kawan-kawan yang hebat

Monday, November 26, 2012

::: Luahan Hati :::



Ini sekadar luahan.

Tak dapat disimpan dalam hati.

lidah kelu untuk berkata-kata.

Jiwa meronta-ronta.

Hanya jari menjadi saksi dan terus setia menemani.

cukuplah lukakan hati ini.

sesuatu yang tiada titik noktah.

Yang menjadi persoalan hati.

permainan apakah ini.

hentikanlah jika masih tidak tahu di mana kesudahannya.

aku sudah penat.

oh tuhan.





Friday, November 16, 2012

::: Sore eyes 5 days mc :::





Mungkin ada yang pernah dengar dan mugkin ada yang tidak tahu langsung mengenai video  yang diupload di youtube pasal tajuk ni.Kalau sesiapa yang teringin nak tahu ,sila la copy paste tajuk di atas dan google sendiri apa yang best pasal tajuk ni.

Aku nak cakap banyak pun tak boleh. Rasa kesian ada,rasa gelihati pun ada,rasa nak terkentut berirama pun ada.Tak boleh nak salahkan peng'upload' video tu jugak kan,mungkin dia disabotaj ke ,di khianat ke, kita tak tahu kan..tapi seeloknya jangan la upload benda-benda macam tu okay kawan-kawan?

Dan yang sebenarnya,sewaktu menonton video ini aku rasa mahu menasihatkan warga malaysia agar pupuk la rasa malu dalam diri terutamanya wanita-wanita. Kita merupakan negara islam,jangan la terikut-ikut sangat dengan budaya masyarakat luar. Maruah kita ada ditangan kita,jangan biarkan  maruah kita itu dipijak-pijak oleh masyarakat lain.

Bangkit lah untuk menjadi rakyat yang berilmu dan berwawasan serta mementingkan ciri-ciri murni dalam diri kita. Malaysia kita perlukan rakyat yang bermotivasi tinggi untuk terus maju ke hadapan. 


Aku sayang rakyat Malaysia!

Attach your heart to allah. Don't let popularity go to your head and when you’re alone and your pain has no end always remember ALLAH is the one to mend

Peace!

# Entry pasal kewarganegaraan sikit walaupun hari merdeka dah lama lepas.kahkah.

Saturday, November 10, 2012

::: Aku Terima Nikahnya :::



Sewaktu cerita ini hangat di pawagam ,dan si adik merengek-rengek mahu tengok wayang,aku berpesan "No need la,buang duit je pi tengok wayang,nanti cerita ini ada kat astro first kita langgan ok! lagi best boleh tengok kat rumah sambil bergolek...2 hari pulak tu boleh tengok! ok ??"

dia senyap,keinginan pun terhenti disitu.

Pagi tadi,bangun dari tido..aku terlihat kelibat 2 manusia yang sedang busy memegang fon dan seorang lagi sedang memegang bil astro...si ibu dan adik! rupa-rupanya tengah call astro sebab nak langgan cerita nih..baru nampak agaknya kat astro first. 


Dipendekkan cerita,

(Di awal movie ni,)

ibu : Tak hansem la pelakon lelaki ni! sape nama dia?? Kan kalau dia letak aaron aziz kan best sikit..

aku : Cerita pekebenda la nih...duk peluk sana sini. bosan ah!

adik : - diam -



(Pertengahan Movie : Sewaktu lisa menangis kerana johan tidak ingat langsung mengenai dirinya.)

ibu : kesian si lisa ni...

aku : huarghhh...ngantokkk! asyik nangissssssssssssssssss jer!

adik : -diam-


(Klimaks cerita : Lisa mintak cerai.)

ibu : tak guna kawan baik sendiri yang buat macam tu kat dia..

aku : Oh yeah,baru la best ...baru la tak bosan sikit...ni asyik menangis je,sampai nak tertido aku.

adik : -diam-


(Akhir cerita : Selepas lisa pergi tinggalkan rumah tu baru la johan teringat balik kenangan silam bersama si lisa nih.)

ibu : mengalirkan air mata.

aku : air mata kuar jugak la..

adik : -ketawa-


# yang aku tak fahamnya time kami cakap bosan la ,pelakon tak hansem la ,ngantok la dan si adik ni diam jer...tapi bila part betul-betul sedih kat hujung cerita dia boleh tergelak,kami berdua pulak yang terlebih emo duk sibuk nak control air mata dari mengalir. Tak paham betul aku budak-budak sekarang nih...



betul!!bila la agaknya boleh dengar 3 perkataan ni yer ~~ 

Friday, November 9, 2012

::: School holiday :::



Selamat bercuti !

Selamat berehat !

Selamat pergi melancong !

dan yang paling UTAMA ialah

SELAMAT BERSUNAT untuk adik-adik yang akan melalui sesi potong memotong pada cuti sekolah kali ini.

sewaktu di kedai,aku sempat berbual dengan seorang adik ni..aunty tu cakap anak dia ni excited sangat nak bersunat next week...tengah dia duk main sorang2,aku pun pi la sembang dengan dia..dah nampak macam lonely je kan so nora danish yang jelita ni ambik la peluang pi usyar...

aku     : hai syafiq!

syafiq  : yup! hai along...

aku     : syafiq next year dah darjah 5 la kan?

syafiq : yer la...esok syafiq nak balik kampung! best ..syafiq boleh potong kambing!

aku     : potong kambing ??? mana ada orang  potong kambing....orang sembelih la kambing tu syafiq!

syafiq : eh bukan kambing yang hidup tu...apa la along ni!!!

aku     : abis tu???? (dah mula konfiuss...)

syafiq  : ni kambing dalam seluar syafiq ni!

aku      : OMGG! dia panggil kemaluan dia kambing rupanya....best ke potong kambing?? (soalan paling bodoh rasanya )

syafiq  : mestila best....lepas potong kambing ni,syafiq dah takder kambing so lepas ni syafiq tak payah la nak sibuk     pergi toilet nak kencing lagi...

aku     : -terdiam seribu bahasa-


Its ok la dia nak fikir apa pun kan asalkan dia nak bersunat sudah,lepas dah matang mungkin baru dia faham apa itu bersunat@ berkhatan.





ha...lepas dah potong baru la boleh ngorat anak jiran sebelah menyebelah...ni sunat pun belum,dah ada hati nak ajak anak dara orang bercinta mesti la mak pompuan tu marah...kehkeh...

sunat tak sakit pun so jangan la takut  ~~



Saturday, November 3, 2012

::: Keputusan SPA bagi jawatan

Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat F29 :::




Sewaktu tengah frust gila kerana usaha untuk menginstall Gps Papago M9 for android phone tidak berjaya. Perasaan yang sangat kecewa itu tak boleh nak digambarkan macam mana hebatnya kerana telah membazirkan masa selama 3 jam setengah tapi tidak berjaya juga! Stress betul...tak tahu kat mana silapnya.

Akibat ke stressan itu,tangan yang montel ini mula menggedik nak bukak mail..mana la tahu kalau-kalau aaron ajish ke jijan ke antor email ajak kuar dating sambil nyanyi dalam hujan nih...baru la mood stress bertukar kepada jiwang sikit kan kan kan ... 

Bila bukak je email ,dah terpampang notifications yang noty ni ..dia mention ,"Dear nora danish,you have 18296 unread email! " ..  


kehkeh..

i got an email from peperiksaan@spa.gov.my


Alhamdulilah... :)

(*_*)v