kawan-kawan yang hebat

Monday, May 30, 2011

:::Fedtri Yahya TV3 dah kahwin :::



tahniah.

sorang lagi lelaki bujang dalam family TV3 dah mendirikan rumahtangga.

dulu fedtri dan ally iskandar la selalu menjadi kegilaan gadis2,sekarang semua gadis2 kat malaysia dah leh gigit jari sambil hentak2 kaki la nampaknya bila dapat taw dua jejaka ni dah menjadi milik orang lain.

melopas den melopas!




actually,banyak lagi gambar fedtri yahya akad nikah kat sini

aku hanya menempek dan menampal dari orang lain coz camera aku terbakor!

kehkeh.

Saturday, May 28, 2011

:::penyebab payudara kecut :::



opsss...ari ni nak meluncah lagi!

ala,luncah skit je pun.

kalau lucah je, orang pun terus terbayang filem2 porno kan kan kan kan

ari ni nak share cite pasal payudara je.

entry ni pun disalin dan ditempek di sini.

http://www.smileycodes.info

Kopi buat payu dara kecut

LONDON : Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.


Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund , Sweden , yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. – Agensi

hah,lepas ni tak yah minum kopi lagi yer...nanti penat2 cucuk silikon nak kasi besar pastu kecut lak sebab minum kopi...kehkeh.

http://www.smileycodes.info

Friday, May 27, 2011

:::Lupa terlupa melupa berlupa dan pelupa:::



"Aduh…Lupa lagi!Macam mana leh lupa ni...celala betul!"

ayat ni la yang sering berkumandang di bibir2 manusia di sekitar alam ni kan.

Jangan tipu la kalau ada yang mengaku dia tak pernah lupa .

kak limah yang ada 1 umah je tu pun kekadang terlupa macam mana nak bukak pintu,ini kan pula kita yang normal.http://www.smileycodes.info

5 perkara penting yang aku sering lupa dan lupa :

Telefon bimbit

Ala mesti ada diantara korang pun pernah terlupa kedudukan telefon bimbit korang kan.Setiap kali nak guna barulah korang akan cari kan kan kan kan kan…

Nak wat miscall ,handphone lak silent mode. Aku memang suka buat silent2 mode ni sebab malas nak tukar...kalau pi kelas kan kena buat silent so baik buat silent mode terus dari awal semester sampai la abis semester....kehkeh...Cara mengatasi senang aje pasang alarm selang berberapa jam.So kita akan dapat mengesan lokasi di mana handphone kita…..nak wat cara lagi busuk hati,pasang la alarm yang lagu2 rock kapak ke,suara kak limah nyanyi lagu isabella ke memang confirm rumate pun akan tolong korang cari jugak fon yang hilang sebab tak sanggup nak dengor alarm korang tu…kehkeh

Kalau guna alarm tak dapat membantu jgak,gantung je la handphone kat leher.http://www.smileycodes.info

Dompet/wallet/purse/bag syiling :

Ni adalah satu tabiat orang kita yang selalu berlaku di mana-mana.Hatta aku sendiri pun selalu mengalami masalah ni .Kononya kekadang nak sembunyikkan bag duit takut hilang atau,rumah masuk pencuri ke.Last2 aku sendiri yang lupa kat mana aku letak.http://www.smileycodes.infoCara yang paling bijak aku pernah buat ialah aku akan taip message dan simpan kat draft.Contohnya kalau simpan kat celah bantal taip la, "bantal celah lu" kalau orang baca pun dia sendiri tak taw apa maknanya kan. kalau simpan dalam almari baju lak , "almari baju dalam" …bernanah la kepala lutut kalau ada yang nak cari almari baju dalam haku ,memang tak pernah wujud pun..Lalalala~~~~~

Password :

Ni lagi satu yang bahaya. Password email.sebab tu sampai sekarang aku hairan macam mana la ada sesetengah orang yang ada sampai berpuluh2 akaun facebook,akaun tagged,akaun yahoo tu blom campur friendfinder,Friendster,hi5,Twitter,blogspot,jobstreet dan macam2 lagi a….

