kawan-kawan yang hebat

Monday, January 30, 2012

::: Kesilapan yang selalu terjadi :::



Pernah dengar tak apabila seseorang  yang bertubuh terlampau kurus tapi apabila di ajak makan,mereka akan mengatakan "Sorry,i diet!"

Doremon yang sememangnya bulat sejak kecik tu pun tak pernah sebut diet...hari-hari makan dorayaki.Tapi tak pernah pulak aku dengar dia dimasukkan wad sebab masalah jantung,kencing manis,darah tinggi,kolestrol tinggi,. Nak tahu tak sebab apa??sebab lepas makan,dia pi exercise kejar nobita bukan tido berdengkor kuat-kuat dalam bilik macam sesetengah orang yang tengah berdiet buat.


Mari kita lihat kesilapan yang sering dilakukan oleh orang yang berdiet......

Kes 1 :



tapi bila balik rumah....




pastu mula la penyakit gastrik,pedih ulu hati,buah pinggan kecik sebelah la,sembelit la...macam2...diet yang salah boleh membuatkan kita sentiasa kelihatan letih,mengantuk dan kemurungan taw!






kes 2 :


pilih port baik untuk jogging....lari punya lari...berjogging pulak non stop dari subuh sampai isyak dan  dari isyak sampai subuh dan seterusnya sampai la tegang urat kentut asyik berlari jer....


Tukar style pulak,pakai walkman ...lari sambil dengar lagu and  ikat tuala kat kepala.....


control makan....tak nak makan nasi,tak nak makan kek,tak nak makan aiskrim,tak nak makan gula,tak nak makan itu, tak nak makan ini...tak nak bla bla bla bla bla.....makan telur dan apple je sebiji sehari selama 2 bulan...

bertahan...bertahan,,,
:
:
:
:
:
:

hari pertama..

done!

hari kedua ...

done!

hari ketiga:
..

done..tapi,curi2 makan karipap ..

hari ketujuh..

done...but curi2 jilat aiskrim anak jiran sebelah sikit..

hari kesepuluh...




lantak la gemuk pun! lapor tahap gajah la aku ....malas diet!
...
:
:

Hah,amik kau....mesti pernah berlaku macam ni kan...

nak diet tak salah tapi janganla sampai tak boleh makan itu tak boleh makan ini..badan kita perlukan  karbohidrat,protein,vitamin,bla bla bla..Pastikan makan mengikut waktu..ni kalau dah breakfast pukul 11 am,lunch 5 pm,dinner kul 12 am....tu memang menempah penyakit la tu..

Bila badan berpeluh,kita akan lebih segar,seronok dan boleh berblogwalking dengan laju sekali..kehkeh







Ok la,nak pi mengeluarkan peluh kejap..bubai!









Sunday, January 29, 2012

::: Cacat dengan tiba-tiba :::




Jam menunjukkan 1.27 am


Mata dah naik juling.

sebelum juling ini menjadi hak milik kekal, aku terpaksa berpura2 matikan otak.

gud nite!






Saturday, January 28, 2012

::: "Nelly The Strange sudah buka bloglist baru untuk saya !":::






           



thanks to eqien  coz invite  untuk join....


Cik hana nak tag :

syaza 

fiqah 

misz enn

ok...nak join bloglist nelly??? Klik gambar di atas yer :)

::: dimarahi mak kerana iklan ini :::





Setiap kali keluar iklan nih mak pasti membebel.

kekadang aku pun dah cuak.

rasa nak call je TV3 suruh hentikan iklan nih.

dah jadi tabiat pulak mak aku bila tengok je iklan nih pasti mulut beliau akan start membebel.

oh tolon la! sesiapa yang bekerja di bahagian pengiklanan di TV3 tu sila la cadangkan untuk stopkan iklan ni.


nak taw kenapa beliau marah ?? tengok la sendiri iklan nih....




"mana ada orang pelihara ayam kat bilik bacaan!Nak bela ayam letak la kat reban...apa la....."

