kawan-kawan yang hebat

Wednesday, May 30, 2012

::: Dia kata muka saya teruk :::



Dia kata muka saya teruk sangat! OMG....sob...sob...sob....


Eh,ada aku kisah kalau nak cakap muka aku macam bakul rotan pun... ~~

Alkisah nak dijadikan cerita,ada la seorang auntie tu menjual barangan pad herba... Aku tak nak mention la jenama apa pad tu nanti kan syarikat pad tu saman aku berjuta-juta mahunya pengsan aku kena kutip telor gajah hari-hari untuk dijual nak bayar saman tu kan.

Nak jual pad ke produk kecantikan kalau tak kutuk orang tak boleh ke...Tengah aku duk syok-syok makan dengan ibu datang la member ibu merangkap auntie yang jual pad ni..dia promote macam-macam kegunaan pad tu kat ibu,ibu aku yang dah nak monopouse ni malas la nak layan sangat,dah nak monopouse buat apa pakai pad bagai lagi kan. 

Siap cakap lagi pad tu boleh meredakan deman dengan letak kat dahi. Pad letak kat dahi? first time aku dengar...ni kalau jiran sebelah rumah nampak buat macam tu memang confirm dia pindah hari tu jugak...maunya tak gila letak pad kat dahi. Banyak lagi cara lain nak redakan demam akak oii...Baik suruh makan panadol ke letak tuala basah ke ok la jugak kan. Aku dah nak tergelak tapi tahan je la kan....orang tengah excited nak menjual barang,layaaan kan je la......

Dia bengang tengok ibu buat tak layan sangat teruss beralih ke arah aku,   "Ha,along kenapa teruk sangat muka tu! kita ni anak dara kena jaga la muka kita ni....try la pakai pad ni,dia akan baiki struktur dalaman kita"    

aku terkedu ... 

Mood makan terus ilang,rasa nak telan pad yang dia pegang tu ada la..Tapi sebagai gadis yang baik,aku senyum dan cakap tak nak ,takper..biarlah dulu. Lain kali la try..

Dia terus menghentam . "Kenapa tak nak,takder duit ke nak bayar??takper-takper...mintak je duit ngan ibu, biar ibu bayarkan...kalau bab nak cantik ni jangan nak berkira sangat la"

sengaja dikuatkan suaranya sehingga lelaki bujang meja sebelah dengar dan tersenyum-senyum memandang meja kami..

rasa naik angin tu datang,terus bangun dan cakap... "Pad ni tak boleh nak hilangkan bau mulut ke??baik akak cuba dulu ..bila dah berkesan baru la along cuba ok"

terus angkat bontot pi kaunter..dia dah terkial-kial menjaga kemaluannya .

Aku bukan marah,kalau nak kutuk muka aku macam bontot singa ke apa ke aku tak kisah sebab aku taw aku dan nora danish lebih kurang seiras je so buat apa nak dengar kutukan orang-orang yang jeles tu...ehhhh?? hahaha.....

 Macam ni je la  nak pesan kepada sesiapa yang menjual produk kecantikan tu,pakai dulu produk tu ..Bila dah rasa berkesan dan  orang nampak perubahan kita baru kita promote..ni kita sendiri tak jaga penampilan diri macam mana orang nak yakin dengan kita.

sekian... :)

# Entry ini bukan minta di puji,kalau sesiapa berani cakap aku comel,aku lempar telor busuk nanti.

Sunday, May 27, 2012

::: Musim tayang muka :::




Pergh,tajuk entry kali ini agak panas kan. Tayang muka. Jangan tak tayang muka. Lepas ni ramai akan bawak kayu besboll mai hentam aku dan mungkin ramai juga yang akan terus unfollow blog nih tanpa membaca habis entry-entry aku.  


opss!

Relax dulu dear and darling semua...aku bukan nak berbicara mengenai tayang muka seperti  isu yang sedang hangat dibicarakan oleh si lelaki-lelaki luar sana dan juga perempuan-perempuan yang sangat anti dengan "gurlz"  yang suka menayangkan muka di facebook sambil buat muka duck face..aku tak kisah dan tak nak ambil tahu. Itu dah jadi kreativiti setiap manusia untuk bergambar. Kalau mereka rasa comel dengan berbuat begitu,just biarkan. Atau kamu jeles tidak boleh bergambar seperti mereka? hahahaha...ok2! enough to talk about that...

Maksud aku tayang muka kali ini ialah tayang muka dengan menghandiri kenduri-kenduri kahwin yang sedang hangat berlangsung sepanjang cuti sekolah ni. Cuti sekolah baru bermula tapi dah terpaksa menghadiri 4 kenduri rakan-rakan seperjuangan.. dan terpaksa juga menebalkan telinga dengan soalan "kamu bila lagi??" ..

sedihnya apabila mendengar soalan itu..Sambil menghulurkan hadiah sambil menahan air mata sebak... *ok,tipu! x nangis pun!*


Tapi,seronok tengok kawan-kawan dah mendirikan rumahtangga! To my dear frens, Ina.Ain.kak am dan mek nor selamat pengantin baru,semoga bahagia sampai ke syurga...amin....






