Bangun pagi dah mula terasa lapar yang amat.
Bila perut dah lapar,otak mula membayangkan sesuatu yang luar biasa untuk dimakan.
sebelum otak ni "imagine" sesutu yang lebih pelik dari buaya masak kicap baik decide dulu nak makan ape.
Tetiber terbayang la nasi lemak ayam berempah...mula menelan air liur selaju2 nya.
pepagi takpe makan makanan berlemak lebih sikit kot,mana la tahu petang2 nanti nak buat aktiviti yang extreme panjat dinding mall 13 tingkat ke,berenang kuak lentang dalam kolam selamatkan kanak-kanak lemas ke,menolong kak peah luruskan rambut ke,berlari2 bersama kak limah di atas bumbung rumah kak jenab ke..so apa salahnya menu breakfast kita amik yang heavy sikit kan.
bila dah masuk kereta,last2 tak tahu nak pi cari mana kedai yang menjual nasi lemak ayam berempah...dey tambi,ari ni ari sabtu banyak kedai tutup..mula memaki diri sendiri...frustnya,kalau tahu macam ni baik tdo balik lepas subuh tadi....sob sob sob .....
Akibat dah terlanjur berimagine,terpaksa la memasak sendiri.
pi dapur tengok ada roti and telur.
Apa lagi,terus memasak makanan paling femes di kalangan orang bujang.Roti telur.
sumber : google
# kan best kalau dah kahwin,pepagi bila lapar bagitaw je hubby, mesti dia akan sediakan makanan kan kan kan kan ...ececece...