Pejam celik pejam celik rupanya dah berbulan tak mengupdate Blog kesayangan. Rutin harian membuatkan waktu agak kesuntukkan untuk jejari ini bergoyang dengan rakusnya.
Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2012 tapi alhamdulilah telah selesai. Paling tak boleh lupa apabila seseorang mengaku akan berkahwin dengan cik abg tersayang ...sangat terkejut. Kecewanya hati ini tuhan sahaja yang tahu tapi setelah di explainkan itu hanyalah propa semata-mata ,aku kembali menarik nafas lega.
dan di kala penghujung menghampiri,satu lagi tragedi berair terjadi....first time menjadi mangsa banjir,seperti yang kita tahu ,terengganu mengalami banjir terburuk pada 26 december 2012 dalam sejarah . Rasa nak menangis pun ada,rasa teruja pun ada,rasa cemas dan berbagai perasaan datang. Sewaktu rakan-rakan rancak mengupdate status bnjir,datang la seorang hamba allah yang menegur..
"Releks la,ni baru banjir....kat tempat lain tu tsunami lagi teruk...kita ni allah nak uji sikit je.."
hati dah mula tersentap mendengar teguran itu.terima kasih sahabat kerana mengingatkan.Sepatutnya aku harus redha dengan segala ujian allah swt.setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Becerita tanpa gambar pastu sesuatu yang membosankan...jom layan gambar la pulak
sekian....coretan kenangan 2012.
semoga 2013 ini membawa kehidupan yang lebih bermakna dalam hidup kita semua.
amin.
p/s : to all my dear frens ,selamat melangkah ke tahun baru n my new follower tu jangan risau,i'll follow u back okay! don't worry...cik hana tak sombong lah..kehkeh