Adeish,nasib  baik la beliau  ibu ku yang tercinta..hukhuk





Friday, January 27, 2012

::: Entry tidak bertajuk :::





Sewaktu manusia lain sibuk bergembira meraikan cuti sempena tahun baru cina dan aku adalah manusia yang sedang berusaha menyiapkan report dan segala kelengkapan untuk presentation final year projek Print poster,brochure,report dan bermacam2 lagi la..kekadang sampai nak termuntah pun ada sebab terlalu berkejaran dengan masa....tu belum  berkejaran dengan manusia lagi.Kalau berkejaran dengan manusia memang give up awal la....perot boroi macam ni memang tak larat nak main kejar2....boleh kena deman kekura kalau berlari melebihi  0.5 meter ...bukan nak  mention yang aku ni busy tahap dewa sebab aku still ada masa untuk kacau gajah bertelor cuma nak bercerita apa yang telah berlaku sepanjang tahun baru cina lepas.. Aku suka kalau berada didalam mood dan situasi sibuk,itu bermakna aku memberi peluang untuk otak berfikir dan bekerja dan terus bekerja. 


Tengah duk syok menunggu kertas yang di print,aku melepak la kat kaunter tu memerhati seorang demi seorang pengunjung cyber cafe..ada yang malu2 kucing,ada yang buat2 garang ,ada yang berlagak sombong kononnya dia hebat...eh,kalau dah rasa hebat sangat balik online kat rumah la,berlagak sensorang depan webcam,buat la muka ala2 howt gitu ... 




***cuma nak nasihat kat adik-adik,abang-abang,kakak-kakak sekalian kalau kita pergi mana-mana jangan la duk buat muka sombong sangat,belajar la untuk senyum.Senyum itu sedekah.Tak tertanggal la kulit muka kauorang kalau senyum kat makhluk-makhluk allah....makin jelita dan kacak ada la..tak percaya?? cuba la senyum dari sekarang .:)


Then,dah puas melihat wajah manusia,berpaling la pulak kat notice board di cyber cafe tu, ternampak la servis yang diorang  tawarkan :


format laptop = Rm55
Remove virus = RM 25
Install antivirus = RM 45
Install software = RM 25/one 

dan 










nasib baik tak ajak nenek aku pi sekali kedai nih,kalau tak..memang kena gout la...apa kes ajar internet n blogspot pun sampai beratus......kentut berdarah la kalau camnih....kesian kat mereka2 yang berminat nak belajar tapi takder duit beratus.





::: Emosi anda terganggu ??:::






JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :





Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?












Yang jawab lembu minum susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..






1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

















Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.


1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?
















Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging



sumber : http://www.facebook.com/pages/Mai-nak-boh-penampaq-sedaih/207822345903197




p/s : kebanyakkan orang yang aku tanya memang emosi terganggu...hakhak~~~

Thursday, January 19, 2012

::: Jeles di mata perempuan :::







Mesti kebanyakan gegurlz tak pernah lari dari situasi macam ni kan...
kehkeh...


kita kena tahu..



·٠•● ♥ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalaupun gunung boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut dan rapuh? ♥ ●•


So buat apa nak cemburu sampai menunjukkan ketidaksempurnaan kita..




Ingat,


Cinta merupakan percikan Rahmat dari Sang Pencipta.......... 
Dianugerahkan pada setiap insan yang jernih hatinya......... 
Hingga hati kekasih mampu bercermin diatasnya..



Hoi,aku bukan nak berjiwang jauh sekali nak berdrama air mata..tapi  syok  melihat teman2 yang berlumba-lumba mengupdate status di fb...ada yang sedih sebab baru lepas putus cinta,ada yang  happy sebab tak putus cinta lagi, ada yang lapor,ada yang  romantis sampai menggigil bulu-bulu di badan ni membacanya..tapi tak kisah la kan...apa la sangat nilai bulu-bulu ni kalau nak di bandingkan erti persahabatan...update la apa2 pun asalkan hangpa semua gembira dan tak menganggu kat wall aku dah...

