kawan-kawan yang hebat

Thursday, February 23, 2012

::: Happy Birthday aaron aziz :::



♥♥♥♥
:
:
:
:
:
:
Hari ni tak boleh menaip terlalu panjang,air hidung keluar dengan laju sekali gara-gara terlebih makan belacan. Sebelum keyboard banjir,terpaksa menidurkan diri sendiri.Harap-harap penyakit selsema ini akan hilang dengan kadar yang laju. Dah penat menyebut nama hasyim...mahu tido dan sebut nama airon ajish la pulak...


tata...








apa-apa pun happy birthday untuk abg aaron yang ke 36...semoga berbahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.amin.


Wednesday, February 22, 2012

::: Zaman kanak kanak :::



Kalau la diberi peluang untuk membuat satu permintaan,satu je yang aku ingin..mahu kembali kepada zaman kanak-kanak.

Tapi,mana mungkin itu akan berlaku...kalau semua orang mahu kembali ke zaman kanak-kanak,sudah pasti tiada lagi orang dewasa di dunia ini.

Kalau umur 3 or 4 tahun,terberak dalam seluar pun orang akan cakap "Biasala budak2,tak pandai lagi..." tapi bila dah dewasa dan berusia cuba kita berak merata pasti akan dapat cacian,hinaan dan makian sampai mati. Tak percaya? try la kalau berani...

kenangan di zaman muda :

1. Aiskrim pop


dulu aiskrim ni seposen jer,beli 1 pastu patahkan dua...satu lagi bagi kawan. Lagi satu tabiat aku, akan pilih yang kaler pink sahaja,kaler lain tak nak...padahal aiskrim ni same je rasanya walaupun kaler yang berbeza.

2. Biskut gula

tak tahu la nama  saintifik biskut ni apa,,tapi setiap kali pergi ke kedai , biskut ni akan jadi pilihan...makan icing yang kaler2 kat atas tu sahaja dan biskut kat bawah tu bagi kucing makan. kalau kucing dah kenyang taknak makan,pijak2 sampai hancur pastu tabur atas tanah sebab takut mak nampak..kalau dia tahu, memang sure kene berleter sampai malam.

3. gula nano nano

Makan sebanyak yang mungkin pastu compare ngan kawan2 ,lidah sape paling oren....sape yang paling gelap kaler lidah dan  dia la pemenang....terus makan dan makan sampai lupa diri...balik rumah kena ketuk kepala sebab abiskan duit belanja yang mak kasi ,tak sedar duit belanja abis beli gula2 nano ni.


4. Cerita dongeng
setiap kali time nak balik sekolah selalu ada abang2 salesman yang hansem2 jual buku kat kantin sekolah,beratur nak beli buku2 macam ni sebab memang pantang nampak orang jual apa2 aja lagipun harga buku camni rm 2 jer...balik rumah lepas baca,campak merata2...last2 mak masukkan semuanya dalam tong sampah.

5.Pencil box 

pencil box adalah lambang kemewahan budak-budak sekolah rendah...semakin mahal pencil box tu semakin hebat la..suka beli pencil box macam di atas ni,siap percuma pensil ,pemadam n ada pulak sharpener n pembaris di tengah2 tu.Paling best bila borink main bukak tutup bukak tutup pencil box..bunyi magnet berlaga dengan besi... 

5. Lori milo

sangat suka bila nampak lori milo datang sekolah. sanggup beratur banyak kali semata2 nak dapatkan secawan milo.Walaupun kat rumah tetiap pagi mak buatkan milo,tetap nak milo ni sebab rasanya yang takkan sama kat tempat lain..hehehe

:::::: kenangan tetap akan menjadi kenangan :::

tapi sekarang,aku lebih mengerti erti hidup dengan kehadiran kawan2 seperti mereka ..





dan 


berkawan dengan mereka2 ini membuatkan aku sentiasa bersemangat untuk meneruskan status sebagai pelajar walaupun jauh dari family..

thanks guys!


Sunday, February 19, 2012

::: Pusat karoke yang berhantu :::


baru tahu lelaki juga sebenarnya penakut!

nasib baik la aku bukan jenis yang suka pi karoke.

Kalau menyanyi sambil pegang senduk kat dapur memang selalu la,tapi kalau nak pegang mic nyanyi depan orang ramai memang takkan la..tetiber jadi seram sejuk,dalam bilik ada air cond pun boleh berpeluh kalau di ajak pi karoke.

sebelum suara aku bertukar jadi suara gajah baik tak payah nak mulakan kan kan kan kan...terus tak jelita nanti...kehkeh.






lepas ni nak update la syarat-syarat untuk menjadi calon suami   :

Anda mestila berumur 23 tahun keatas.

lelaki.

