kawan-kawan yang hebat

Thursday, December 17, 2009

:::ab0ut man:::

Ingin mengetahui tentang Lelaki?

Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.


  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

:::tanda kamo telah jatuh cinta:::

Jika kamo ingin tahu sama ada kamo telah jatuh cinta dengan seseorang, kamo boleh mengetahui melalui perkara berikut:


1. kamo tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan kamo terhadapnya.

2. kamo akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, kamo akan berjalan dengan perlahan.

4. kamo akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila kamo berfikir tentang dirinya, jantung kamo akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, kamo akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila kamo melihat dia, kamo tidak akan peduli orang di sekeliling anda. kamo cuma melihat dia seorang.

8. kamo akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran kamo.

10. kamo akan sentiasa terhidu baunya.

11. kamo menyedari bahawa kamo akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. kamo akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

N now...

apabila kamo membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran kamo?

thats mean u are in LOVE!


Tuesday, December 1, 2009

:::this story make me sad:::

lpas baca story ni aku terpikir,ader lagi ke lelaki mcm ni kat dalam dunia ni?
dirinya dipenuhi dengan kasih sayang...
mampu membuatkan air mata ini mengalir dengan sendiri...
hanya allah s.w.t yang mampu membalas jasa2 dia..
terlalu besar pengorbanan seorang insan bernama suami...
aku x kata smua lelaki jahat...
ader yg baik n ader yg sebaliknya...
x smua manusia perfect....
x semua pasangan bercinta bahagia...
kadangkala terluka...
kadangkala gembira...
kadangkala kecewa...
hidup ni diibaratkan mcm roda...
roda akan sentiasa berpusing2...
sekejap kita berada di atas,sekejap di bawah.....
dalam hidup aku,bnda ni je yg aku slalu ingat...
sayangila org yg menyanyangi kita...
hormatila org yg menghormati kita...
cintaila org yg mencintai kita....
barulah hidup akan sentiasa bahagia...
ok2...jom kita baca sama2 kisah cinta seormg suami based on the real story at indonesia...
jom baca..
:
:
:
:
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahunMereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ....."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya."Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik... Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...
he is one in a million...~~