Aku tak boleh terlalu banyak membaca ayat jiwang kerana akan mengalami pening dan buasir selama tiga hari berturut2...so x berani la nak share lebih2 pasal ayat cinta.





kalau ada yang terasa nak membaca ayat2 jiwang secara berterusan lagi baca la sendiri.



sumber :

Dan 








Saturday, January 14, 2012

::: Reset Password window :::








Syok menaip report FYP tetiber cursor bergerak dengan sendiri. Aku tak gerakkan pun lagi  mouse, tetiber cursor ni bergerak sesuka hati.Hati dah mula cuak.Jari aku yang bergerak terlalu lembab atau cursor ni yang terlalu laju ATAU ada HANTU yang menggerakkan..itulah kesimpulan yang paling bijaksana aku fikirkan saat itu.


Nih kalau lecturer2 yang pernah mengajar  dulu mai tengok reason aku kenapa cursor tu bergerak sendiri memang confirm la dia nyesal ngajar aku....Budak IT tapi bagi reason tak logik macam tu memang patut kena tampar laju2 la kan.Kalau budak medik yang kuarkan reason tu boleh diterima akal jugak

Sebab dah terlampau nervous sangat,aku pi tukar semua password  user account kat lappy.Dalam hati duk menyumpah2 dalam pelbagai bahasa sehingga aku sendiri pun tak faham apa yang aku duk sumpah sangat tu...tapi takut jugak kalau tersumpah laptop ni jadi batu kang naya takleh lak nak buat kerja..

Dah abis sesi menyumpah dan tukar password,restart la balik laptop.Macam biasa la kan mintak password..bila masukkan new password yang aku tukar tadi tak boleh login  la pulak...cubaan kali kedua pun gagal dan cubaan kali ketujuh belas membuatkan aku rasa nak meraung.


Call member and dia cakap boleh reset balik password tapi kena format laptop.


Call member lagi sorang dia cakap nape tak antar pi kedai..(member yang ni special skit,aku rasa nak buat ucapan khas untuk dia sebanyak 3 muka surat nanti, keje aku dah siap nanti memang siap siap dia...berbuih mulut,berdarah la telinga nanti dengar ucapan khas aku)


call lagi sorang member dia bagi link nak reset password.tak perlu format katanya...




nah...kalau sesape yang pernah mengalami situasi di atas tu sila la tengok tutorial.



kalau antar pi kedai mahal wo dia charge sedangkan benda ni kita boleh buat sendiri jer.




Entry ni memang betul2 terjadi bukan mimpi... tapi aku still tak dapat jawapan kenapa cursor bergerak sendiri.Nak kata mouse yang problem,tak mungkin sebab dah pi try kat pc ok jer.Nak kata touchpad ni yang bermasalah...tak jugak...Kenapa ya??ade sesiapa yang taw tak....i need da answer plz..huhu 



::: Dilamar jejaka misteri :::






Tengah sibuk melayan karenah pelanggan kat kedai datang la member  menjerit2 di luar kedai macam monyet tertelan cabai burung.Aku yang tengah comot,muka berminyak,baju tak payah nak cakap la kan...serabai,macam orang baru balik dari memotong getah. Kat kedai  aku la tokey dan aku la kuli dan serba serbi la aku...so tak heran la kalau aku lagi penat dan selekeh macam kak limah.


Kesian duk tengok si member  memanggil2 seolah2 macam best je berita yang nak di sampaikan,aku pun pergi la ke arahnya...


aku : ha,nape...ko tahu tak aku tengah busy sekarang....malam ni ko nak cerita,cerita la...aku takder masa la sekarang.


member : Ni hal penting ni aku nak bagitaw..aku datang ni pun orang tu yang paksa,suruh bagitaw ko sekarang.Dia dah x mampu nak sorok lagi perasaan dia kat ko.


aku : apa ni??aku tak faham..


member : ko nampak tak mamat kat seberang jalan tu....dia cakap dia suka kat ko,dia nak ajak ko kahwin ngan dia. Dia selalu datang kedai ko kan....dia selalu perhatikan ko..


aku : Eh tu bukan ke buruh yang selalu lepak kedai aku tu..