Beragama islam.

Baligh dan berakal.

dan TIDAK TAKUT HANTU!

kehkeh.




sumber : Fecebook


Saturday, February 18, 2012

::: Papa I love you :::




Ni bukan sesi luahan perasaan.

jauh sekali nak mengucapkan kata cinta kepada papa..aku cuma ada ayah.

Disebabkan buah hati aku berlakon dalam citer ni,nafsu untuk menonton tersangat la tinggi.

Nanti marah pulak abg aaron kalau aku menduakan dia..kehkeh

Adik mia yang sangat comel ni la buah hati . 

Cerita ni memang best la bagi kanak-kanak.kalau bagi manusia yang tengah hangat bercinta mungkin mereka mendambakan filem sehangat titanic dan kuch kuhh hotak hai untuk ditonton.



apa-apa pun cerita ini sangat menyentuh perasaan dan membuatkan aku lebih terasa untuk  menghargai pengorbanan seorang bapa dalam kehidupan. 

Terima kasih ayah sebab menjadi ayah untuk aku!





# lepas tengok citer ni tetiber rasa nak jadi cantik macam lisa pulak...adeish!



Friday, February 17, 2012

::: Kereta tidak berpintu :::





Bermacam-macam jenis,bentuk,warna dan saiz kenderaan yang dihasilkan oleh perodua n proton untuk rakyat malaysia.


Tapi bila terjumpa jugak yang bawak macam ni rasa nak bukak tingkap kereta and bagi tazkirah 3 muka surat.

Kalau dah tengok keadaan macam ni,DR M pun boleh menangis sedih taw..

kereta tidak berpintu jugak diorang nak naik ramai-ramai.

 Macam mana la boleh lulus undang-undang jalanraya nih!!

Bahaya gila taw tak.

menyusahkan pengguna jalanraya yang lain dan kalau la terjatuh salah seorang tu tak ke bahaya.

pastu mula la nak salahkan kenderaan lain.

Kalau la terjumpa orang-orang camnih kat traffic light,rasa nak bertukar jadi bukan manusia pun ada






Monday, February 13, 2012

::: Happy Valentine Day :::



"Happy valentine day!"

kata syaitan-syaitan yang kurus dan akan menjadi gemuk pada tanggal 14 febuary.




kauorang mesti tak nak menggemukkan syaitan kan so jangan la sambut valentine day.

dah la menggemukkan syaitan pastu syaitan tunggu lak kat neraka.

sanggup??

fikir2 kan lah kenapa kita HARAM menyambut  perayaan syaitan ini.

Mak bapak lahir kauorang kat mana?malaysia kan?

so tak payah la nak ikut sangat budaya2 luar tu..




muka kauorang tetap tak kan jadi macam omputih pun kalau sambut valentine.

nak perasan comel lettew..

Saturday, February 11, 2012

::: Ujibakat ON AIR :::




Petang semalam bangun dari tido,join la adik-adik tengok ujibakat rancangan ON AIR. Aku join tengok kat astro sahaja bukan aku join untuk jadi perserta....Tak kuasa nak jadi rettiss glemer nih..

Untuk yang tidak tahu, ON AIR ini merupakan sebuah program realiti yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan yang diketuai oleh Aznil Haji Nawawi.On Air turut menampilkan dua orang ikon dalam bidang pengacaraan iaitu Dang suria dan Suhaimi Sulaiman.

Aku dapat rasakan rakyat malaysia ni memang kaya raya la sebab sanggup berhabis duit dan air mata bagi memastikan peserta kegemaran kekal bertanding dan seterusnya menang program berkenaan. Kalau aku la kan,daripada salur kat program realiti tv macam tu,lebih baik duit-duit tu aku salurkan je  kat zoo untuk beli makanan gajah,boleh jugak kasi gajah tu kenyang. Ni pi bagi kat diorang buat apa,nanti kan kalau diorang menang dapat jadi artis pastu dedah sana sini,pegang sana sini,kan dah tambah dosa diorang.. So kauorang tak kesian ke kat diorang tu...aku kesian sangat2 sebab tu aku tak pernah undi sorang pun.

Pastu peserta ujibakat lak,bila ditanya kenapa nak join jadi artis ni,menjawab la mereka dengan lelehan air mata,air hingus sambil ceritakan kesusahan hidup dan jadi artis sebab nak memulakan hidup baru. Jangan la macam ni,malu kalau oram kampung duk tengok...Ada ka jadi artis sebab nak mulakan hidup baru..

keluar rumah depan mak abah pakai cenggini.


Tapi bila pi ujibakat,terus bertukar..

 

mintak simpang la jauh-jauh daripada jadi camni.