Nak elakkan dari lupa,guna la pasword yang senang korang nak ingat.

Dan perlu diingat,guna la perkataan2 yang member-member terdekat dengan korang tak leh nak jangka perkataan tu akan jadi password korang.http://www.smileycodes.info

Ada jgak orang menggunakan perkataan “natang” ,bulukakiaku2cmp@nj@ng, tah!g@j@h@ku…..macam2 lagi la….

Memang unik la password diorang nih….

Kad pengenalan diri :

Kalau kemalasan melanda diri, time nak keluar rumah just bawak kunci,ic,duit rm10,ngan handphone.

Tapi pernah berlaku la aku kuar umah tanpa membawa sebarang pengenalan diri,duit pun bawak rm15 jer dan handphone.Plan nak makan kat bawah flat je dengan kawan,tetapi entah macam mana terlajak sampai ke subang…On da way nak balik,kena tahan polis lak…dah menggeletar abis sume gigi2. Mana x ketar,IC pun x bawak.Muka masa tu memang takyah cakap la cam mana, kalau nak compare muka aku time tu ngan kak limah memang confirm kak limah yang lebih jelita la…..last2 polis lepaskan jgak bila aku cakap aku student uitm dan memang betul2 terlupa nak bawak IC . … muka innoncent cenggini x kan la nak jadi penjenayah kan.....huhuhuhttp://www.smileycodes.info

Kunci :

X kisah la kunci kereta ke, kunci rumah ke, kunci bilik ke, kunci diari ke, memang akan selalu hilang.Sebab bila masuk bilik je dah nampak bantal atas katil posing seksi,hati terus berdebar2…lempar kunci,lempar bag…melompat terkam ke bantal…http://www.smileycodes.infobila dah puas,bangun pi mandi ,kemas2 bag pastu lupa plak kat mana aku campak kunci tadi….masa tu la penyakit nak memaki diri sendiri datang.Adeish….

:::ciuman pun ada makna:::



berjalan2 sambil membaca entry di oh aduhai dot com.

melalui ciuman pun dah boleh describe pasangan isteri/suami kita ni jenis macam mana .

aku pun menggunakan kaedah tampal dan tepek di sini.

jom baca sesama.

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang di suka cium:


Suka cium dahi isteri …….
suami yang romantis.


Suka cium pipi isteri……..
suami yang penyayang.

Suka cium mulut isteri…….
suami yang gelojoh.


Suka cium tengkuk isteri……..
suami yang mata keranjang.


Suka cium telinga isteri………
suami yang sensitif.

Suka cium leher isteri………
suami yang penyabar.

Suka cium buah dada isteri…….
. suami yang suka bermanja.


Suka cium tangan isteri…….
suami yang hipokrit.

Suka cium ketiak isteri…….
suami yang menerima isterinya seadanya.



Suka cium (tut – censored) isteri……
suami yang pemalu.


Suka cium punggung isteri…….
suami yang suka bergurau.


Suka cium kaki isteri…….
suami yang terlalu menghormat isteri.

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri……
suami yang mementingkan diri.


Dan Yang Terakhir

Suka cium seluruh bahagian badan isteri……..


suami yang baru balik dari outstation.


kehkeh..nakal betul.

Wednesday, May 25, 2011

:::Komen Lelaju Blog Nohisme:::



::: Entry ni khas untuk noh :::

yg lain jangan jeles...ececece

=P

1. Aktiviti follow memollow ini telah berlaku sejan zaman logam lagi.Aku dah lama jadi pengikut setia ko encik Noh.

2. Entri : Kalau aku nak komen semasin dan setawar semanis takleh erk?memang kena pedas ek?kehkeh.....Blog ko kemas,tak amik masa yang lama nak loading dan yang paling penting entry2 ko berjaya buat aku tak ngantok.....