member : Yer...dia menyamar jadi buruh sebab nak tengok keikhlasan ko la fana..Ternyata ko memang tak memilih pangkat dan harta.


aku : Mamat tu kata dia dah ada wife....anak 2 orang pulak tu....eh gila ker aku nak rampas hubby orang!


member : dia tipu ko je la fana....dia tak kahwin lagi...dia terpaksa menyamar untuk cari calon isteri..


aku : Biar betul ko ni.....macam mimpi je aku ni...gila la kalau sume orang kampung tahu ni beb.


member :  apa pulak mimpi...ko tak nampak ke matahari tegak atas kepala nih..ko sudi tak nih???


aku dah tak terkata....hanya mampu sembunyik di sbalik pokok2 pandan dan buat muka malu2 gajah...














sementara si jejaka memerhatikan aku di seberang jalan




bila tgk dia dah renung macam ni,kangaroo yang melompat2 pun leh jalan secara normal


aish...nak cuba bukak baju la pulak...




fuuuhh...sape x cair kan tengok dia posing macam ni....mak senah janda pun boleh senget jalan kalau mamat  ni renung macam ni...


Tapi aku dah ada Mr BF....mana mungkin aku akan menduakan dia...aisehh....susah jugak nak buat pilihan nih....
















"Oiiiiiiii.....bangun2! dah kul 5.30pagi ni nanti lambat pulak....."


aisehhhhhh!suara ibu potong stim.... mimpi lagi rupanya.....aaron aziz lak tu yang melamar....nasib baik mimpi,kalau betul tak pasal2 aku dicop sebagai perampas kebahagian rumahtangga orang ...

Monday, January 9, 2012

::: Tak perlu berpolitik sangat la :::





Parents nak besarkan 2 orang anak pun dah kelam kabut..

Cikgu-cikgu nak jaga student satu kelas pun dah pening..Ntah-ntah cikgu pulak yang balik rumah menangis depan cermin disebabkan anak murid.. 

Pengetua nak handle murid yang beribu pun kekadang tak leh nak handle sorang-sorang ....last-last giveup, letak jawatan pi jadi pak guard kat bank  lagi senang...orang buat hal tembak je dari jauh. Kalau kat sekolah nak buat macam tu memang konfirm masuk paper depan belakang 3 hari berturut-turut..

Ingat senang ke nak jadi pemimpin  wahai cik kiah,cik minah,cik limah dan pak mat oii..Nak jaga berjuta rakyat  yang mempunyai pelbagai impian dan cita-cita yang tinggi bagai gunung everest...tapi bila diberi peluang bersuara dengan cara yang betul , semua tunduk diam,siap main nyorok belakang pintu,yang pura-pura jadi pekak dan bisu pun ada  .

Kita duk pot pet pot pet..duk cari salah orang je kejenya..

bernanah telinga ni duk dengar,dah naik kematu mata duk tengok air liur orang duk berbahas,dah naik sumbing bibir ni duk nasihat .. lama-lama boleh bertukar rupa aku yang  dah macam nora danish ni jadi macam kak limah baru lepas main injit semut..



Eh,tak kisah la nak jadi fanatik parti politik belah mana pun tapi jangan sampai terlampau taksub sangat boleh tak.

Nanti kan orang cakap bodoh marah pulak.

mak pesan,kalau kita muka buruk tapi hati kita bersih orang akan sejuk je lihat muka kita.

Tapi

 kalau hati kita busuk, kita pergi la spa tiap hari,tenyeh la muka dengan kosmetik apa pun wajah tetap nampak  keruh.


so,mesti semua tak nak muka jadi keruh kan...jom bersihkan hati dari ion-ion negatif 

Sunday, January 8, 2012

::: Makanan orang bujang :::



Duduk rumah bujang memang mengajar erti berdikari. kalau tinggal dengan  family memang makanan,tempat tido semua ada orang  uruskan...bangun tidor terus menjerit kuat2 dari dalam bilik sambil garu pusat.,"nasik lemak ayam 1 n  air teh o ais laici!"...lepas mandi tengok makanan dah ada atas meja  makan...oh bahagianya! kalau kat rumah bujang nak buat macam tu memang kena tampar lelaju la dengan budak bilik sebelah kan..

