kawan-kawan yang hebat

Wednesday, June 29, 2011

::: Dengar lagu sambil makan goreng pisang :::







Lagu : Aku wanita biasa.

Artis : krisdayanti.


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana


Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

********

Petang2 layan lagu macam ni pun syok jugak..

http://www.smileycodes.info


Tuesday, June 28, 2011

::: Makian untuk Squidward:::




squidward : spongebob!jangan tulis entry pasal kekasih kamu..aku meluat nak baca~


spongebob : ohh,yer ke...baik squidward.saya tak akan menulis lagi pasal kekasih saya.Terima kasih squidward!



squidward : Hey kamu cerita di dalam blog kata kamu sibuk. Tapi kamu still lagi boleh update blog!


spongebob : saya memang sibuk.tetapi saya curi masa untuk update blog untuk menghilangkan penat dan mengantuk sebentar sahaja squidward.



squidward : spongebob!kamu bercerita pasal seluar kamu koyak???itu sangat memalukan apabila orang lain membacanya.



spongebob : Ohh,yer ker?saya hanya bercerita bukannya saya menunjukkan seluar saya yang koyak itu.Saya rasa ia tidak akan memalukan saya.



squidward : Kenapa kamu asyik bercerita pasal kamu je dalam setiap entry.Membosankan saya je la spongebob!




spongebob : Baik squidward,lepas ini saya akan bercerita pasal kamu pula.Sila ambil password dan email saya dan kamu boleh bercerita hal kamu di dalam blog saya.

***********************************

Kalau la sume orang mcam squidward,aku berani jamin spongebob x kan tinggal dalam air lagi...Rimas kalau serba serbi tak kena!

Harap2 aku takkan jumpa squidward yang kedua kat atas darat.

sekian terima kasih.

Monday, June 27, 2011

;;; Lagu kita :::


suka sangat dengar lagu ni...lqgu kita~~

Lirik Lagu Kita -
Artis : Aizat


Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita




::: Kekangan waktu :::





Kalau terjumpa member2 lama di pasar malam,kedai makan,pasar ikan,kedai buku dan di mana2 je la pasti soalan yang sama akan di tanya....... :

"hoi,farhana! lama x nampak...ko pergi bertapa kat mana ha?"

"weh,gila berlagak sekarang...msg x balas...call x jawab"

"woi,ko ada fb tapi x reti nak on ke?baik deactive jer..."

"lama x join group,bz bebenor ke?"

"kenapa ko jarang update blog skrg...ko pi mana?"

"ko ni kenapa menyepi je..ko gi kahwin ke ha?"


"oii minah ko x reti nak angkat fon ke?beratus kali aku call x jawab..msg pun x nak balas...baik ko campak je fon dalam mangkuk jamban!."


dan yang paling kejam ayat ni la.

"la...ko hidup lagi rupanya...aku ingatkan ko dah meninggal.."

walaupun pertanyaan diorang mcm celala...tapi aku masih sabar dan tenang menjawab yang aku masih ada,masih wujud di bumi bertuah ni dengan setia melepaskan karbon dioksida untuk kegunaan pokok2 dan bersama2 manusia yang lain menyedut oksigen yang berasid di bumi ini....

aku baru hilang sekejap dah bising,kalau hilang selama2 nya macam ner la erk...

kekadang rasa nak menjerit jugak...kenapa la banyak sangat keje,kenapa la kita diberikan 24 jam je sehari,kenapa n kenapa!Tetiber datang makhuk ni mengetuk kepala....ting!

"orang lain pun Allah bagi masa 24 jam jugak boleh jer berjaya..

ko jangan nak banyak merungut yer cik farhana!"

oke2....x merungut dah....

oh....Dear workloads, please be nice to me. I don't even have time to say 'hello' , "gud nite" and "gud mornink" to my loved one. Forgive me dear!

Mak dah tegor,kenapa bawah mata kamu dah hitam...kamu kurang tido ker?
Adeish...dah nak bertukar jadi panda pulak ke...

x mow2!

panda makan buluh,saya x suka buluh!

ada sesaper tahu tak macam mana nak hilangkan lingkaran hitam di bawah mata??

plez n plez help me...http://www.smileycodes.info



::: Kekadang.....orang akan kata:::



Kekadang niat kita cuma nak menegur..
tapi...
orang akan kata kita nak tunjuk bagus....


kekadang niat kita nak membantu
tapi
orang akan kata kita penyibuk...

kekadang niat kita memang ikhlas
tapi
orang akan kata kita pura-pura...

kekadang niat kita nak buat orang gembira
tapi
orang akan kata kita penipu..


kekadang niat kita nak meluahkan
tapi
orang akan kata kita tak tahu bersyukur...


kekadang niat kita nak semua orang di sisi bergembira
tapi
orang akan kata kita tidak adil,sombong...

kekadang bila hati terlalu terluka kita tak dapat tahan air mata dari jatuh
tapi
orang akan kata kita cuba nak menagih simpati....


kalau itu berlaku dalam kehidupan kamu,
biarlah apa orang nak kata..
jangan bersedih dan jangan kecewa . . kerana Allah itu lebih mengerti apa yg terbuku di hati. .



Sunday, June 26, 2011

::: Pasangan pelawak :::


Kalau nak dapat pasangan yg cun melecun,jadila pelawak...

kehkeh.Jom kita tgk pasangan peserta raja lawak dan juga pelawak terkenal di Malaysia.

Ada beberapa kawan selalu bercerita yang diorang terserempak mamat kumpulan sepah ni dengan aweknya...mmg mostly akan cakap cun giler woo!Mula2 aku tak berminat nak taw,lantak dia la nak ada awek cun ke seksi ke apa ke bukan ada kene mengena pun ngan aku kan.Entah kenapa tadi terbaca gosip,tertengok la mamat n aweknya...perghhh,cun giler!Mcm minah omputih pun ada...






Ni nabil lak....nabil ni dikira bertuah la sebab pernah bercouple ngan si cantik irma dan sekarang dah ada gurl terbaru lak...boleh tahan cun.......amboi2 ko nabil~~~~~~

johan dan isteri =)

shuib dan isteri
yassin dan isteri

tokey dan GF


saiful apek ngan isteri ...


Amir (raja lawak) dan pasangan.

Eh amir pun dah ada awek.Mesti awek dia bahagia ngan amir ni kan.Mesti perkataan i'm sorry tu selalu kuar daru mulut amir..

amir : sayang2,sori abg terlambat..i"m sorrryyyyyyy!

awek : eh xper abg....

amir : i'm sorrrrryyyyyy yer syg...


Dan yang ni last,salleh yaacob dan isteri keempatnya

Semoga mereka sentiasa bahagia dan kekal bersama hingga ke ahir hayat.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.




Friday, June 24, 2011

:::Andainya lelaki tahu :::



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.