Cuma aku nk cadangkan kotak chat tu letak la kat atas,biar orang bukak blog ko diorang nampak kotak chat dulu, senang diorang nak taip kalimah cinta "follow kamu,follow me back yup!" kehkeh


3. tag :

dak eina

bambam

4. Dah tinggalkan sepanduk kat entry supaya ko datang jenguk aku balik...kehkeh.

nak JOin Klik sini

:::“Sakinah boutique 1st Giveaway”:::

thanks Oni for da tag!

hehehehe.

kali ni join GA dari sakinah boutique.

GA ni sempena
sempena pembukaan rasmi belogshop sakinah boutique,her owner is aqien from Kluang,johor. 22 years old and... guys, you need to know about this blogshops and latest fashion design at her blog... Check out this blog and join the GA

KLIK gambo di bawah untuk menyertai GA =)



ceciter cecite plak syarat2 nyer...

1. Dah jadi follower
nick :

miss hana

follower yg ke 166

banner cik sakinah dah ditampal.

Kali ni yang akan jadi mangsa ialah :

Nana

Lina

Fathiah


cecite ceciter hadiah2 nya :
cecite ceciter...

nak citer apa lagi??

cejoin cejoin la plak yer...

tunggu apa lagi...jom meriahkan blog sakinah beramai2...

:::Result takleh nak check:::



semalam dah mula rasa neves.Sebab dapat tahu result kuar ari ni.

25 May 2011.

kat FB org duk post macam2,Nebes la,excited la,sedih la,gementar la....macam2 feeling dah aku nengok.Dah rasa macam kat wad bersalin pun ada rasanya.

Pagi tadi duk kat kedai pun gelisah.Pi mai pi mai sampai pusing kepala.Orang mintak lain aku kasi lain.Nak makan pun dah tak bernafsu.Resullt punya pasal weh!

Dalam kepala otak asyik pikir nak balik,nak bukak lappy nak klik lelaju kat gerbang maklumat pelajar UiTm.

Dah tutup kedai cepat2 Berlari2 balik umah,tendang pintu,selak langsir on semua suis dalam umah.Lempar bag jejauh, on lappy.

Bukak2 lappy internet lak bergerak dengan perlahan,macam celala jer rasa~~~

ntah macam mana aku leh terlelap lak depan lappy,nak marah sangat kat server uitm kot.Nasib baik Datuk VC x masuk dalam mimpi aku tadi.Kalau tak,mesti tak bangun lagi sekarang ni sebab tunggu turn nak salam dengan beliau.

Terkejut lak,tengok jam dah 3.56 pm.Bukak la gerbang maklumat pelajar - boleh masuk -pastu nak klik kat check examination result ,dia tulis "pautan ditutup".

terus capai fon kol fakulti.sambil hentak2 kaki tahan marah....nasib baik x kuarkan suara grrrrrrrrrr....kalau x mesti akak kerani tu nebes lak.

Dengan berhemahnya aku bertanya2 ,last2 akak tu jawab,

"Adik ni diploma ke ijazah?"
ijazah a.......

"ari ni result untuk diploma je ,ijazah bulan 6 baru kuar result.Ni mesti tak baca abis ka wall tu erk"

gurlllppp,

"Erk???!"

Punya la semangat aku tak makan pagi tadi,x kan nak tunggu bulan 6 plak kot.Tak larat dah nak debor kali kedua.Cukup la tadi debornya.Tapi apa2 pun syukur dengan result kali ni.

aku dah taw gred cuma nak taw CGPA yg betul2 dah confirm je...

cepat la uitm weh..

waaaaaa.........





:::Bermalam di katil lelaki :::



Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi! Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut.

Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai. Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku.

Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu. Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA : Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu. Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..