Ina & yuzairi




ain & her husband

dua-dua ni kawan baik masa kat uitm dungun dulu...dan dua-dua juga memakai tema yang sama iaitu kelabu...sangat-sangat cantik!



kak am & daus

sorry kak am,tak dapat datang kenduri tadi....doakan kak am bahagia dengan abang daus hingga hujung nyawa!


DAN


cepat-cepat la lahirkan baby yang comel-comel yer sayang!




Thursday, May 24, 2012

::: Tingginya darjat seorang

wanita :::


                                                                     

Ustaz Azhar Idrus...I like him because he is so natural when he speaks..

dan yang paling penting,sekampung dengan aku...orang terengganu nih!

kehkeh.

Walaupun penggunaan ayat dia tu agak sedikit kasar tapi cara penyampaiannya meresap terus ke jiwa. Banyak persoalan yang berlegar tanpa jawapan dijawab oleh ustaz dengan cara yang mudah untuk difahami.




Part yang HARAM itu baca kuat-kuat sikit kasi jiran-jiran sebelah menyebelah dengar sikit bahawa haram usung  anak dara orang sana sini just untuk suka-suka . HARAM means kalau buat berdosa dan tinggal dapat pahala.... :)

Dan banyak lagi la , ni antara salah satu link 

http://www.youtube.com/watch?v=3Xvv30h7XAg&feature=related

Banyak weh,kalau nak dengar semua sampai tahun depan pun tak abis.


# aku tampal wajah ustaz azhar kat  sini bukan nak berkempen pasal politik yer dan bukan juga nak menumpang populariti beliau..cuma bercakap pasal  apa yang dibicarakan oleh beliau di dalam kuliahnya sahaja....sekian :)


Tuesday, May 22, 2012

::: Air mata seorang wanita :::



Aku jarang menitiskan air mata di hadapan orang lain melainkan apabila tidak berdaya untuk hadapinya bersendirian. Ibu selalu berpesan bahawa air mata adalah tanda kelemahan. Sebab itu jangan sesekali menitiskan air mata di hadapan orang lain melainkan kepadaNya tempat kita mencurahkan dan meluahkan tentang segala dugaan serta cabaran. Dan kerana itu juga aku cuba untuk mengentalkan jiwa,menguatkan hati dan berlagak tabah di depan orang ramai..

Dan kali ini air mata gugur lagi,bukan kerana putus cinta,bukan kerana diperdaya,dan bukan kerana dimarahi aaron ajish tetapi kerana terharu dengan suprise yang diorang buat for birthday kali ni..sangat terharu sehingga mengalirkan air mata. Seharian aku termenung,mereka berlakon seolah-olah tanggal 20 Mei itu tidak membawa erti apa-apa. Dalam fikiran aku,mungkin diorang fikir aku sudah dewasa so tak perlu lagi "bling-bling" kek , birthday party and present yang keanak-anakkan . Aku redha kalau betul la apa yang diimaginasikan oleh otak ku itu..

Tapi,

Apabila pulang ke rumah di kala senja ....WOW! i got this...




kek kasih sayang...really love it! My feveret blueberry cheese cake :)

birthday gift ♥... 


# peluang untuk menambahkan ilmu dunia dan akhirat...special gift from my mom and my lovely sis..



# kekasih baru yang bernama Mr. temox..


si temox ni lagi besar dari owner dia.

Thanks semua dan tidak lupa juga untuk rakan-rakan yang wish dan  mendoakan either trough fon or fb...Love u all! 







Saturday, May 19, 2012

::: Segmen "Saya Blogger Hot"

by Chegu Along. :::




Hari sabtu adalah hari untuk join segmen di blog selain dari aktiviti lain yang selalu dibuat pada hari sabtu ialah membesorkan perut,membulatkan muka,mengabiskan makanan dalam peti ais,dan mengabiskan minyak kereta ibu.

Segmen kali ni aku di tag oleh Kaishin,salah seorang blogger yang selalu meluangkan masa datang ke blog aku. Walaupun aku selalu merepek merapu meraban tak tentu hala tuju dalam setiap entry tapi dia rajin mengomen entry aku. Thanks sahabat!



Segmen ini dianjurkan oleh Chegu Along.

KLIK GAMBOR BERKELIP-KELIP DI BAWAH UNTUK JOIN



Setiap segmen mesti ada syarat  penyertaan kan...apa guna segmen kalau xder syarat nya..kehkeh

Syarat penyertaan :

1. Mestilah seorang blogger.
:::Ni dia bukti nya [  http://hanadababygurlzstory.blogspot.com/  ]:::



2. Follow blog Chegu Along. (wajib)

::: Follower yang ke 958 :::


3. Klik like pada page Chegu Along. (tak wajib)

::: Tak wajib tapi sunat muakkad je kan...kehkeh... Tapi takper la,aku klik jugak :::



4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.

::: Done :::


5. Copy banner kat atas tu :  "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.

::: Done :::


6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni. 

