kawan-kawan yang hebat

Wednesday, July 6, 2011

::: Wanita islam berhak tolak poligami :::



Wanita Islam berhak tolak poligami

July 6, 2011

"Tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya. In kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami," kata Imam Masjid Al-Aqsa.


KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya.

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak,” katanya.

- Bernama-

Tuesday, July 5, 2011

::: Kita di tipu rupanya :::




Pernah tengok tak video ni?




Dan hakikat yang sebenarnya....

-

::: Hantu kum kum :::



Pernah dengar tak nama hantu kum kum?Dulu2 zaman aku sekolah rendah,memang femes la nama hantu ni.Kalau ada carta untuk kategori hantu popular,memang hantu kum kum la tangga teratas mengalahkan pontianak sundal ngan pocong berjambul.Tu belom orang minyak da series lagi.

Kisah ni berlaku semasa aku darjah 4 or 3,entah la...aku pun dah ingat2 lupa.Tapi memang time aku skolah rendah la,tahun 1997 or 1998 lebih kurang.

Hoi,gila takut.Cerita ni bermula apabila seorang gadis yang memakai susuk dan beliau telah melanggar pantang larang nya.Orang yang pakai susuk ni banyak pantang larang taw,antaranya takleh makan sate.Takleh lalu bawah ampaian..Takleh tengok cermin 40 hari...Takleh solat...dan macam2 lagi la...

Oke,berbalik kepada cerita hantu tadi.Wajah gadis tersebut menjadi hodoh.Tak tau la plak apa pantang yang dilanggar beliau,mungkin dia termakan sate kot sebab tak tahan apabila lalu depan kedai sate pak akob tepi jalan tu kan....kehkehkeh... dan untuk kembali menjadi kepada wajah yang jelita beliau terpaksa mengirup darah anak dara sunti seramai 100 orang.

Bermula la episod yang menakutkan,kat sekolah macam2 cerita aku dengar.Tambah pulak dapat kawan yang handal merekacipta cerita dongeng.Memang best la jalan cerita beliau sampaikan..Sehingga aku jadi eksaited nak pergi skolah nak dengar cerita beliau.Setiap hari macam2 cerita baru pasal hantu tu telah disampaikan.Mungkin dia ada twitter hantu kum kum kum tu kot sebab tu dia taw je pasal hantu tu,x pun hantu kum kum tu rajin menghupdate statusnya di mana2 laman sosial yang terkenal ketika itu.

Hantu wanita itu akan merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan “Kum-Kum” sambil mengenakan jibab.Dia akan pergi rumah yang mempunyai anak dara sunti dan apabila sesiapa yang menjawab salam hantu itu mereka akan manjadi mangsa...

Zaman budak2 memang la seronok kan bila dengar cerita macam tu.Siap boleh buat alasan lagi kat mak bapak kononya tak nak gi sekolah sebab takut hantu kum kum.Terus terang aku cakap memang zaman sekolah dulu aku ni lurus bendul.Memang lurus tahap pembaris la.Tengah2 dok syok dengar member aku bercerita,aku pun tanya "weh macam mana tak nak bagi hantu tu datang rumah kita."Dia pun dengan yakin,"bapak aku cakap kita pagar rumah kita dengan ayat2 al quran so hantu tu takleh la ketuk pintu rumah kita."

Balik rumah aku pun berfikir macam mana aku nak pagar rumah dengan ayat al quran,x kan nak tulis kat kertas pastu gantung kat pagar2 tu kan..nanti kalau kertas tu terbang,orang pijak berdosa la plak aku.Hurm...pastu dapat la idea. Kul 6.30 ptg je aku duk kat luar rumah pastu baca ayat2 al quran sambil pusing keliling rumah...cukup setengah jam baru la aku masuk.Dekat seminggu jugak la aktiviti aku macam tu,aku rasa kalau jiran tertengok memang diorang akan kata aku ni meroyan la kot,duk pusing2 keliling rumah sambil mulut terkumat kamit...

Last2... tengah aku duk terkumat kamit keliling pagar rumah tu,mak aku tegur.. "Buat apa tu,terpusing pusing"......x kan la nak jawab tengah pagar rumah lak kan.Sambil tersenyum aku jawab "X buat apa2 pun bu,tengah duk bilang semut2 ni jer...".

Dan sejak dari hari itulah aku stop aktiviti memagar rumah dengan terpusing2 keliling pagar.Memang sampai sekarang aku rasa bangang nya alasan itu...

Cukuplah dengan membaca al quran di dalam rumah dan solat serta berdoa kepada Allah swt agar di jauhi dari segala kejahatan. insyallah itu akan menjadi pendinding dari segala ilmu kejahatan.

wallahualam..







::: Apa ke bangang manusia ni :::











walaupun video ni dah lama tersebar tapi nak jugak mengepost.

Perangai diorang ni macam celala jer kan.

Dah elok2 keje tapi buat benda macam ni.

Kalau yer pun nak marah kat bos ke,kawan2 ke..jangan la buat benda macam ni.

Kenapa masyarakat yang jadi mangsa.Air lap dapur boleh diperah dalam ayam~~


ni lagi satu,leh lak amik dalam tong sampah makanan utk customer~~

hak hak hak tuih!gila kotor~~~

Lepas ni mesti dah tak ramai yang nak berkunjung ke kfc lagi kalau satu persatu perangai celala staf2 diorang di upload.

sepatutnya pasang cctv kat setiap sudut tu,baru la terjaga skit kebersihan.

Tahap kebersihan dah jelas terpampang "A" ,tapi perangai pekerja lak yang ntah pape~~Bagi penampo sedas dua kan baru taw...

hey,celala betul~~~rosak mood aku nak pi makan kat kfc~~