:
:
:
:
Eh,best sangat ke jadi artis nih..Tak reti aihh nak berlakon dan buat-buat muka.






















 
sumber gambar-gambar diatas : pakcikku Google


Friday, February 10, 2012

::: Bulu ketiak panjang sebelah :::



sila lihat video ini kalau anda berminat dengan tajuk entry ini.


 



dulu time kecik2 suka jugak main camni,kononya nak tengok lengan  sape kuat..

Tapi apabila umur meningkat ,dah rasa macam bodoh je main camni..baik main farmville kat fb..boleh jugak jari2 ni  keluarkan peluh dengan berkebun..

Kalau dah tangan terkehel camtu ,nak cabut bulu ketiak pun dah susah ...nasib ko la bulu ketiak panjang sebelah nanti.


Wednesday, February 8, 2012

::: Pekerja KFC yang kurang ajar :::









Tajuk tu saja nak buat gempak.

:P
.
Pasal ayam pun nak gaduh2...tapi customer pun kena la faham...ayam dah takder nak buat camner...pergi la kedai sebelah pulak makan gajah salai ke,kangaroo masak lomak ke,buaya masak kicap ke,domino pizza pun ok jugak..

kan dah dapat malu kalau camni.

eh,ingat comel sangat ke kalau boleh maki-maki and gaduh depan public.

nak perasan comel lettew....

daripada elok-elok nak makan ayam terpaksa makan hati pulak.



# sebab tu sabar separuh dari iman...bukan senang nak mengawal marah...

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)




Tuesday, February 7, 2012

::: Bermimpi ular putih :::



..
bermimpi dikejar oleh 2 ekor ular putih.

dua2 ekor ular ni berterbangan kearah aku.

makin berlari makin laju ular tu mengejar .

orang tua2 cakap,kalau anak dara yang bermimpi ular akan bertemu jodoh.

tapi ular ni boleh terbang..

adakah bakal cinta hatik aku seorang superman atau batman atau ultraman??..atau mungkin juga power rangers merah yang bersayap???...




Saturday, February 4, 2012

::: Dah ada BF?? OK Bye! :::








hai
..hai jugak..

nak kawan boleh?
..no hal,boleh je..

dah ada bf?
..takder..

takkan la muka ciut macam ni takder BF
..takder..

betul ke takder, tak cayalah..
..ok,ada..

oo..ok babai!
..???..pehal lak ni..




aku pun konfius...dia ni nak kawan ke nak kahwin  nieh.


orang yang single je ker boleh ramai kawan?...






ABGGG!!!!


:
:
:
:
:
:






:P




Friday, February 3, 2012

::: Perbezaan yang nyata :::







betul ke idak??

rasa macam betul....

kehkeh.

ok la ,malam ni takleh  berceloteh panjang.

penyakit gusi berbau dah datang so kena tido awal untuk mencegah bauan ini merebak ke blog..

cukupla bilik ini sahaja yang berbau.

selamat malam semua :)






Wednesday, February 1, 2012

::: Bodoh dan budu?? :::



Anda rasa anda begitu bodoh?

Bodoh anda berada di tahap kritikal sehingga tidak dapat  diubati oleh mana2 pakar?

Tidak dihargai sebab terlalu bodoh??

Anda rasa anda tak layak untuk berkawan dengan manusia kerana anda terlalu bodoh??

Jangan bunuh diri atau terjun bangunan lagi,ada cara untuk menjadi  pandai dengan cara paling senang..

Anda hanya perlukan mulut,perut yang kosong dan gigi..

senang bukan???

Caranya : Makan la budu...

Kenapa aku cakap macam tu..sebab aku terbaca khasiat2 dan kandungan zat yang terkandung dalam budu itu sangat tinggi..

selain mencantikkan kulit,budu juga boleh menurunkan kolestrol dalam badan dan .....eh,dah lebih la pulak..kalau nak taw lagi khasiat dia pi  la cari sendiri..kata nak pandai kan~~~~





Mari kita lihat apa kata mereka yang sangat menghargai budu :











Time diploma dulu,kalau dapat markah rendah lecturer ekonomi selalu suruh pi makan budu..kalau bodoh dah tahap tinggi, beliau sarankan ambil budu tu buat kopi dan letak durian dalam cawan tu..Sekarang baru aku faham kenapa beliau suruh makan budu dengan kerap setiap hari...thanks encik eco!


hah! apa lagi...sesape tak makan budu tu jangan la nak angkat2 hidung,goyang2 kepala pulak..



p/s :  jangan makan budu jer untuk pandai..kena usaha jugak...

usaha + doa + restu ibu bapa = Kejayaan  

:)