kawan-kawan yang hebat

Monday, June 24, 2013

::: Sebenarnya Saya Isteri Dia :::





Bila sebut je Tajuk "Sebenarnya saya isteri dia" mula la ramai  'gegurlz' akan terbayang wajah kacak izzue islam kan kan kan.

Actually before this,aku tak pernah kenal beliau dan tak pernah tahu bahawa drama ini adalah adaptasi dari novel terkenal. Patut la ramai sangat teruja untuk tengok drama ni,peminat novel di Malaysia ni bukannya sedikit jumlahnya kan ...campur dengan adik aku seorang hantu novel mungkin jumlahnya hampir berjuta-juta kan..kehkeh

Aku kenal izzue ni apabila semua rakan-rakan di facebook duk update status kononya frust beliau telah mendirikan rumahtangga. Dalam hati ni tertanya-tanya,siapakan beliau ini sehinggakan ramai gadis-gadis kecewa. Ustaz Don kahwin ari tu pun tak der la pulak yang frust kecewa bagai...siapakah gerangan si jejaka bernama  izzue ni.

Lantas,satu demi satu persoalan di ajukan kepada pencinta novel di dalam rumah ni :

aku : Eh,izzue islam ni siapa? Kenapa ramai sangat duk update pasal dia ni...

adik : Tak kenal ke?? Pelakon femes tu........

aku : Pelakon?? Aku tak pernah tengok pun muka dia ni.

adik : Tak pernah tengok? dia kan pelakon utama dalam citer sebenarnya saya isteri dia!!

aku : Sebenarnya saya isteri dia?? 

adik : Yang setiap ari jumaat aku duk tengok tu laaaaaa!

aku : Best ke kisah tu?

adik : Baca la sendiri ..novel tu ada atas almari dalam bilik..


Then ,masuk bilik tengok la novelnya yang bapak tebal.....maunya berbuih mulut aku nak habiskan novel nih...wakaka...

Bukak lappy trus sambung main game. Keciwa tengok novel tu tebal sangat,tak larat aihh nak baca...




Friday, June 21, 2013

::: Pengalaman bermalam

di Hospital :::



Al kisah bermula apabila cik hana yang kuat makan dan melantak ni diserang sakit  perut ...seminggu yang pertama sakitnya masih boleh ditahan,berlagak macam power rangers merah kononnya boleh kental dengan segala penyakit.

Masuk hari yang ke 8, berdenyut-denyut sakit sampai ke kepala...pergi klinik then doc cakap , jangkitan kuman tahap 4 (tinggi ) , ada kandungan darah dan protein yang tinggi jugak dalam air kencing. Apa lagi bila doc ckp macam tu terus rasa lembik lutut. Keluar dari bilik doc buat muka macam takder penyakit apa-apa depan mak sebab tak nak membuatkan suasana menjadi makin kacau bilau. 

Keesokkannya,lepas makan ubat klinik dan rasa sakit semakin teruk....air mata kesakitan dah mula keluar tu menandakan badan dah tak terdaya menahan sakit. Dan ,



inilah akhirnya....kena bermalam di wad.

Bila dah terpaksa masuk wad,dah ternampak riak cemas di wajah ibu bapa. Oh,rasa sangat tak happy apabila sudah membuatkan ibu bapa jadi risau! 

Alhamdulilah,apabila doc pakar datang dan memberikan sedikit penerangan serta ubat yang perlu di makan, aku dibenarkan pulang. Apabila keluar jer dari hospital baru la nampak wajah ibu bapa ceria seolah-olah sedang meraikan hari konvokesyen power rangers merah ini. Terima kasih ya allah!

Dan alhamdulilah,dengan sedikit ujian Allah s.w.t ini aku dapat melihat kasih sayang yang tak berbelah bagi dari ibu bapa ,saudara mara dan teman-teman. Sesugguhnya dengan ujian ini aku merasa lebih dekat dengan allah s.w.t dan dapat mengenal insan yang betul-betul mengambil berat terhadap diri ini. 


Sunday, June 16, 2013

::: Anugerah Blockbuster 2013 :::





Angin apa entah yang melanda dalam diri ini dan dengan sopannya aku boleh meluangkan masa selama lebih kurang 3 jam lebih untuk menonton anugerah blockbuster 2...mungkin sebab terpengaruh dengan iklan si shaheizy sam duk suruh nora danish buat gwiyomi tu kot...ok,fine! 

Then,takder apa yang nak diceritakan pasal anugerah tu..dah termaktub rezeki masing-masing untuk memenanginya kan...tapi apabila last-last anugerah itu, di saat aku dah ready pegang remote dan siap-siap nak tukar channel lain pulak,tertengok la 4 org pengacara yang cun dan kacak..dan salah seorangnya cik Hanis Zalikha! Cun,comel dan tertib je orangnya....suka tengok dia!

Ok,letak balik remote ,tak jadi tukar channel sebab nak tengok cik hanis jap..
 tengah  best duk mengalamun depan tv...

"cantik betul dia ni,bekas student Uitm,model,blogger,and now jadi pelakon la pulak..."

huhhh,what?blogger?

*Tetiber baru aku teringat aku pun ada blog yang dah berkurun tak update!
 macam mana aku boleh lupa nihhh!!!*





Wednesday, January 2, 2013

::: Selamat Datang :::




Pejam celik pejam celik rupanya dah berbulan tak mengupdate Blog kesayangan. Rutin harian membuatkan waktu agak kesuntukkan untuk jejari ini bergoyang dengan rakusnya.

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2012 tapi alhamdulilah telah selesai. Paling tak boleh lupa apabila seseorang mengaku akan berkahwin dengan cik abg tersayang ...sangat terkejut. Kecewanya hati ini tuhan sahaja yang tahu tapi setelah di explainkan itu hanyalah propa semata-mata ,aku kembali menarik nafas lega. 

dan di kala penghujung menghampiri,satu lagi tragedi berair terjadi....first time menjadi mangsa banjir,seperti yang kita tahu ,terengganu mengalami banjir terburuk pada 26 december 2012 dalam sejarah . Rasa nak menangis pun ada,rasa teruja pun ada,rasa cemas dan berbagai perasaan datang. Sewaktu rakan-rakan rancak mengupdate status bnjir,datang la seorang hamba allah yang menegur..

"Releks la,ni baru banjir....kat tempat lain tu tsunami lagi teruk...kita ni allah nak uji sikit je.."

hati dah mula tersentap mendengar teguran itu.terima kasih sahabat kerana mengingatkan.Sepatutnya aku harus redha dengan segala ujian allah swt.setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Becerita tanpa gambar pastu sesuatu yang membosankan...jom layan gambar la pulak













sekian....coretan kenangan 2012.

semoga 2013 ini membawa kehidupan yang lebih bermakna dalam hidup kita semua.

amin.


p/s : to all my dear frens ,selamat melangkah ke tahun baru n my new follower tu jangan risau,i'll follow u back okay! don't worry...cik hana tak sombong lah..kehkeh