Makanan fevret di rumah bujang ialah sardin dan goreng telo ayam berbentuk mata kerbau..bagi aku itulah hidangan istimewa sekali  selain dari telur dan kicap. Kongsi2 beli sardin n telor pastu makan ramai2....first time macam ni memang sebak la rasa,,dah macam mangsa banjir pun ada..tapi bila lama2 dah rasa enjoy lak makan berjemaah dengan budak2 rumah.


..gambar di ambil dari pakcik google..

Tapi bila hujung2 semester budget lari sebab terlampau lupa diri dan terpaksa la makan megi..seminggu makan megi ayam,seminggu megi kari,seminggu megi tom yam...nasib baik la megi ni banyak perisa so xder la borink sangat kan nak memakan.


oke! aku taw makanan di atas sangat tidak elok untuk kesihatan.

tapi apakan daya , dengan wang biasiswa yang ada hanya ini yang mampu di telan.

Eh,aku bukan nak menagih simpati ke nak merayu ke jauh sekali nak berpolitik di sini.Aku bercakap pasal makanan bukan sedang merayu untuk di upkan lagi duit biasiswa ..

Tapi tu zaman menyewa ramai2...zaman kongsi menkongsi dah abes...Sekarang ,dah kembali duduk dengan family dan ada duit poket sendiri....senarai makanan di atas dah aku jadikan mimpi ngeri dalam hidup aku....sekarang ni aku pulak duk nasihat orang x elok makan megi,x elok makan sardin...sedangkan dulu,aku la pembeli yang setia.

Masakan ibu adalah masakan paling sedap di dunia,xder masakan lain yang lagi best dari air tangan seorang ibu...
.
Thanks ibu sebab selalu memasak untuk anak2 kamu yang cantik2,jelita dan kacak ini .




Saturday, January 7, 2012

::: selamat beradu :::

otak dah letih.

mulut dah tertutup rapat bagai di gam.

rambut dah macam bihun goreng kering.

mata dah juling semacam.

tangan asyik terlekat di mata.

kepala menganguk2.

bulu mata atas bersalaman dengan bulu mata bawah.

itu tandanya waktu untuk pejam mata

selamat tidor semua!



Friday, January 6, 2012

::: Kalau jadi binatang.. :::



Teringat time part 3 kat uitm shah alam,sesi memperkenalkan diri... selalunya kita dbiminta untuk kenalkan diri,tinggal kat mana,kenapa amik course tu tapi lecturer Bel aku memang pelik skit...ari pertama kelas dia meminta setiap orang bangun kenalkan diri and jawab soalan dia..ingatkan soalan susah tahap gaban la dia nak kasi kan tapi..tapi tapi tapi tapi... soalannya. "Kalau kamu dilahirkan sebagai binatang,kamu nak jadi binatang apa "

Mostlt gurlz jawab kucing la,rabbit la n macam2 la..Mungkin sebab fizikal binatang ini comel dan cute... Terkelip2 aku duk pandang lecturer tu..Aku tak nak jadi binatang,mak aku penat2 jerit masa nak terberanakkan aku then kena berangan jadi binatang lak..mana boleh kan..jadi anak durhaka nanti.

Tapi aku suka jawapan budak2 laki kelas time tu...ada yang nak jadi cicak la sebab leh putuskan ekor,ada yang nak jadi kura2 la,ada yang nak jadi singa la,harimau la....nak tunjuk hebat sangat la tu kononnya..padahal kalau jumpa hantu diorang yang terkangkang-kangkang lari sambil berbuih mulut....


Bila turn aku menjawab soalan tu aku jadi blur...sepanjang hayat memang aku tak pernah suka kan binatang...kalau jumpa kucing and singa mesti aku pi usap kepala singa dulu la kot..eh,aku tak reti la nak dukung2 kucing ke arnab ke hamster ke..setakat pengalaman geletek2 perut kucing tu ada la...Yang aku herannya ada yang duk main aucakk aucakk ngan kucing pastu berdekah2 gelak,kucing tu tak gelak pun dia yang excited...dah macam apa dah aku tengok...nak kata meroyan tak seswai lak sebab dia reti sebut aucakk...orang meroyan tak reti buat macam tu...




