Oleh kerana terlalu sibuk,sekarang baru sempat nak menghupdate.
29 September 2012 aku telah menduduki peperiksaan memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.
Actually dah lama tak masuk exam hall,rasa nervous tahap babun...nervous oh nervous rasa mahu hupdate status kat facebook dengan tulisan besor2 time tu nak bagitaw semua orang yang aku nervous! kahkah... Tapi jejari montel ini segan nak menghupdate status sebegitu rupa,mungkin kerana umur sudah nak melewati 24 tahun so perangai keanak-anakkan itu beransur hilang sedikit demi sedikit....alhamdulilah terima kasih tuhan keran menyedarkan...
Oh,berbalik kepada exam SPA ini , ada 3 bahagian...A,B dan C.
Let me share serba sdikit pasal soalan-soalannya,bagi aku bahagian A atau bahagian pengetahuan am ini agak mencabar sebab soalan-soalan berkaitan dengan apa yang kita belajar dalam network,sql,php,so perlu ingat la macam mana ring topology,SDLC,hardware,malware,spyware ,hackers...TAPI jangan risau semua soalan basic je.. cuma kenkadang soalan ni nak trick kita so pastikan baca dengan berhati-hati :)
Psttt ada satu soalan yang buat aku gelak sensorang,soalan dia lebih kurang macam ni la...
contoh soalan : Mark zuckerberg adalah pengasas Facebook,antara berikut adalah senarai kakitangan yang bersama bekerja dengan beliau KECUALI :
a : steve jobs
b : ............
c:................
d :...............
* dah nyata dan sahih mestila jawapan dia A kan...aku tengok soalan ini bila dia sebut steve jobs terus terbayang iphone mana la ada masa dia nak tolong mark zuckerberg....kehkeh.
(buku soalan dikutip balik so takleh nak share semua soalan sebab aku tak ingat sangat )
Bahagian B - menyelesaikan masalah. Tak boleh guna kalkulator or handphone or sempoa or yang berkaitan...yang hanya boleh digunakan ialah jari tangan dan jari kaki sendiri sahaja...jari kaki dan tangan orang sebelah tidak dibenarkan guna juga :P
soalan matematik moden form 5,sangat seronok menjawabnya! Time jawab exam ini ada mamat sebelah aku duk bunyik arghhhh.arghhh ..aku tak tahu sama ada soalan itu susah sangat atau ada kutu babi tengah gigit kepala dia....tapi dia pegang kepala sambil duk buat bunyik camtu,nasib baik aku tak bangun dan hempuk kepala dia dengan buku soalan tu. Menganggu kosentrasi aku jer duk jeling-jeling kat dia...argghhhhh!
Tapi perlu cepat jawab sebab masa hanya 45 minit diberikan.Kalau terleka mesti tak sempat nak abiskan soalan! :)
Bahagian C - Penaksiran personaliti...
Part ni aku agak suka sebab jawapan dia hanya A,B dan C kalau soalan tu tak berkait dengan diri kita just bulatkan untuk jawapan "?" . Senang bukan? ..hehehe.
Akhirnya selesai menjawab...sekarang menantikan result ...doakan aku berjaya yer kawan-kawan! :)
Love u all! \(*_^)v