nasik lemak ayam 1 n  air teh o ais laici!"...lepas mandi tengok makanan dah ada atas meja  makan...oh bahagianya! kalau kat rumah bujang nak buat macam tu memang kena tampar lelaju la dengan budak bilik sebelah kan..

Makanan fevret di rumah bujang ialah sardin dan goreng telo ayam berbentuk mata kerbau..bagi aku itulah hidangan istimewa sekali  selain dari telur dan kicap. Kongsi2 beli sardin n telor pastu makan ramai2....first time macam ni memang sebak la rasa,,dah macam mangsa banjir pun ada..tapi bila lama2 dah rasa enjoy lak makan berjemaah dengan budak2 rumah.


..gambar di ambil dari pakcik google..

Tapi bila hujung2 semester budget lari sebab terlampau lupa diri dan terpaksa la makan megi..seminggu makan megi ayam,seminggu megi kari,seminggu megi tom yam...nasib baik la megi ni banyak perisa so xder la borink sangat kan nak memakan.


oke! aku taw makanan di atas sangat tidak elok untuk kesihatan.

tapi apakan daya , dengan wang biasiswa yang ada hanya ini yang mampu di telan.

Eh,aku bukan nak menagih simpati ke nak merayu ke jauh sekali nak berpolitik di sini.Aku bercakap pasal makanan bukan sedang merayu untuk di upkan lagi duit biasiswa ..

Tapi tu zaman menyewa ramai2...zaman kongsi menkongsi dah abes...Sekarang ,dah kembali duduk dengan family dan ada duit poket sendiri....senarai makanan di atas dah aku jadikan mimpi ngeri dalam hidup aku....sekarang ni aku pulak duk nasihat orang x elok makan megi,x elok makan sardin...sedangkan dulu,aku la pembeli yang setia.

Masakan ibu adalah masakan paling sedap di dunia,xder masakan lain yang lagi best dari air tangan seorang ibu...
.
Thanks ibu sebab selalu memasak untuk anak2 kamu yang cantik2,jelita dan kacak ini .




Saturday, January 7, 2012

::: selamat beradu :::

otak dah letih.

mulut dah tertutup rapat bagai di gam.

rambut dah macam bihun goreng kering.

mata dah juling semacam.

tangan asyik terlekat di mata.

kepala menganguk2.

bulu mata atas bersalaman dengan bulu mata bawah.

itu tandanya waktu untuk pejam mata

selamat tidor semua!



Friday, January 6, 2012

::: Kalau jadi binatang.. :::



Teringat time part 3 kat uitm shah alam,sesi memperkenalkan diri... selalunya kita dbiminta untuk kenalkan diri,tinggal kat mana,kenapa amik course tu tapi lecturer Bel aku memang pelik skit...ari pertama kelas dia meminta setiap orang bangun kenalkan diri and jawab soalan dia..ingatkan soalan susah tahap gaban la dia nak kasi kan tapi..tapi tapi tapi tapi... soalannya. "Kalau kamu dilahirkan sebagai binatang,kamu nak jadi binatang apa "

Mostlt gurlz jawab kucing la,rabbit la n macam2 la..Mungkin sebab fizikal binatang ini comel dan cute... Terkelip2 aku duk pandang lecturer tu..Aku tak nak jadi binatang,mak aku penat2 jerit masa nak terberanakkan aku then kena berangan jadi binatang lak..mana boleh kan..jadi anak durhaka nanti.

Tapi aku suka jawapan budak2 laki kelas time tu...ada yang nak jadi cicak la sebab leh putuskan ekor,ada yang nak jadi kura2 la,ada yang nak jadi singa la,harimau la....nak tunjuk hebat sangat la tu kononnya..padahal kalau jumpa hantu diorang yang terkangkang-kangkang lari sambil berbuih mulut....


Bila turn aku menjawab soalan tu aku jadi blur...sepanjang hayat memang aku tak pernah suka kan binatang...kalau jumpa kucing and singa mesti aku pi usap kepala singa dulu la kot..eh,aku tak reti la nak dukung2 kucing ke arnab ke hamster ke..setakat pengalaman geletek2 perut kucing tu ada la...Yang aku herannya ada yang duk main aucakk aucakk ngan kucing pastu berdekah2 gelak,kucing tu tak gelak pun dia yang excited...dah macam apa dah aku tengok...nak kata meroyan tak seswai lak sebab dia reti sebut aucakk...orang meroyan tak reti buat macam tu...




Aku tak suka binatang tak bermakna aku akan berlaku kejam dengan diorang.... Tak reti la nak main aucak2 ngan diorang tu nanti duk main aucak aucak, kucing tu pulak yang tergelak tengok aku..

eh x reti sesangat la..






Thursday, January 5, 2012

::: nak tido macam baby :::


sumpah comel gila bila tengok baby2 ni tido...

ni yang buat aku rasa nak jadi baby kembali..

agak2 boleh tak erk??




Funny Pictures of Sleeping Baby

ish..kalau aku tido gaya macam ni memang konfirm kena tampar laju2 dengan mak...tido bogel merata nanti masuk kutu babi dalam pusat..

X0X0

Skrg,dah besar2 camni tido dah tak comel... gaya baby memang dah 99% la x kan..
hoho..





*** kemalasan untuk "mengresize" kan pic2 di atas...so ada yang kecik besor kecik besor..