:::Di ambil dari ayat2 cinta:::
sharing is caring right.. =)



Tuesday, May 24, 2011

:::No more KFC :::




::artikel ini di copy dari seorang kawan =) ::


Saya ada menerima emel dibawah ini. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak tuan. Sekian terima kasih

KFC - Haram dimakan...

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam.

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempan. Perempuan sembelih ayam? mmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT

DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Wassalam.

"Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu."


Saturday, May 21, 2011

:::cikgu cikgu cikgu :::



Aku tahu pekerjaan cikgu adalah pekerjaan yang paling mulia.Tapi aku memang takder ciri2 langsung untuk menjadi pendidik.

hari tu ada cikgu nk offer aku untuk jadi guru sementara di sekolah beliau...guru sains dan matematik merangkap guru kelas.

2 3 hari yang lepas, my aunt lak offer nak jadi cikgu sementara untuk mengajar Bi kat sekolah beliau.

semua hanyalah sementara kerana terpaksa menggantikan guru sebenar yang cuti bersalin.

tapi persoalan yang sampai sekarang bermain di benakku,layakke aku nak jadi cikgu?

exspecially cikgu BI!nantikan murid2 nak uji aku ditanye nye aku

"cikgu2,gajah bertelur ke melahirkan anak?buntot dia kecik je ,anak gajah besar , mcm mana nk kuar dari perot mak dia?

gurllpppp.....http://www.smileycodes.info

"gajah bertelur la murid2.Xkan gajah gi hospital kalau air ketuban dah pecah kan.................................."

kalau guru besar tengok aku ngajor cenggini memang kena sebat laju2 la bontot time perhimpunan nanti.http://www.smileycodes.info

wehhh!Taknak2...nanti rosak murid2 kalau hanao0Hana yang ngajor.

kang tak pasal2 slogan "guru umpama lilin" digantikan dengan "guru umpama pepatung yang tahu menggunakan pepatah sahaja "

kalau la cikgu2 yang ngajor aku dulu tahu aku jadi cikgu,memang diorang akan ketawa berguling2 di tepi koridor2 kelas beramai2..http://www.smileycodes.infoDan aku tak nak la mengotorkan pakaian guru2 yang pernah ngajor aku dulu so aku pun menolak la tawaran untuk menjadi cikgu itu dengan hati yang terbuka.http://www.smileycodes.info



ni muka ponteng kelas dulu takkan la nak jadi cikgu plak....
kang tabiat lama aku datang balik http://www.smileycodes.info kesian la kat murid2 nak kena cari aku "cikgu ponteng!cikgu ponteng! sy call mak bapak cikgu sekarang"http://www.smileycodes.info...

Friday, May 20, 2011

:::20 Mei 2011 :::





20 May 2011 ,semalam duk sebut tarikh 4 Jun ..comel kan tarikh ni..20052011… ni kenapa plak miss hana ni...Nak ngajor tarikh pulak ke kat blog ni.Adeish….tapi apa salahnya kan,baru la orang ingat sikit…drpd duk ingat 14 February hari valentine baik ingat 20 Mei hari jadi aku kan kan kan kan…nanti sape org pertama wish aku bagi hadiah…Tahun ni dah tkleh dah,kena tunggu next year lak la...kehkeh.


Hari ni 20 May 2011 genap la umur aku 23…macam dah tak caya umur sebegitu banyak.Rasanya baru semalam terkedek2 keluar dari dewan sekolah.Masa abis spm tu terloncat2 kononnya dah merdeka.Merdeka la sangat,padahal mak bapak dah plan nak antor pi unibersiti.mujur la diorang antor pi unibersiti kat Malaysia ni jer,di buatnya diorang antor pi oberci mampos aku duk speaking ngan mat saleh sambil belek2 kamus….orang lain bawak bag duit pi jejalan,aku bawak kamus oxford lak kan.Kalau ringan takpe la,ni berat mcm janin gajah.