::: Nih nak paksa 3 budak comel join :::






7. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah.

::: Done :::


Tarikh penyertaan segmen bermula sekarang sehingga 11.59 malam 16 Jun 2012. Keputusan akan diumumkan 17 Jun 2012

:)

Friday, May 18, 2012

::: Budak ni marah gambarnya

dirakam :::







Lepas tengok video ni satu perasaan yang timbul,perasaan untuk menjadi kanak-kanak montel . Comel gila....comel dan comel la...pernah aku sampai dimarahi customer kerana terlalu asyik melayan kanak-kanak montel yang banyak cakap .  Ni nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang stress tahap kritikal tu cuba la pi layan kanak-kanak macam ni memang sure niat  nak terjun bangunan ke,nak minum racun tu akan hilang dengan serta merta.

Kanak-kanak adalah anugerah Allah yang sangat tidak ternilai..mereka begitu suci dan jujur serta sentiasa ingin tahu apa yang ada di sekeliling mereka.

 Ni nak paksa kauorang semua tengok jugak video ni! daripada duk tengok artis tayang bulu dada,bulu kaki,bulu lengan dan bermacam bulu lagi sampai aku pun naik berbulu mata tengok... baik ler tengok video camni..baru la kurang sikit isu rogol dan pembuangan anak luar nikah tu di malaysia...kehkeh


# bila besar nanti confirm boleh ganti tempat Datuk siti la kalau camni...come on bebeh!
kehkeh.


Monday, May 14, 2012

::: Happy mothers day :::



Happy Mother’s Day to the very special woman who has taught me the meaning of life through love.

Thanks for being a wonderful mother.

I love you ibu!

Mothers day kali ni agak berlainan kerana tahun ni kami berpeluang sambut dengan nenek di Impiana Resort Cherating..

walaupun kelam-kabut kerana semua busy semalam namun kami cuba mencuri waktu agar dapat meluangkan masa bagi menggembirakan hati bonda tercinta .. Event tersebut bermula dari kul 12 pm hingga jam 5 pm..kami tiba agak lewat jam 3.30 pm..dan merupakan last guest yang datang.Nasib baik dah tempah meja awal-awal ..Then bila sampai,kami disambut oleh waiter and waitress kat situ,diorang membawa kami ke meja....ohhmaiiii,dah la dapat meja kat depan sekali  and  ramai gila yang pi sambut mother's day kat situ....dah macam kenduri kahwin pun ada!

tetiber rasa jadi macam artiss pulak bila banyak mata memandang! mula la bontot ni bergoyang dengan laju untuk duduk di kerusi...segan la nak berjalan di dalam dewan yang dipenuhi dengan orang ramai..



nenek dan ibu! They are my heart :)



ibu dapat lucky draw...first prize lak tu! ohmaaiii...rezeki,alhamdulilah...



hadiah yang dimenangi oleh ibu,boucer percutian 3 hari 2 malam di impiana resort cherating serta bla bla bla bernilai rm700...honeymoon pulak la nampaknya :)



you are da great mom in the world!




before balik,kita posing dulu yer... thanks avon and impiana resort untuk majlis hari ibu yang super duper meriah dan gempak ini.







Friday, May 11, 2012

::: Artis datang komen blog :::



Apa perasaan kauorang bila ada artis datang view and siap post komen lagi.

mesti rasa over excited kan...mesti jejari yang montel tu meggedik nak tekan link-link dan view artis tu balik kan ...

ada sesiapa nak cakap tak rasa apa-apa? Mari sini nak geletek ketiak guna cangkul,tipu sesangat la kalau ada blog tapi takder rasa seronok orang view kita kan ..lagi-lagi artis pulak tu!


:)




Tapi yang paling best,mentang-mentang la aku suka aaron aziz...dia permain-mainkan aku pulak yer....takper-takper...



kalau menggunakan nama samaran artis dan link yang betul ke blog anda pasti aku akan senang hati untuk menekan link tersebut...

Tapi kalau menggunakan nama artis untuk menjadi kaya dan link yang entah apa-apa,maaf la yer,jari ini akan malas untuk mengkayakan orang  menipu ...kehkeh


Tuesday, May 8, 2012

::: Bercerita tentang perasaan :::



Bosan.

Bosan.

Bosan.

Bosan.

Bosan!.

arghh..







# maaf,gambar tidak membawa motif apa-apa pun.

Image Detail

Tuesday, May 1, 2012

::: selamat hari pekerja! :::




Tengah syok berangan nak menjadi isteri mithali sambil menjemur pakaian di ampaian,

datang la suara garau macam orang baru lepas baligh.




sebab kenapa tak nak balas??

...ini penyebabnya membuat aku rasa mau sebat cuping telinganya...




Sengsara jiwa aku baca message ni .... berdarah otak  nak terjemahkan satu-satu apa dia taip. Last- last penyakit malas  menjelma . Itu pun setelah syaiton duk menghasut. So,jangan marah aku...marah syaitan, kerana selalu menghasut umat manusia supaya bersifat mazmumah.. :P