Aku tak suka binatang tak bermakna aku akan berlaku kejam dengan diorang.... Tak reti la nak main aucak2 ngan diorang tu nanti duk main aucak aucak, kucing tu pulak yang tergelak tengok aku..

eh x reti sesangat la..






Thursday, January 5, 2012

::: nak tido macam baby :::


sumpah comel gila bila tengok baby2 ni tido...

ni yang buat aku rasa nak jadi baby kembali..

agak2 boleh tak erk??




Funny Pictures of Sleeping Baby

ish..kalau aku tido gaya macam ni memang konfirm kena tampar laju2 dengan mak...tido bogel merata nanti masuk kutu babi dalam pusat..

X0X0

Skrg,dah besar2 camni tido dah tak comel... gaya baby memang dah 99% la x kan..
hoho..





*** kemalasan untuk "mengresize" kan pic2 di atas...so ada yang kecik besor kecik besor..

Wednesday, January 4, 2012

::: Rimas tahap babun :::





rimas  babun sebabunnya apabila soalan sama yang diajukan oleh pakcik/makcik yang kacak dan jelita di luar sana.

"X kerja lagi ke??x apply mana2 kerja ker....takkan belajar tinggi2 nak bukak bisnes kedai makan jer...."

eh....ada termaktub dalam undang2 kerajaan malaysia ker kepada sesiapa yang graduate kena bekerja duk dalam ofis,bawah airkon,pakai makeup tebal2,kasut macam lady gaga sampai jalan pun dah macam itik baru lepas bertelur...duk dalam ofis ngadap pc,ingatkan buat keje rupanya duk update status kat fb n cukup bulan dapat gaji.

sekarang ni bukan zaman pilih kerja dah...kalau dulu boleh la berlagak bila kuar dari U...sekarang ni nak jadi cleaner pun kena taw basic microsoft.... :P

rebut je peluang yang ada pak mat dan cik senah oii...

Salah ke nak bukak bisnes sendiri kalau ada ijazah pun....haishh~~

staple mulut tu baru taw ...


Monday, January 2, 2012

::: ucapan selamat malam :::


si anak gajah menjual kepci,
menjual dengan si apek tua,
Nampaknya bantal pun dah memanggil2 dengan suara seksi,
selamat malam yer semua!

:P

Sunday, January 1, 2012

::: kelepap kelepap kelepum :::


mak minah hendak ke kota baharu
pergi bersama dengan cik milah
semua orang duk bercerita pasal azam tahun baru..
aku pun nak bercerita juga lah!..


sambil tepuk dahi..tepuk dada,tampar pipi orang sebelah kuat2..
baru dapat membina azam di tahun baru 2012 ni..
aku bukanlah jenis orang yang suka berazam sebab aku akan jadi frust gila tahap cilala kalau apa yang aku nak x dapat..

oleh itu tahun ni aku rasa aku perlu berubah dan menyenarai pendekkan azam2 aku..
aku terpaksa menyenarai pendekkan sahaja kerana aku bimbang kalau aku menyenarai panjangkan azam2 aku,confirm semua gajah2 di malaysia akan kurus gelakkan aku..

mesti korang x nak gajah di malaysia jadi kurus kan...

azam cik hana di tahun 2012 :


1. X nak dah main geletek2 dan ketuk kepala kucing guna 2 jari....

2. Nak senyum tanpa nampak gigi..

3. kurangkan bersms dan bercall....

4. belajar untuk menjadi lebih serius dan matured.

5. x nak dah amik gambar dari sudut atas sambil muncungkan mulut semuncung2 nya..

6. x nak dah upload gambar kat facebook

7. Nak tutup telinga,pejam mata dan tutup hidung serapat2 nya bila ada manusia yang cuba bercakap dan berbicara hal orang lain :P