Thanks la kat kengkawan,saudara mara,jiran blog,dan sesiapa sahaja yang telah mengucap kan birthday aku dan mendoakan aku. Dan tak lupa kepada Mr.Bf yang sanggup tak tido. Thanks semua! Terharu sangat2…telefon pon x berenti bunyik msg..belum jadi artis dah x berenti msg masuk , kalau jadi artis mesti dah keras tangan ni duk tekan keypad je...x pasal2 ada yang tekan keybord guna jari kaki . Bila henfon asyik berbunyik,dah macam nak raya pun ada rasanya . Nasib baik x ketuk pintu jiran sebelah umah ajak main mercun sama2….…naya jiran aku dapat jiran cenggini…kahkahkah…

Kalau dulu zaman kecik2 tiap kali besday time ni la nak mintak apa saja dari parents. Sepatutnya hari besday ni takleh panggil hari lahir tapi hari meminta hadiah…selalunya aku akan mintak baju,jam,makan tempat2 best ke,mintak je la apa2 pun….sekarang ni nak mintak 1 je…agak2 mak ngan bapak aku kasi ke x ha…

nak mintak restu nak kahwin…

dah tak sabow nak kawin ni!http://www.smileycodes.info Gurrllppppppp…..

mesti dengan nyaring mak aku akan berbunyik dari dapur sambil ketuk2 periuk ..

"http://www.smileycodes.infokentot pun bau capati basi lagi ada hati nak kawin."

Takpe2 nanti setiap kali kentut http://www.smileycodes.info aku sembur perfume jenama tracia baru leh yakinkan kat mak yang aku dah leh kawin….http://www.smileycodes.info

Thursday, May 19, 2011

:::jemputan kahwin::::



setelah mendapat persetujuan dan ditetapkan tarikh.kami kedua2 bakal pengantin ingin menjemput semua warga blogger yang telah menjadi follower blog ini untuk menghadiri majlis perkhawinan yang akan diadakan hujung bulan ni...

kalau sesapa yang teringin nak mai kenduri aku dan belum jadi follower aku cepat2 la follow blog ini oke.

makanan dikategorikan kepada 3 kategori :

1. Follower yang rajin komen entry+ shoutbox = nasi minyak+ayam goreng+ayam gulai+sirap limau ais

2 Follower yang hanya menjadi follower dan jarang mengkomen = nasi putih+ayam goreng+air sanquick

3. Mereka yang belum menjadi follower tapi selalu komen kat sini = nasi putih+ikan goreng+air sirap

sila pilih kategori kamu supaya senang nanti untuk makanan di agihkan!...

kahkahkahkah...

gila skema ! hoit,tipu2....

x kan la aku nak wat macam ni,gila berlagak siap bahagi ikot kategori...tipu je la oke!

4 Jun 2011,ramai gila memilih tarikh ni untuk bernikah dan berkahwin.Tu belum campur yang nak beranak,bermengandung,bercouple,bertunang pada tarikh tersebut.setakat ni aku dah dapat 6 undangan perkhawinan,macam mana la aku nak buat partition perot ni nanti..perot baru nak kempis akan jadi kembung dan berbau gulai ayam la plak nanti. Cukup la dengan bau pusat yang ada kat perot ni xnak dah ada bau lain.

Selamat pengantin baru kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.Semoga hubungan kalian sentiasa berada di dalam limpahan kurnia ilahi.Jangan masa couple je romantik2 bila dah kahwin ada je yang tak kena.Nafas berbau la,ketiak menggerutu la,kepala berkudis la,bulu hidung terkeluar la,rambut panjang sebelah la,perut berpanau la,pusat terkeluar la,tido mengigau la,tido berdengkor,kencing malam la…macam2…Bersyukurlah dengan kurniaan tuhan,kita kena ingat nobody perfect oke….terima la pasangan kita seadanya.

That’s all…